Wednesday, December 31, 2008

Kage Bunshin No Jutsu dan Pengorbanan

Bila dok sorang-sorang ana selalu gak dok termenung, kan best kalau aku ada power macam Son Goku, leh gi mane-mane je. Only used Gerakan Sejenak je. Senang nak balik poli atau ke tempat lain tuk meting or hendle usrah dan program. Sekarang ni asek ponteng program je. Ape taknye, buat jauh-jauh. Kat Kuantanlah, Jalan Raja Laut la. Dah la ana taktau jalan. Nak gi umah Ustaz Mior pun terpaksa tumpang Abang Amin.


Emm atau ada power macam Naruto, guna jurus pembahagi bayang tuk ramaikan orang masa pi demontrasi. Tengok la yang pergi baru-baru ni dok bantah Israil laknatullah tu adalah dalam 500orang. Kalau aku datang 1000 orang dah makin ramai. At least bagi orang lain bersemangat and biar bayangan tu dok kat depan agar orang ramai tak cedera bila polis mengganas. Tak pun tuk kerja-kerja tampal poster ke ape ke... Ape salahnya kan. Bukan nak gunakan power tu semua tuk benda yang tak elok. Semua tuk kerja-kerja dakwah islam. Kekadang ana sempat panjatkan doa mintak-mintak ana ada kuasa tu. (Ini cerita betul bukan main-main (,”)hehe)


Tapi kita kene terima hakikat inilah Islam, jalan yang kita pilih yang akan membawa kita ke arah kebaikan. Jalan ni takkan mudah kita nak tempuh. Nak kepada islam pastinya memerlukan pengorbanan yang sangat besar. Nak balik ke poli, kita terpaksa korbankan masa, dah la letih kerja, ada program dengan kawasan lagi, kampung dah tak penah jenguk, waktu senggang terpaksa diisi dengan keperluan dakwah yang lain. Masa satu hal, duit lagi. Alahai bila pikir pasal duit lagi parah. Dah la duit cukup-cukup tuk sem depan je.(Nampaknye terpaksala tangguh nak kawin (",))


Nak ramaikan perhimpunan aman bukannye senang.sudah la berisiko dengan FRU, masa, wang, promosi, alahai siksanya perjuangan ini. Tapi sahabat-sahabat semua inilah pengorbanan yang perlu kita lakukan dalam memastikan Islam dapat di tegakkan. Apalah sangat pengorbanan yang kita lakukan jika dibandingkan dengan nikmat Allah. Usah dibanding dengan nikmat sebiji mata kita, malah jika dibanding dengan sebiji buah mata kucing yang kita makan pun pastinya tak dapat dinilaikan berbanding dengan amal dan pengorbanan yang kita lakukan. Tanpa sebiji mata kucing pastinya kita takkan dapat mengetahui bagaimana rasanya buah tersebut. Jika ditanya kepada ana bagaimana rasanya buah mata kucing pastinya ana akan berkata ”rasanya adalah seperti memakan buah mata kucing juga adanya.” Hee So nak tau makan la sendiri.


Mudah-mudahan kita semua termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar dan sentiasa istiqamah dan bersabar dalam perjuangan. Janganlah kita disibukkan dengan masalah-masalah peribadi dan cuba menyisihkan diri dari aktiviti dakwah. Ingatlah, ayat yang membuatkan rambut nabi beruban adalah, “Maka istiqamahlah kamu (pada jalan yang benar) sebagaimana diperintahkan kepada kamu dan (juga) orang yang telah bertaubat bersama kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Maksud Al-Quran Surah Hud:112)


Cukup sekadar ini ana menulis, yang baik antum ambik buat pengajaran yang salah tolong betulkan, Mudah-mudahan Allah mudahkan urusan kita.

Tuesday, December 30, 2008

Doa Buat Pejuang

Ya ALLAH ..Ya Tuhanku,
Berikanlah Kekuatan,
Mudahkanlah Urusan,
Lapangkanlah Perasaan,
Hulurkanlah Bantuan pada para pejuang yang adakalanya hampir kelemasan
apabila dihimpit asakkan demi asakkan.

Ya ALLAH..Ya Tuhanku,
Hancurkanlah Kebatilan,
Robohkanlah Kezaliman,
Hapuskanlah Kerakusan,
Leraikanlah Ketamakkan dari musuh-musuhmu yang ketandusan
serta kegersangan dari keimanan.

Ya ALLAH..Ya Tuhanku,
Tegakkanlah Kebenaran,
Serlahkanlah Kemenangan,
Pancarkanlah Keadilan
diatas KEIKHLASAN dan KETELUSAN serta PENGORBANAN seorang insan
yang sentiasa meraih KEREDHAAN serta KERAHMATAN
yang sedang dalam perjalanan menuju kepenghujung kehidupan
dan yang pastinya dalam perjalanan pulang kedunia yang berkekalan..

Syahidkah Mereka???

