Tuesday, March 31, 2009

Kami nak buat rekod di UPU Jelutong


Haha nak tak nak Kawasan Tanjung Malim terpaksa jugak jaga UPU Jelutong. Kawasan yang PAS tak pernah nak menang sejak dulu lagi. Malah ketika PRU ke-12 yang lepas pun PR still kalah 11 undi. Namun begitu kali ni dengan penambahan pengundi baru dan beberapa program dan strategi yang kami buat kami yakin kali ni kami akan berjaya mencipta satu rekod baru bagi UPU Jelutong ini. Semoga Allah merestui perjuangan ini.

Harapannya bukan sahaja UPU jelutong malah seluruh kawasan bukit Gantang kita Akan tawan.

Bicara Tentang Angka

Emm korang tengok dan kira la sendiri. Tu baru sket je tu Maybe satu per seratus je.


Saja je gatai tangan, aku cuba dapatkan angka-angka ni dari beberapa akhbar arus perdana. Seronok juga kalau kita lihat angkanya, bagi mereka yang hadir sudah pasti dapat meneka mana satu laporan yang tepat, yang “cari makan”, yang menipu dan sebagainya.

The Sun - BN 2,000 PAS 10,000
Berita Harian - BN 10,000 PAS 10,000
Utusan Msia - BN 10,000 PAS 10,000
NST - 30,000 BN dan PAS
Sinar Harian - PAS 10,000

Amboi ramainye "orang belah sana" yang datang hehe.Kalau ikut aku aku anggarkan 30000 PR - 3000 BN. Jumlah tu pun kalau dorang kene bayar la. Kalau kuar duit poket sendiri maybe 300 je kot.

"Hidup Melayu" Tapi....

Haha satu posting yang ana baca kat www.idhamlim.blogspot.com tadi sungguh kelakar. Sampai awek kat sebelah ana ni pun pelik tengok ana ketawa. Perkara yang ana tak terfikir tapi ia telah berlaku.

Ana pastekan petikan posting tersebut.
"Banyak yang mempersoalkan saya bila meletakkan jumlah penyokong BN sehingga 5000 orang,katanya sekitar 3000 orang sahaja. Begitulah sedikitnya orang BN yang keluar untuk memberi sokongan kepada calonnya.

Yang paling malang, laungan "hidup melayu" yang kedengaran sayup-sayup dari pihak BN bila diperiksa kembali adalah laungan dari seorang India. Baguslah masih ada orang India yang boleh diharap untuk melaungkan kalimat "berkarat" itu. Persoalannya kemanakah orang Melayu sehingga mereka semacam tidak mahu keluar di hari penamaan calon kelmarin."


Bila fikirkan balik memang betul apa yang dikatakan tu. haha. Kira bagus gak la India2 tu. maybe sokongan tuk sedara dorang Abg Zamry tu kot. Haha

Bila Haji Nizar Kat Depan


Karikatur yang menunjukkan Hj Nizar sedang membacakan doa dan diaminkan oleh Zambry, Muhyidin dan Calon UMNO. Ini adalah kisah benar. Ia benar-benar berlaku. Haha Kemenangan kedua Hj nizar selepas kemenangan moral semasa penamaan calon.

Yap, bila melihat suasana penamaan calon di Taiping semalam pastinya bukan sahaja Hj Nizar yang bertambah semangat, para petugas juga pastinya akan bertambah-tambah semangat dalam mendaulatkan Islam di Perak khususnya.

Peristiwa di Masjid kawasan simpang ini pula, agak menarik. bukan sahaja pimpinan belah sana terpaksa berimamkan Hj Nizar malah terpaksa mengaminkan doa Hj Nizar.Tahniah Hj Nizar. Biarlah apa dorang nak cakap asalkan kita tetap dengan kebenaran yang kita nak bawa. Dorang tu still lagi macam baby yang baru nak kenal ABC. Still lagi memainkan sentimen tak bleh berpolitik di dalam masjid sedangkan orang bukan islam pun dah faham sme tu.

Monday, March 30, 2009

Kami Takkan Lari dari Medan

Emm banyak sangat kisah menarik ketika hari penamaan calon berlaku. Aku taktau nak cite yang mana tapi yang pastinya semua tu menunjukkan semangat para pejuang kita dalam menegakkan kebenaran tanpa ada sedikitpun kekeluhan. Semuanya sanggup berkorban atas nama perjuangan meningkatkan syiar Islam.

Kita merancang Allah juga merancang dan sesungguhnya rancangan Allah lah yang akan berjaya. Pastinya kedudukan para penyokong ketika hari penamaan calon merupakan suatu perkara yang sangat menarik untuk diperkatakan. PR berjaya menawan bukit yang terdapat di situ. Bukan sahaja kawasan yang selesa (macam tengok bola kat stadium) kerana keadaannya yang condong malah kami dipayungi pepohon rendang dan terhindar dari panas terik. Di sebelah sana sudah lah kawasannya mendatar, panas terik lak tu.Malah bila dilihat kami dari seberang sana pastinya perasaan gerun menghantui mereka. Apa taknya bukit itu berjaya kami tawan. ribuan ketayap putih dan bendera memenuhinya.

Antara peristiwa lain adalah jumlah penyokong yang sangat berbeza. Hampit 10 kali ganda ramainya berbanding penyokong BN. Malah Adun Sekinchan berkata calon UMNO yang bertanding Kenapa IPF yang lagi ramai. Mungkin inilah tanda-tanda kehancuran Umno. Malah peristiwa mereka bergaduh sesama sendiri sangat memalukan.

