Monday, May 31, 2010

CELAKA YAHUDI LAKNATULLAH

Ya ALLAH selamatkanlah sahabat-sahabat kami yang sedang diserang yahudi itu....

Jika mereka gugur masukkanlah mereka dalam golongan orang-orang yang sedang berjuang....

Sunday, May 23, 2010

PWTC Guna Duit Rakyat???


Baru 2 hari lepas adik aku meluahkan isi hatinya pada aku."Celaka UMNO, suka-suka je dok kat PWTC. Tah duit sapa dorang pakai..." Huhu kurang-lebih macam tu la maksudnya..

Ari ni aku terbaca satu artikel sal Bangunan PWTC yang dibina menggunakan duit rakyat.

PAS kesal Najib Halang Siasatan Umno Bina Ibupejabat Di PWTC Guna Wang Rakyat.
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghalang usaha rakyat menuntut satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat dakwaan Barry Wain.

Semalam Barry Wain mempertahan fakta bukunya 'Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times' dan turut menyatakan beliau mempunyai bukti yang kuat bahawa Mahathir telah menyelewengkan wang negara lebih dari RM 100 Bilion.
Disember tahun lepas Najib menyebut;

"tak wajar dicadangkan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan semata-mata kerana ada orang menulis sebuah buku. Apa yang penting ialah bagi kita melihat masa depan. Semua perdana menteri telah memberi sumbangan yang besar. Jika tidak, Malaysia tidak akan menjadi maju seperti sekarang sehingga dianggap sebagai satu contoh,”

Ini adalah satu alasan yang cuba melindungi Mahathir dan kepentingan Umno. Najib bersubahat dalam hal ini begitu juga mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana mereka turut menyambung legasi penyelewengan Mahathir.

Sehingga kini Umno gagal menyangkal dakwaan Wain bahawa bangunan PWTC yang mereka duduki sekarang adalah hasil dari wang rakyat yang diselewengkan. Malah dakwaan Wain bahawa ketika Daim menjadi Menteri Kewangan terdapat satu akaun dana politik khas diperuntukan untuk Umno bernilai puluhan juta juga tidak dinafikan oleh mana-mana pemimpin Umno.

PAS persoalkan kenapa Najib begitu takut untuk membenarkan hal ini disiasat oleh Suruhanjaya Diraja?

Rakyat menghargai sumbangan Mahathir, tetapi itu bukan alasan untuk menyembunyikan fakta penyelewengan yang telah dilakukan dan disambung oleh pemimpin selepasnya.
Rakyat menuntut satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyelamatkan wang negara dari terus diselewengkan oleh Umno-BN. Dakwaan Wain harus disiasat dan segala dokumen yang beliau miliki harus didedahkan.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


Haa adik dah tau ke duit sape yang dorang pakai tu??? Karang dorang tersungkur kita halau dorang guna penyapu. Suka suki je guna harta rakyat tuk kepentingan parti... Siap la korang. bek korang cari tempat baru siap-siap.

Toksin??? Biar Betul Ni????

Dah lama aku nak beli footpatch ni…. Last-last semalam berjaya gak aku dapatkan. RM14 sepasang. Gila ahh. Tapi aku beli gak..

Sebelum guna... Suci je...

Hasilnya.. ha tengok la betapa banyak toksid dalam badan aku.. patut la badan slalu sakit-sakit…

Selepas 12 jam guna... Nampak tak kesan dia???

Ingat nak beli lagi.. tapi tunggu gaji lah… hahahaha

Kenapa Harakah Banyak Sangat Iklan???

Pakcik Ketua Pengarang, kenapa sekarang ni harakah banyak sangat iklan??? Kalau check balik Harakah bilangan 1541, ada 11 muka penuh iklan. Tu tak masuk yang separuh muka, suku muka dan lain-lain. Persoalannya why???

Adakah sekarang ni takde cerita menarik untuk dimuatkan??? Ataupun tak cukup wartawan untuk melaporkan berita??? Ataupun iklan bagi banyak keuntungan pada harakah???

Maaf pakcik, saya beli harakah bukan untuk baca iklan, tapi nak dapatkan info terkini dan terbaik dari pihak yang mahukan kebenaran dan keadilan. Kalau tak cukup berita untuk dimuatkan macammana nak jadikan harakah sebagai akhbar harian??

Owh saya teringat dulu harakah nak jadi Akhbar berkebajikan… Adakah nak jadi berkebajikan kepada bisnesman2 tu??? Kami pembaca macammana??? Harap pihak harakah dapat menambah lagi muka surat akhbar ini bagi menampung bilangan muka surat yang telah di’cilok’ oleh iklan-iklan tersebut???

