Friday, January 30, 2009

Untukmu Palestin: Hanya Ini Yang Termampu

Alhamdulillah, seminggu dua ni ana ada gak terlibat dengan unit amal untuk mengumpul dana bagi membantu Hamas dan rakyat Palestin. Mudah-mudahan sedikit sumbangan ni Allah akan kira untuk topup amalan-amalan lain kat akhirat sana.



Ketika mengumpul dana di Pasar Tani Slim




Kempen Tabung Kemanusiaan Selamatkan Gaza



Budak2 Poli Pun Joint Gak Kempen Selamatkan Palestin








Thursday, January 22, 2009

TAHNIAH SEMUA

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam.
Sudah lama ana tidak menulis. Bukan malas tetapi tiada Kemudahan internet.
(haha nak cover la tu)...
Emm baru-baru ni banyak sangat kejayaan dikecapi. Tapi bukan oleh ana la.
Tahniah kepada semua organisasi Islam yang berjuang untuk mendapatkan kemenangan
dalam setiap lapangan masing-masing.
Daripada kemenangan Parti Islam Semalaysia yangmemenangi Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu pada 17Januari lepas hinggalah kemenangan dengan majoriti mudah PRO-Mahasiswa UM pada PRK UM. Mudah-mudahan ia akan disusuli dengan kemenangan-kemenangan yang lain.
Dikesempatan ini juga ana ingin mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada semua AJK Minggu Suai Kenal, Politeknik Sultan Azlan Shah yang banyak membantu ana menjayakan MSK tersebut. Nak cite lagi sal MSK tapi ada keje lain la pulak. InsyaAllah bila free ana cite.

Friday, January 2, 2009

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru

Mior Iskandar dan Ummu Aiman

yang telah melangsungkan perkahwinan di rumah kedua orang tuanya

pada 1 Januari 2009.

Semoga Berbahagia Hingga Ke Akhirnya

Alhamdulillah, Ana sempat jugak menghadiri majlis tersebut walaupun pada mulanya letih berkira-kira macam mana nak pi. Mana taknye banyak sangat kerja yang terpaksa di siapkan. Mujur la kereta Ustaz Amin ada kosong. Boleh gak ana tumpang.


Bukan nak cite sal majlis tersebut, majlis memang lancar dan meriah, makan pun sedap. Macam nak tambah je tapi malu la pulak. Dah la datang lewat... Tapi ana nak sembang sal istiqamah dengan gerak kerja berorganisasi. Ramai diantara kita yang sebelum kahwin memang komited dengan organisasi. Semua program ada muka dia. Kekadang kita pun pelik macam mana mamat ni boleh ada dalam 2 program yang berbeza dalam masa yang sama. Tapi bila dah berumahtangga berubah dengan sekelip mata. Letih kita mengajak, last-last tak de jugak.


Ana tulis ni sebagai peringatan kepada diri ana sendiri. Lagi pulak perkara ni berlaku kepada insan-insan yang dekat dengan ana. Ana ni apela sangat nak dibanding dengan dorang. Kita ni second class. Kalau dah takdak orang sangat baru la dipanggil. Tapi insan-insan first class ni pulak yang jadi third class bila da kawen. Agak-agak kenapa ye??? Nak kata tak cukup tarbiyyah ana rasa dorang yang paling power. Siap dorang yang bagi pengisian kat ana. Bukan nak salahkan dorang maybe dorang perlu menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Bapi sekarang ni dah masuk tahun ke 3 kawin takkan still mencari arah kot. Adoi la manusia...


Bukan nak kata kat Abang Mior, ana tau dia memang komited sampai bila-bila. Lagi la pulak bertemu jodoh dengan akak yang sama-sama komited. So takdak masalah punya. Tapi pastinya JPPI akan merasa sedikit kehilangan. Mana taknya, masa untuk bersama Abang Mior dah semakin kurang. Dengan zaujahnya menetap di Kelantan, pastinya setiap hujung minggu Ustaz Mior akan berulang alik ke sana. At least 2minggu sekali. Nak taknak hampa kena la jugak cari altenatif lain tuk mengisi kekosongan yang ada. Strategi baru kena dirancang segera.


Ana teringat kata-kata Ustaz Mior dalam usrah yang terakhir semester lepas (sebenarnya ana tak datang pun, ada urusan di UPSI, just dengar daripada orang yang hadir) Kita ni dalam berjemaah perlu korbankan 4 perkara. Diri sendiri, keluarga, akademik dan couple. Parah tu. Kekadang keluarga (mak ayah), akademik memang senang-senang je nak korbankan tapi bila bab kapel ni hahaha, korang leh la fikir sendiri.