Berikut merupakan beberapa keping gambar yang sempat kami rakamkan.
Pertahankan Bukit itu
Pejuang muda pembela agama
Dibuang BN kerana malu dan melarikan diri. Aku pijak je la. Yang kotor tu kaki aku la tu
Jangan pukul dia. Insan ini tak bersalah yang bersalah Adun-Adun katak itu

Kami Akan Pertahankan Bukit Itu

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Hidup hidup! Hidup Islam
Hancur Hancur! Hancur BN
Makkal Sakti! Reformasi!


Itu antara laungan pembangkit semangat ketika kami menawan bukit kecil ketika penamaan calon Bukit Gantang kelmarin.

Peristiwa Peperangan Uhud terbayang di fikiran. Namun begitu kami tidak akan mengulangi kesilapan para mujahidin ketika itu.

KAMI AKAN PERTAHANKAN BUKIT UHUD INI HINGGA TITISAN DARAH TERAKHIR.

Ya Allah alangkah ramai pejuang yang sanggup bekorban pada jalan mu. Engkau berikanlah kemenangan kepada kami.



Bayangan Awal Kemenangan Islam

Friday, March 27, 2009

BUKIT GANTANG: TUNGGULAH KEDATANGANKU

Ya Allah betapa rindu diri ini untuk menjejak kaki ke medan pertempuran. Alangkah hinanya diri ini tattala pahlawan yang lain telah lama berada di medan tetapi aku masih lagi teragak-agak untuk bersama mereka.

Ya tidak dinafikan aku telah pernah kesana, namun ia sekadar pergi melawat kawasan. Tiada sebarang jasa atau kerja yang aku sumbangkan setakat ini. Andai kata ditakdirkan PAS menang dikawasan tersebut alangkah malunya aku untuk meraikannya. Tetapi andai kata PAS kalah disana, pastinya aku akan diselimuti kekesalan yang teramat sangat.

Wahai bukit gantang tunggulah kedatangan ku. Aku pastinya akan menjejak tanahmu dalam memastikan Islam berjaya di dada mu. Wahai Bukit gantang ketahuilah sesungguhnya aku amat merinduimu.

Thursday, March 26, 2009

Haha lighter la pulak

Masih ingatkah anda dngan bahan kempen UMNO ini??? kempen tuk buda-budak. haha kali ni ana nak tunjuk satu lagi bahan kempen lak haha. Tah ape-ape la dorang ni emm saksikan lah LIGHTER yang serba biru ini yang dihiasi dacing yang dah senget ini. Ana taktau la apa yang antum fikir tapi bagi ana ini semua hanyalah kempen murahan. Mereka menggunakan apa sahaja dan menggunakan sesiapa sahaja asalkan mereka boleh menang. Tu tak masuk lagi baja cap dacing tu.

Tuesday, March 24, 2009

Ada Sifat Babi Yg Sangat Diharamkan Untuk Umat Islam

Mesti korang tertanya-tanyakan nape kat sini gambar ayam tapi tajuk sal babi. Takkan la aku nak taruk gambar babi lak haha. Tapi memang post ni ada kene mengena dengan ayam pun. Aku ambik posting ni dari blog ustaz Khalil Idham Lim. Aku nye YB hehe

Ada orang asing bertanya (ilmuwan) kepada salah seorang ulama mengenai
haiwan babi ini...

Ilmuwan: Haramnya haiwan babi bagi umat muslim adalah disebabkan kerana
banyaknya parasit dan kotoran dalam haiwan ini. Dengan semakin canggihnya
ilmu kedoktoran, bukankah mungkin nantinya haiwan babi dapat dibersihkan
dari virus dan parasit yg mematikan ini? Apakah nantinya haiwan babi yg
bersih ini akan menjadi halal?

Ulama: Haramnya babi bukan kerana hal itu saja. Tetapi ada sifat babi yg
sangat diharamkan untuk umat Islam.

Ilmuwan: Apakah itu?

Ulama: Cuba anda buat 2 kandang. Satu kandang anda isi dgn 2 ekor ayam
jantan dan 1 ekor ayam betina . Satu kandang lagi anda isi dgn 2 ekor babi
jantan dan 1 ekor babi betina . Apakah yg akan terjadi pada masing2 di
kandang tersebut? Bisakah anda meneka nya?

Ilmuwan: Tidak.

Ulama: Mari kita lihat sekarang. Pada kandang pertama dimana ada 2 ekor
ayam jantan dan 1 ekor ayam betina . Yg terjadi adalah 2 ekor ayam jantan
tersebut berkelahi dahulu untuk memperebutkan 1 ekor ayam betina tersebut
sampai ada yg menang atau kalah. Dan itu adalah sesuai dgn kudrat & fitrah
manusia yg diciptakan.

Ilmuwan: Pada kandang babi?

Ulama: Ini yg menarik. Pada kandang kedua itu, 2 ekor babi jantan itu tidak
berkelahi untuk memperebutkan babi betina tersebut malahan menyetubuhi
secara beramai2 babi betina tersebut dan juga terjadi hubungan homoseksual
antara kedua ekor babi jantan tersebut setelah selesai dgn si betina . Hal
inilah yg jelas2 bertentangan dgn fitrah umat manusia. Bila umat Islam
ikut2 kan memakan babi maka ditakutkan umat Islam akan mempunyai sifat &
karakteristik seperti babi ini..

Hadaanallahu Wa Iyyakum Ajma`in, Wallahu A`lam Bish-shawab,

Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi,(daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik,yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah sempurnakan untuk kamu agamamu,dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(QS. Al-Maidah (5): 3).