Ari tu ana pergi ke majlis perpisahan bersama Ustaz Zulqarnain Hassan, bekas YDP Slim merangkap setiausaha Dewan Ulama, Perak yang telah berhijrah ke Kelantan.

Dalam ucapan beliau ada dikisahkan berkenaan perancang serangan di Bali. So ana pun dok cari gambar seperti mana yang diceritakan dan terjumpa gambar ini. Juga dikisahkan beberapa peristiwa lain seperti terdapat tiga ekor burung besar yang terbang mengiringi kenderaan yang membawa jenazah dan berpisah salah satu daripadanya apabila Imam Samudra dibawa kekampungnya.

Sama ada mereka syahid atau tidak terpulang kepada anda semua tetapi perhatikan gambar ini dan anda nilaikan.

Ini adalah gambar Amrozi dan abangnya Mukhlas.
Lihatnya betapa tenangnya wajah mereka.

PALESTIN : Kami Bersama Mu

Ya Allah begitu pedih hati ini bila mendengar penderitaan yang dialami oleh sahabat-sahabat seakidah di Palestin. Tetapi apa yang mampu kita lakukan dan apa yang telah kita lakukan??? Hanya melihat, mendengar dan kemudian membiarkan sahaja mereka tersiksa...

Wahai sahabat-sahabatku, bangkitlah, sekurang-kurangnya kita masih ada rasa kemanusiaan. Seruan jihad telah berkumandang, Intifadhah Ketiga telah dilaungkan, bantulah apa yang termampu. Bacalah Qunut Nazilah setiap subuh dan setiap masa terluang mu.

Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka.

Ya Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka.

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa. Wahai Tuhan Yang Penuh Raksasa Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka.

Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab, kalahkan mereka. Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.


Monday, December 22, 2008

Bang nak couple boleh tak?

Ber ‘couple’??? Ape tu??


Ber‘couple’??? Suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ada yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber‘couple’.


Usmad: Memang tu definisi couple sekarang ni. Kalau dah kawin orang ramai takkan panggil dorang couple. So, maknanya dorang sentiasa terdedah dengan maksiat. Kita tengok lak aktiviti dorang.


Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.


Usmad: Suatu suasana yang biasa sekarang ni. Dah macam makan nasik je. Kekadang tu kat depan kita baik bukan main tapi kat belakang Ya Allah. kalah belangkas. Emm dah ada yang terasa ke??? Memang nak bagi korang terasa pun.


Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber‘couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.


Ber’couple’ Haram!!! Kenapa Ye???


Usmad: Ya, kenapa ye??? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber‘couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu. Ape-ape pun sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.


Hujah yang sering digunakan untuk mempertahankan ke’halal’an couple (aku pun selalu guna hujah ni dulu, tapi tu dulu la sekarang tidak lagi (“,)), Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber ‘couple’? Memang tidak dinafikan, dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:


“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”


Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujurat(49) ayat 13:


“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”


So bila kata haram, maknanya salah Allah la yek???


Memang la Allah ciptakan semua benda berpasangan tapi ayat-ayat ini tidak pernah menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.


Usmad: Nak tafsir Quran jangan guna kepala sendiri je. Jangan ambik separuh-separuh. Sebenarnya banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan per’couple’an ini.


Percintaan bermula dari mata. Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:


“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.".


Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur(24) ayat 31:


“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, ...”.


Usmad: Ha dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Sepatutnya dorang lebih jelas akan perkara ini.Tapi lepas form5 la plak pakat ramai-ramai tunjuk otai.


Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandanga n dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.

Dalil yang lebih kuat menentang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:


“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”


Ayat ini memang cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi.


Usmad: Ekeleh pandai betul budak-budak sekarang ni.


Para pembaca, sila teliti firman Allah tadi. Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.


Usmad: Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Jom kita tengok pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W.


Dalam hadis, baginda Rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :


“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti”[1]


Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:


“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”[2]


Daripada dua hadis ini, jelas Rasulullah menenyenaraikan bahagian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja, menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantikannya, ketampanannya, sifat penyayangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan.


Usmad: So, Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM. Kepada adik-adik yang masih penin-penin tu ape lagi. Ni bukan hujah kepala otak ana. Tapi hujah dari Pencipta. So renung-renungkan.



SELAMAT BERCINTA PADA TUHAN YANG ESA.

Sunday, December 21, 2008

Puji-pujian

Alhamduillah, segala puji bagi Allah yang memberi rezeki, yang mana segala sesuatu berada di genggamannya. Aku hanya seorang hamba yang mengharap redha Ilahi.

Sekian lama aku teringin sangat nak ada bloq sendiri, akhirnya kini termakbul juga. Sekadar ingin belajar menulis disamping meneroka bidang IT yang semakin popular kini. Bukan sekadar mengisi jiwa mencari sakinah, tetapi mencipta wadah membawa dakwah. Semoga sahabat-sahabat yang melayari dapat sama-sama merasai sakinah ini.