Anak Muda dan Tahun Baru

Terus terang ana katakana inilah kali pertama ana bersama team xpdc dakwah dikawasan kota. (Sori ana lambat post, ana tak de kemudahan internet la) Selama ni hanya beroperasi di sekitar Pekan Parit Buntar dan Pengkalan sahaja. Situasi hampir sama, namun rupanya di Bandar Ipoh ni lebih dasyat dan menyanyat hati.


Operasi di Padang Polo menemukan ana dengan pelbagai ragam warga kota. Tak kita tua muda, jantan betina, yang tak tau status pun ramai.. Majoritinya macam biasalah, bangsa lain takkan boleh nak tandingi, anak-anak muda MELAYU ISLAM. Tapi yang tua-tua pun ada jugak.


Yang remaja dengan motosikalnya, merempit sana sini membuat onar. Ana yakin bila dah ramai macam tu polis ngan JPJ pun surrender. Tu sebab dorang tak buat operasi. Kalau buat pun buang masa je. Baik dok rumah bermesra dengan anak bini. Yang budak sekolahnya pulak merempit dengan basikal masing-masing. Budak sekolah rendah pun ramai. Macam-macam gaya dan aksi. Dalam kiraan ana tak kurang dari 100 buah basikal yang beraksi malam tu. Dari pelbagai team. Seri kinta la, Chemor, Jelapang… Adoi la apa nak jadi dengan anak muda kita sekarang. Pemuda harapan bangsa pemudi tiang Negara dah jadi Pemuda Penghancur Bangsa Pemudi Tugu Negara. Nampaknya harapan tinggal harapan, tiang pun macam nak roboh je.


Itu baru mat rempit ngan dak-dak basikal.. yang dating dengan awek tak cite lagi. Dalam banyak-banyak kerusi kat bawah lampu apesal la korang dok lepak kat tempat gelap. Ramai tak terkira. Patut la belangkas dah susah nak jumpa di tepi laut, rupa-rupanya dorang dah pindah ke taman-taman tasik di Ibu Kota. Macam-macam. Cuma malam tu ana tak jumpa yang dok telanjang je. Kawan-kawan yang lain dah kerap sangat jumpa aksi telampau macam tu.


Dalam situasi ni kita tak boleh nak salahkan mak bapak dorang je. Ilmu dah bagi, didikan agama dah kasi.Yang datang ni bukan budak-budak takdak ilmu. Ada sorang tu, budak maahad, hafal quran dah masuk juzuk ke2. Tapi masih terlibat dengan benda-benda tak berfaedah macam ni. Dah tu bagi alasan bodoh lak tu. “Nak beriadah la bang.” Kepala hotak korang beriadah pukul 2pagi macam ni. Dalam 24 jam masa yang Allah bagi kat kita apesal pukul 2pagi yang korang pilih tuk beriadah.


Patutnya kita kene muhasabah diri sendiri. Apa tanggungjawab aku sebagai seorang mak ayah, guru, jiran, rakan, polis dan sebagainya. Dan apa tanggungjawab kita sebagai seorang muslim. Nabi dah bersabda bila nampak maksiat, CEGAH dengan tangan, tak mampu baru dengan lisan dan last sekali barulah dengan hati. Tapi kita ni pandai sangat (penakut???) first-first dah cegah dengan hati. Hai apa nak jadi kita ni. Sesungguhnya itulah selemah-lemah iman. Sampai bila kita nak jadi macam ni. Kalau PC tu pandai je upgrade tapi iman dok kat takok lama je. Tapi tu ok la jugak cegah dengan hati, yang Abang ana cite smalam time tahun 90-an, siap polis lak yang tumpang skodeng. Bila team dakwah datang dorang lak yang kene ugut. Macam mana negara nak bebas dari maksiat kalau penguat kuasa yang dok jaga sampai macam tu.


Di kesempatan ni ana nak ucapkan jutaan tahniah kepada Unit Amal kerana melaksanakan xpdc Dakwah ke seluruh negara pada malam tersebut. Sekurang-kurangnya masih ada lagi anak-anak muda yang sedar dan berani menyedarkan yang lain tentang situasi sekarang ni. Tanpa jiwa muda yang prihatin dengan isu semasa, yang sedar dengan permainan barat ini tak mustahil kita juga akan menerima nasib yang sama dengan Palestin. Diganyang sesuka hati tanpa ada negara lain yang mempedulikannya.