TESTING MASAK BIHUN SARAWAK

Haha malam tadi aku cuba try test masak bihun sarawak resipi pemberian maksu aku. hehe dan hasilnya agak memberansangkan. Dengan modal hanya RM 20 ringgit aku berjaya menjamu hampir 40orang adik-adik yang komited dengan JPPI. memang tu hasrat aku. Tapi yang lagi best tu komen yang diterima sangat baik dan ia membuatkan aku lagi semangat nak masak tuk adik-adik aku tu. Dorang Siap tambah lagi tu hehe.

Kat sini aku taruk cara masak BIHUN SARAWAK secara ringkas.
1- Tumis bawang kecik, bawang putih, cili padi ijau (banyak sket), dan ikan bilis yang telah diblender.
2- Masukkan 3batang serai yang dititik dan sedikit asam keping.
3- Setelah naik minyak masukkan bawang besar yang telah dicincang kecil (kalau malas blender je)kedalam tumisan tadi. Pastu masukkan daging yang juga dicincang kecil. (tapi aku blender jugak daging tu
Peringatan: Masakan ini memerlukan bawang besar yang banyak. Semalam je dekat sekilo la jugak aku masukkan bawang.
4. tunggu sampai masak. Masukkan sedikit gula, garam dan sedikit aji jika mau. Leh jugak taruk halia sket.Nak pedas lagi taruk lada hitam sket.
5. Rebus bihun sampai lembik dan tos kan.

Cara hidang:
Ambik bihun n taruk je kuah/sambal/sos yang kita buat tu kat atas dia. Peringatan masakan ini agak pedas. So taruk kuah tu sket je. Pastu gaul n makan.

Raqib : Tanaman Syaikh Yasin Sudah Jadi Pohon Yang Sukar Ditebang

Membaca tajuk ini aku benar-benar tertarik. Tapi dalam kepala otak aku ni betul-brtul la Syeikh Asy-Syahid tu betul-betul ada tanam pokok rupa-rupanya tanaman yang dimaksudkan adalah gerakan Hamas yang telah berjaya dengan cemerlang pada hari ini. untuk bacaan lanjut aku pastekan rencana yang aku baca.Tapi dalam bahasa indonesia la. hehe.

Khanyunis/Kairo-Infopalestina : Juru bicara Hamas, Hamad Raqib menegaskan, walau peringatan syahidnya Syaikh Ahmad Yasin menyedihkan karena tidak dihadiri sejumlah tokoh yang berangkat dialog, namun kenyataan ini membawa harapan bagi bangsa Arab dan Islam serta para da’i kaum muslimin, bahwa kebaikan yang dapat dipetik rakyat Palestina saat ini sudah ada dan lebih dari yang diharapkan. Tanaman Syaikh Yasin sudah menjadi pohon yang tak mungkin ditebang oleh siapapun.

Dalam sambutanya melalui pesawat telepon dari Universitas Al-Azhar, Mesir Selasa (24/3) Raqib menyampaikan, tanaman Ahmad Yasin jadi kebanggaan ummat Islam dan Arab. Ini berkat keteguhan dan da’wah Syaikh al-Syahid yang menanam bibitnya pertama kali.

Dalam pada itu, Raqib memuji gerakan Hamas yang digagas Syaikh Yasin yang telah menjadi tantangan bagi semua alat perang di dunia. Hal ini menumbuhkan harapan dan obsesi bagi para pengungsi Palestina untuk dapat kembali ke negaranya.

Ia mengatakan, kami dari gerakan Hamas menegaskan ba’iat kami kepada Syaikh Yasin untuk terus mengusung jihad dan pelawanan. Kami tidak akan melepaskan hak-hak kami, walau sebesar biji sawi. Inilah janji kami dari dulu, ungkapnya. (asy)

NIZAR vs ZAMBRY

Haha ana setuju bebeno dengan pendapat abang Sofi Wahab yang mencadangkan agar Zambry menawarkan diri menentang menteri besar PR di kerusi parlimen Bukit Gantang.

Tapi bak kata bro mutaligat tu Zambry ni bukan jenis yang berani. Kenyataan yang dikeluarkan pun tah apa-apa. Dia asek menjaja pelantikannya dibuat oleh Sultan. Apa HJ Nizar dulu bukan Sultan ke yang lantik??? Cakap tak pernah berfikir. Itu la pemikiran orang-orang UMNO.

Bagi ana pemilihan HJ Nizar sebagai calon adalah sangat tepat. Ia bukan sahaja bagi mendapatkan sokongan bukan melayu malah bagi menunjukkan kepada dunia bahawa Hj Nizar memang diterima oleh rakyat Perak. Takde la macam Zambry tu. Pi mana-mana takdak pun yang nak pi serbu dia.

Pemilihan Hj Nizar bukan bermakna membantah pendapat Nik Aziz tetapi ia adalah pendapat ahli Majlis Syura yang mana ia merupakan badan tertinggi didalam Pas.

Mudah-mudahan dengan tercalonnya Hj Nizar ini akan membangkitkan lagi semangat para petugas dalam memastikan Pas menang di kerusi ini. Ana pasti PAS akan menang tetapi dengan syarat kita buat kerja kita. InsyaAllah Allah pasti menolong orang yang berusaha.

Sunday, March 22, 2009

Pesanan Ustaz Zulkarnain Hassan

Allah berfirman maksudnya " Kamu tolong agama Allah sesungguhnya Allah akan tolong kamu balik dan Allah akan teguhkan pendirian kamu."

Ana akan pegang ayat ni betul-betul. Memang dalam perjuangan tuk menegakkan Islam ni susah sangat. Kalau senang pasti ramai yang akan bersama dengan perjuangan ni. tapi keta kene ingat beberapa perkara. Ustaz Zul dalam pengisiannya tuk adik-adik 2 hari lepas suruh kitorang pegang 3 perkara. Benda ni kena jadi asas kepada akidah dalam perjuangan mendaulatkan islam di muka bumi ni.

1- Setiap yang hidup pasti akan mati. So kita kene pilih di mana kita nak mati sama ada di atas katil mahupun di medan perjuangan. Orang yang berjuang akan mati dan yang tak berjuang pun akan mati. So Anda mahu yang mana???

2- Rezeki kita berada pada tangan Allah. Tak perlu nak takut pada arahan atau ugutan pihak-pihak yang tertentu. Ape dorang ingat dorang yang bagi rezeki kat kita???

3- Manfaat dan mudarat hanya akan berlaku dengan izin Allah. Biarpun ada 100orang nak bagi manfaat pada kita atau 100 orang nak memudaratkan kita tanpa izin Allah ia takkan boleh berlaku. so tak usah nak takut tuk berjuang.

Tiada alasan yang boleh kita gunakan untuk mengelak dari berjuang mempertahankan kesucian Islam.

Terima Kasih Semua

Alhamdulillah setelah 3kali tertangguh akhirnya kami berjaya jugak adakan Program Pengukuhan Pemahaman Jemaah Islam (3PJI)pada 20-22Mac lalu. Memang letih tapi semua tu berbaloi dengan hasil yang kami dapat. Tapi sebenarnya aku dok lari dari medan. Hehe tapi dak-dak tak leh nak salahkan aku sebab aku dah wat keje aku.

Start ari selasa aku korbankan masa cuti aku tuk cari tempat program. Tu tak masuk kedit aku lagi dok call ustaz-ustaz penceramah dan membe-menbe tuk cari tempat. Last-last 3sehari sebelum program sme tu berjaya di settlekan. Haha puas aku

Jumaat tu aku sempat bersama adik-adik ni kejap dengan bayaran aku terpaksa korbankan masa tuk tengok adik aku bernikah. Tapi kalau aku adapun memang tak leh tengok pun. Dorang nikah kat ganu sana tu. Mujur la kakak aku yang kat KL tu balik jugak sempat la aku nak balik tuk kenduri umah pakngah aku. Dah tiga kali kenduri aku tak balik.

Tapi macam nyesal lak aku tinggalkan adik-adik aku ni. Dorang kene ragging kaw-kaw punya. Haha

Ape2pun tahniah kepada korang sebab dah lepas tahap ke2. Pas ni kit dok kat fasa 3 lak k. Kepada semua sahabat yang menjayakan program aku nak ucap jutaan terima kasih kepada korang semua termasuk ustaz-ustaz yang banyak membantu. Mudah-mudahan sedikit usaha kita ni menjadi pemberat amalan kita di sana kelak.

Wednesday, March 18, 2009

MAK PAK NDAK MENINGGAL DUNIA

Pagi tadi aku dapat msg kata mak Pak Ndak meninggal dunia kat Pahang. Baru je semalam Pak Ndak cerita sal mak dia.

"Saja je antar kat pahang. Kat sini Pak Ndak sibuk sikit sebab pilihanraya Bukit Gantang. tapi depa susah sikit la. Kalau kat sini Pak Ndak dah tau macam mana dia makan, urusan lain. Orng tua, dah tak larat dah."

Tu antara kata-kata Pak Ndak yang aku ingat. Emm

Tabahkan diri menempuh ujian ALLAh. Sme ni pastinya ada hikmahnya.

Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat keatas Allahyarhamah.

Al-Fatihah....

RAHSIA disebalik Kesihatan Pimpinan PAS

Haha mesti ramai yang nak tau kan. Aku nak dedahkan rahsia dorang.

Aku sembang dengan Pak Ndak semalam. "Malam ni kita jamu Mahfuz rendang landak, Burung puyuh, ayam hutan, ikan baung, petai....." wow hebatnye makanan. Brapa orang yang nak makan tu. hahaha ini lah sebenarnya rahsia kenapa Pimpinan-Pimpinan PAs "sihat-sihat" belaka. Hehe Bukan nak kutuk tapi itu la hakikatnya. Cuba tengok Salahuddin Ayub. Dulu sebelum jadi ketua pemuda kecik je. Sekarang dah gemuk. Sama la yang lain-lain pun. Mahfuz pun sama je.

Bukan apa sekali-sekali dorang datang tempat kita nak la jugak kita hidang somting yang special kat dorang. Tapi kita lupa sebenarnya tiap-tiap malam dorang makan yang special2 belaka. Yela dah tiap-tiap malam ceramah kat tempat yang berbeza. Dah tu pulak akan waktu malam. huhu. Pak Ndak cakap antara sebab kenapa penyakit ustaz tarmizi susah nak sembuh sebab makan. Dah orang hidang takkan pimpinan nak tolak. Dorang takkan sampai hati nak lukakan hati anak2 buah. Dah tu hidang yang jarang kita makan. Aku pun meleleh air liur dengar kata masak ayam hutan dan landak.

Takpe la PIMPINAN2 ku semua. Tapi cuba kawal makan tu. Amalkan sunnah nabi. Kalau nik Aziz leh maintain slim kenapa yang lain tak leh. Hehe

Aku Respek YB-YB Aku

Alhamdulillah, Aku ada YB-YB yang begitu prihatin dengan rakyat di kawasan masing-masing, baik untuk Parlimen mahupun dewan undangan negeri.

2 3 hari lepas ketika aku nak ke pekan, aku ternampak YB Khalil Idham Lim yang sedang melawat sebuah rumah yang baru terbakar sehari sebelum itu. yang tu biasalah orang Umno pun buat jugak. Yang menjadi luar biasanya hanya beliau dan pembantunya sahaja yang berada di tempat kejadian. Bukan kata YB aku ni tak glamor atau tidak diendahkan oleh orang ramai malah aku yakin kehadirannya pun tidak diketahui oleh masyarakat setempat. Ini menunjukkan keiklasan dan kesungguhan beliau meninjau kesusahan rakyat dikawasan yang diwakili. Buat kerja baik n ikhlas tak tunjuk kat orang pun orang akan tau. tapi kalau tak ikhlas tunjuk la macam mana pun orang taktau. Yang kedua inilah sikap wakil rakyat PAS yang begitu amanah dalam melakukan kerja. mereka tidak pernah mengharapkan publisiti tetapi mereka tetap dikenali.

Kalau Adun Umno aku pasti satu kampung dipaksa turun. Mane taknye 1st mesti ada makan-makan. Kalau orang kampung tak turun sape nak abiskan makanan. 2nd wartawan turun jugak. Karang kalau tak ramai orang, malu la YB tu time kuar TV or surat khabar. 3rd itu je la cara nak bagi orang kampung tau yang dorang ni KONONNYA begitu prihatin. Kalau tak orang kata tak wat keje lak.

Itu YB Khalil, ustaz mujahid pulak petang yang sama buat program kat kampung aku. Yang ni lagi satu kelebihan yang ada pada YB PAS. Boleh bagi pengisian tentang apa sahaja. Ceramah politik boleh, kuliah agama pun boleh, Khutbah jumaat pun boleh.Kalau wakil Umno imam sembahyang mungkin la boleh itu pun just baca surah dalam mukadam je. tengok la paklah sendiri dah nak 6 tahun memerintah baru brapa kali je jadi imam. InsyaALLAh kalian pastinya dapat bertahan sesi depan.

Kali ni untung betoi orang parit buntar, kalau berlaku musibah bukan 1 tapi 3 orang YB akan turun memberikan bantuan sedaya mungkin. Dan aku pasti perkara ni takkan berlaku pada UMNo kecuali ada orang besar seperti PM, TPM or raja yang turun sama.

Sunday, March 15, 2009

Letihnya.

Minggu ni adalah hari yang paling letih dalam hidup aku (aku rasalah).Tu baru sikit je. Tah macam manala YB-YB aku tu wat keje. lagi-lagi pulak time kelam-kabut macam ni.

Sme start Hari Rabu, Ari tu kelas Full dari pagi sampai ke petang, Kul 5.30ptg ada meting JPP. Emm elok je nak abis meting abang amin call mintak tolong unit amal turun bantu bangsa banjir. Dengan kelam kabutnya aku dok cari kenderaan dan settlekan urusan usrah yang aku sepatutnya buat malam tu. Mujur la aku just nak buat tayangan je. Cite Sultan Muhammad al-Fatih, Penakluk Kota Constatine.

Malam tu pas maghrib kitorang bertolak ke Trolak Pekan bantu mangsa banjir yang mana banjirnya takat kepala aku. Dalam gila. Pak Ndak cakap memang kita nak pindahkan dorang sme ke tempat lain. Tapi Jahaman tu dah rampas kuasa. So terpaksa la kita tangguhkan dulu. Nak harap geng-geng jahanam tu lagi 50thun pun belum tentu mangsa-mangsa banjir tu leh pindah.

kitorang balik dalam kul 3pagi. aku pun basuh la baju. Takkan nak biar macam tu je. karang melekat la pulak lumpur pada baju n suar aku tu.

Kul 6 pagi bangun, mandi n solat subuh. pastu bersiap nak g putrajaya tuk seminar Keajaiban Al-Quran. dah la jadi leader. Penat-penat. Nasib baik la pengisian best. Siap dapat termos lagi.

balik kul 5.30 n sampai ke poli kul 8. Ada kuliah maghrib lak adoi. Ustaz Zulfika da. Kul 9.30 ada meting dengan Pemuda lak. Ayoyo memang pack gila jadual aku. Dalam meting dapat la pulak jawatan jadi pengerusi SPR pemuda kawasan. Abis meting dorang ajak makan lak. Aku pun layan la. Dah orang nak belanja. Tapi wat-wat malu kucing sket. Haha.

Balik tu aku ada keje lagi. Ada 1 asgmnt n 2 test ari jumaat tu. tapi dengan tidak sengajanya aku telah tertido dengan lenanya. Bangun pagi dengan tak studynya. aku terus bertawakal je tuk jawab test.

Huh akhirnya dengan bantuan kawan-kawan dapat la aku jawab test sket. Pastu g jumpa lecturer tuk wat retest math lak. Tapi lect tak de da. So pas cuti la aku wat Retest tu. So aku pun teruskan keje wat tentatif ProJIK yang aku tak wat lagi tu tuk dibentangkan kepada Ustaz Mior Jumaat karang. Adoi.

Tapi Allah Maha Kuasa, Aku tak rasa la sangat keletihan tu. Aku pegang 1 benda je. Tolong Agama ALLAH, Allah tolong kita balik, dan teguhkan pendirian kita.

PENGALAMAN BANJIR DI TROLAK

“Assalamualaikum, Firdaus free ke sekarang? Saya nak mintak tolong la. Kat Trolak Pekan banjir la, nak mintak tolong Unit Amal turun bantu mangsa banjir.”

Time dapat panggilan tu aku tengah meting JPP. Kelam kabut jadinya. Dahla malam tu aku ada usrah, nak meting lagi. Kereta pulak takde. Adoi la.

Tapi Alhamdulillah kami sampai jugak dalam pukul 9.15 malam. Dengan semangatnya aku tukar kasut dan berlari meredah banjir yang dalamnye takat betis. Air agak laju tapi masih boleh lalu dengan senang. Yang malangnye bila sampai ke tempat unit amal berkumpul, semua dah pakat nak balik.

Argghh kecewa tention dll. Dah la kasut dan suar dah basah tapi tak sempat buat apa-apa.

" Ala releks la, kita pi makan sat. Nanti kita pi tengok kat seberang sana tu. Ayaq dalam lagi tu."

Huh belum apa-apa dah makan dulu. Dah la tadi Cik Usop kasi RM50 buat belanja. Ni Ustaz Tarmizi lak belanja. Emm tu istimewanya kerja dengan jemaah. Makan sme sponsor.

Lepas makan kami kembali ke lokasi banjir. Emm dah surut. Rumah pertama yang kami bersihkan hanya separas pinggang. Emm habis semua barangan seperti TV, radio dan pekakasan elektrik. Pakaian dah jadi macam kain buruk. Sme dah tak boleh diselamatkan. dah settle rumah pertama kami ke rumah kedua. ingatkan itu la yang paling teruk, rupa-rupanya rumah ke5 dan ke 6 lebih teruk.

Ketinggian banjir melepasi kepala aku. Maybe hampir 1.8meter kedalamannya. Rumah wanita india tua tu dah habis smenye. Tuhan-tuhan dorang sme dah lemas tumbang dan ditutupi selut. Ya allah itulah banjir yang paling eruk yang aku pernah harungi.

Malam tu kami kerja sampai pagi hampir pukul 3 pagi. Time kitorang balik tu unit amal yang lain masih lagi beramal. Mudah-muahan Allah tambahkan lagi kekuatan keatas kalian.

P/s Aku nak taruk gambar tapi sme gambar kat Ustaz Mad. Dah dapat aku masukkan kemudian.

DEMO DALAM DIRI

Ya Allah sedihnya hati ni tak dapat bersama sahabat-sahabat lain di Masjid Negara. Bermain dengan FRU dan bom asap. Remuk hati ini bila dengar ramai kawan-kawan sudah berada di posisi masing-masing. Bergerak mengikut kumpulan kecil seperti sebatang sungai yang mengalir. Disekat di jalan utama bergerak mengikut lorong-lorong kecil. Dan pastinya pengalaman ini sangat-sangat berbeza daripada Himpunan Bersih. Sudah lama aku merancang namun ketentuan Allah mengatasi segalanya. Akhirnya aku berada di Amberstone Resort untuk Program KEJAP.

Mungkin kawan-kawan tak tau, tapi diri ini begitu tersiksa apabila tidak dapat pergi ke lokasi tersebut. Apa hikmahnya??? Emm.

KEJAP memang best tapi aku tak dapat tumpu perhatian. Emm takpe la aku bukan ada keje ape pun. Just pemerhati je (merangkap pengarah program hehe). Program berbentuk motivasi kepimpinan ini disertai oleh wakil-wakil kelas dan dilihat sangat berjaya. Daripada feedback yang kami perolehi kebanyakan peserta memberikan program yang positif.

Ahaks. Tahniah kepada semua AJK yang terlibat. TQ bebanyak sebab jayakan program KEJAP ni.

JPPI CIPTA REKOD

Success, marvelous, hebat, wow, excellent.

Tiada perkataan yang boleh saya tujukan kepada JPPI diatas kejayaan mereka membuat satu rekod baru di dalam Politeknik. Kini JPPI telah menyamai JPK malah JPP sendiri dalam menyediakan program berkualiti. Tidak keterlaluan jika saya menyatakan JPPI lebih bagus daripada JPK kerana mereka berjaya keluar dari belenggu pemikiran yang mana JPK masih lagi menggunakan idea program tradisi dalam memenuhi takwim mereka. Begitu juga dengan JPP walaupun cuba keluar dari kepompong pemikiran tersebut namun masih lagi tidak menonjolkan kepakaran sebenar mereka. Program baru seperti Hari Palestin dan Hafest masih lagi tidak berjaya dikormesialkan.

Tiba-tiba JPPI yang agak diam melonjak naik namanya apabila menganjurkan program berbentuk masakan iaitu Program Mesra Rasa. Setelah berjaya mencipta rekod sendiri iaitu mengadakan Hari Keluarga JPPI kali ini JPPI Berjaya menarik perhatian hampir 60 peserta bagi menyertainya. Ini lah kali pertama pertandingan seumpama ini diadakan di dalam politeknik dan ia adalah suatu yang amat dibanggakan.

Dipecahkan kepada tiga kategori, iaitu nasi goreng, mee goreng dan kuetiow goreng para peserta perlu menyediakan masakan tersebut dalam masa 15 minit. 5 orang peserta perlu berkerjasama di dalam 1 kumpulan bagi menyediakan masakan yang dikehendaki. Program ala-ala Iron Chef ini memerlukan kepakaran para peserta kerana mereka hanya mengetahui apa yang perlu dimasak ketika pagi tersebut.

Progran yang diadili oleh YM Tengku Azmi dan Puan Baini ini bukan sahaja di lihat dari aspek rasa masakan dan kekreativitian peserta, malah aspek kerjasama juga di nilai. Dan itulah motif utama ia diadakan.

Suatu lagi rekod yang dicipta dalam program tersebut adalah kesemua pemenang tempat pertama bagi ketiga-tiga kategori adalah peserta lelaki. Emm selepas ni Muslimat terpaksala masuk kursus-kursus masakan. Nak taknak dah kawin karang kene jugak masak untuk suami tercinta.

Tahniah JPPI. Semoga program selepas ini lebih menarik dari apa yang sering anda lakukan.




Para peserta menunjukkan bakat terpendam



Juri sedang menilai masakan

Friday, March 6, 2009

Bangsa lain Iktiraf Bahasa melayu... Kita???

Malam tadi berlangsungnya pertandingan Debat Piala Timbalan Pedana Menteri Peringkat Antarabangsa dan kita dapat lihat pelbagai bangsa menyertainya. Ini menunjukkan bahasa melayu bahasa yang boleh diterima pakai oleh seluruh dunia. Malah jika kita lihat para pemenang bukanlah berasal dari kepulauan melayu yang menggunakan bahasa melayu. Ini menunjukkan bahasa melayu bukanlah bahasa yang mundur malah bahasa melayu sendiri pernah menjadi bahasa pengantaraan ketika era kegemilangan Melaka dahulu.

Kalau orang luar boleh menggunakan bahasa kita kenapa kita pula yang terhegeh-hegeh nak gunakan bahasa asing dalam subjek Matematik dan sains.


Juara Kategori Antarabangsa Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Piala Timbalan Perdana Menteri, Novavy Sies (tengah) dari Kemboja diapit oleh naib juara, Ayleen O’ Hanion (Australia) dan peserta Belanda, Shavira Alaydrus (kanan) yang menduduki tempat ketiga. Pertandingan pidato itu berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya, malam tadi.

JOM PAKAT RAMAI-RAMAI TURN DEMO PETANG NI. AYUH KITA GEGARKAN ISTANA NEGARA.
DAULAT TUANKU.

Rumah Angah Musnah Terbakar



"Dah takdak apa." Hanya itu yang mampu diucapkan ketika saya menelefon angah malam semalam. Berita yang saya terima daripada rumit nya agak mengejutkan. "Angah balik kampung, rumah dia terbakar, nenek dia meninggal."

Tiada apa yang mampu kami lakukan selain membanyakkan doa semoga segala-galanya selamat.

Fariduan Bin Adnan merupakan bendahari JPP yang agak komited dengan organisasi. Menyertai JPP dari semester lepas sebagai Exco jabatan Awam dan dilantik sebagai Bendahari JPP pada semester ini.

Banyakkan bersabar wahai adikku. Semua ini pasti ada hikmahnya. Kami semua menyokong anda.



Tinggal kenangan (tiada yang dapat diselamatkan)



Arwah nenek yang dikasihi



Keratan Akbar dari Harian Metro

Sunday, March 1, 2009

Di Sebalik Kejayaan Explore Race JPP

Alhamdulillah, JPP berjaya mengadakan Explore Race bersempena Hari Palestin yang diadakan semalam. Penyertaan yang sangat-sangat memberangsangkan dan di luar jangkaan. Namun begitu penyertaan yang menghadkan kepada 20 kumpulan pertama sahaja membantutkan penyertaan yang begitu menggalakkan. Namun begitu jangan risau, kami pastinya akan cuba menganjurkan suatu pertandingan yang lebih besar dalam masa yang terdekat. Oleh itu teruskan menyokong JPP.

Namun begitu terdapat beberapa perkara yang menyebabkan hati ini terlalu rawan. Anak-anak muda hari ini semakin teruk dan semakin jauh dengan agama. Pernah nabi bersabda, di akhir zaman tidak tinggal Islam kecuali pada nama dan tidak tinggal pada Al-Quran kecuali tulisan. Dalam meraikan kejayaan menganjurkan aktiviti terdapat beberapa kelompangan pada peserta.

Kisah 1

Apabila disuruh berikan apa rukun Islam kepada satu kumpulan siswi, jawapan yang kami diterima, solat, zakat, puasa, haji dan beriman pada hari kiamat. Seorang AJK menegur, “Betul ke??? Kalau Islam mesti mengucap 2 kalimah syahadah kan??” Dorang mengiakan. Tapi bila diminta nyatakan rukun Islam jawapan yang sama diberikan. Kumpulan lain Apabila di minta berikan rukun Islam, di jawabnya Rukun Iman. Apabila AJK cakap jawapan tu salah, bebudak tu tak nak ikut. “ Ala psiko je tu. Jangan percaya dorang nak psiko kita.” Satu team lagi bila ditanya apa tu rukun Islam dorang jawab Islam, Rukun iman??? Iman. Huh hampeh..

Kisah 2

Di satu check point lain, apabila di suruh baca doa bangun tido, tak tau. Doa naik kenderaan, tak tau, masuk tandas pun tak tau. Last-last AJK tanya dorang, doa ape yang dia tau. Dijawabnya doa (niat) mandi wajib. Nasib baik la tau jugak. Kalau tak lagi la hampeh.

Kisah 3

Ada lak yang bergaduh bila diminta berikan rukun islam. Tak tau yang mana dulu. Mengucap or solat. “Solat la lagi penting.” Kata sorang budak. Adoi penin-penin.

Kisah 4

Soalan cepu mas, bila Rasulullah diangkat menjadi rasul??? “40 tahun.” “Eh bukan la, tu nabi wafat, 14 tahun kot.”

Huhu mati la ustaz-ustaz kalau macam ni. Makin lama makin teruk dak-dak ni. Apa lagi yang kita nak kata. Mak bapak hari ini lebih risaukan anak gagal dalam pelajaran, tapi biarkan bila anak-anak gagal dalam mengamalkan agama Islam. Semua nak mengharapkan ustaz ustazah tuk ajar anak-anak dorang. Mungkin masih belum terlambat tapi bila dah jadi buluh memang sangat susah untuk di lenturkan. Sama-sama kita memuhasabah diri.

Mana Arah Tuju Ku???

Semalam Ustaz Azahari datang. Sebelum tu dalam panggilan dia cakap yang nak bincang ni berkenaan kehidupan dan masa depan aku. Adoi la tah ape la yang penting sangat tu sampau melibatkan masa depan aku. Terus terang aku cakap memang aku ketar dan gelabah.

“ Saya datang ni ada hajat. Ada orang nak melamar enta.” Adoi sape lak yang nak lamar aku ni. Memang la aku ni still solo tapi rasanya tak sedia lagi nak kawin (walaupun memang nak sangat). Yela belajar pun lum tentu abis. Pendapatan pun takdak. Lagi-lagi sekarang ni tengah nazak. Lagi pun sapa la nak kat aku ni.

“Kami meeting semalam, bila ana cadangkan enta untuk SUK pemuda, semua dah setuju. So Enta macam mana??” Emm yap memang best bila kita ditawarkan kerja. Dan memang itu pun yang aku nak. Tapi kali ni aku risau semacam je. Yela sape yang taktau kerja jadi SUK ni. Kalau ngan UMNO takpe la. Memang masuk banyak. Tapi ditawarkan bersama jemaah. Pengorbanan kene tinggi, iman kene kuat, tahap kesabaran kene mantap.

Mane taknye, elaun sket je, nak tanggung anak-bini, mak ayah, tu tak masuk topup, kereta, rumah. Penginapan disediakan tapi sampai bila aku nak dok kat pejabat tu?? Hahaha.

Tapi satu je yang aku tak dapat nak nafikan. Keje ni memang berkat. Boleh nak idup tapi memang tak leh nak mewah. Aku memang boleh tolak tapi macam tak sanggup je. Ape guna aku blaja sal jemaah tapi tak praktikkan??? Adoi serba-salahnya Aku ni???

Ya Allah tolonglah hamba mu ini dalam membuat keputusan…

SIAPA LEBIH DERHAKA???

BACA, KAJI DAN BANDINGKAN

Jika anda seorang yang bijak dan berakal pastinya anda dapat menilai SIAPA YANG LEBIH DERHAKA kepada raja-raja melayu. Mana dia pejuang-pejuang UMNO ketika itu melainkan turut sama menderhaka kepada raja dengan mengadakan tunjuk perasaan menyokong tindakan pemimpin-pemimpin mereka.


Pengasas UMNO, Dato’ Onn Jaafar dibuang dari Istana Johor pada tahun 1920 kerana mengkritik sultan atas isu harta. Bila pengasas pun dah menderhaka, anak-anak buah apalagi. Lagi la naik kepala.

Pada tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi enggan meletak jawatan MB Perak walaupun perjanjian asal dia hanya hendak jadi MB 2 tahun sahaja. Sultan Idris Shah murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang selagi ayah Tajol Rosli tu tidak meletak jawatan. Kalau Hj Nizar di kira menderhaka, sebenarnya UMNO lagi lama dah menderhaka.

Kes 1979 apabila Dato’ Rahim Bakar (Bekas MB Pahang) berselisih dengan Sultan Pahang. Media Pro-UMNO mengkritik Sultan secara terbuka.

UMNO membelasah raja-raja melayu pada 1983 kerana menolak cadangan mereka untuk meminda perlembagaan bagi mengurangkan kuasa Yang DiPertua Agong mengenai pengistiharan darurat

Pada tahun 1991 dalam persidangan agung UMNO, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan UMNO kalah di Kelantan.

Pada 18 Januari 1993 berlaku Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dibawa ke mahkamah. Apabila Raja-raja minta di tangguhkan, maka media membongkar (mengaibkan) secara terbuka salah laku raja.

Peristiwa penabalan Tengku Ibrahin untuk menggantikan Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra pada 29 April 1993 di Ketereh oleh Dato’ Annuar Musa. (ini kes derhaka tahap melampau)

Tan Sri Muhammad Mohd Taib (bekas MB Selangor) melarikan Ku Yah (Puteri Sultan Selangor) sehingga sultan murka.

23 dari 24 ADUN Terangganu ugut boikot Majlis angkat sumpah MB Ganu Dato Ahmad Said selepas PRU ke-12. (Penyokong UMNO berdemo dan gelar Sultan binatang (natang). Kenapa dorang tak di tangkap??? Kenapa di Kuala Kangsar polis bersungguh-sungguh menghalang demo??Polis buta ke???

Shahidan Kassim boikot perlantikan Dr Mat Isa Sabu sebagai MB Perlis (bukankah ini pun derhaka namanya???)

ANDA TIDAK AKAN MENGABAIKAN PETIKAN INI MELAINKAN ANDA SEORANG YANG:

  1. Jumud (berfikiran sempit)
  2. Ingin menyorokkan kebenaran
  3. Tidak boleh menerima hakikat
  4. Menyokong kezaliman
  5. MENDERHAKA KEPADA RAJA-RAJA MELAYU