Ketum Ohh Ketum

Alhamdulillah aku selamat pulang dari KL.

Ini kisah ketika lawatan aku di Cyber Jaya. Dalam usaha nak tengok-tengok lokasi tuk Jambori Amal kawasan aku tertengok satu pemandangan yang tak pernah aku tengok selama ni. Ini betul-betul my first time story. Hee selama ni aku tak pernah terdetik pun tuk search kat internet ataupun nak cuba-cuba rasa. Hanya pernah dengar cite orang je.

“cuba hang tengok tu, agak-agak pokok apa tu???” Tanya Abang nasri ketika kami lalui satu lokasi. “Pokok apa??? Ketum kot.” Jawab Abang Mie… Ohh baru aku tau macam tu rupanya pokok ketum… hahaha. Cite pak lang, pokok ni banyak khasiatnya Cuma orang sekarang banyak yang bijak-bijak…. Orang kampong buat tuk penguat tenaga, cuci saluran darah, tuk perut bercacing dan lain-lain tapi dek kebijakan pakar-pakar kita dorang campur dengan ajinomoto, panadol, ubat nyamok dll maka terhasillah sesuatu yang akan membuatkan pandangan masyarakat kepada pokok ketum menjadi negative… Cian kat ketum tu menjadi mangsa keadaan.

Aku pun mintak la sket tuk cuba. Hahaha best, teruja tuk nak cuba. Tapi pahit+kelat sangat la. Tak tahan aku. Try 2 3 teguk je. Tak leh nak tahan.. Huhuhu tu pun malam tu aku tingtong jugak jadinya… tapi heran jugak aku kat kedah sana tu siap jual secawan RM2 lagi. Laku lak tu… Huhuhu tah ape la yang best sangat tu.
Daun ketum...

Air ketum. Hahaha pahit+kelat gila

Ladang Ketum kat Cyber jaya. Ape? tak percaya???

Sedikit Info berkaitan daun ketum.

Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

Wednesday, May 19, 2010

Nostalgia Lama Kembali…

"Ni ada barang sket.” Kata Abang Hisyamuddin pada satu petang… Huhuhu suspen tul. Tah ape yang dibawaknye. Siap ada kotak pink lagi… Comel gila… hahahaha…

Perkataan ‘En. Amin’ tertulis dibelakang. Huhu mendebarkan betul. Ape lak yang bos aku kasi ni??? Xkan dah dapat elaun…

Dengan perasaan ingin tahu aku pun bukak la. Hahahaha disket rupanya… Siap kale pink lagi… memang nostalgia betul bila tengok disket ni dah hampir 6 tahun dah aku tak guna sejak dah ada teknologi pendrive ni. Tapi tetibe seorang lawyer bagi aku sebuah disket hahaha…

Aku ingat lagi dalam tahun 2003, baru nak masuk U. Aku ni buta IT. Tau guna disket je. Hahaha time tu harga pun mahal lagi RM2.50 1 disket. Pendrive lak aku beli last year tu RM140 tuk 128M. Tapi bila dah dapat pendrive bukan men belagak lagi. Mane tidaknye disket brape Meg je. Huhuhu siap tlg kira tuk kawan-kawan betapa beruntungnya kalau pakai pendrive. Padahal aku time tu taktau ape pun sal IT ni. Hahaha.

Tapi sayangnye akunye first pendrive tu ilang. Adik aku ambik. Huhuhu Sayang ooo. Siap ada camera lagi. Leh wat video lak tu. Cuma takde suara la… sampai sekarang aku dah tak penah jumpa pendrive macam tu. Kalau ada lagi aku nak beli walaupun aku dah ada 4 pendrive skrg…. Dan yang pasti disket tak men la… Huhuhu

(ada kene mengena dengan tajuk x???)

Saturday, May 15, 2010

Aku Puas


Hahaha akhirnya termakbul jugak aku nak pakai sportrim n tayar tubeless. Lantak la pas ni aku makan nasik lauk garam pun asalkan hati ni tak lagi marah-marah bila pancit. Huh petang tadi kempis lagi da. Tu yang wat aku berkobar-kobar nak tukar tayar tu.. Huhuhu Tapi kali ni kalau pancit lagi abis la aku….

Tukar Tiub….

Orang tua-tua slalu cakap jangan hepi sangat karang adala nak bersedih jap lagi tu…

Huhu aku dah kene dah.. Tu la sape suruh hepi sangat malam tu.. I-City kunun.. ha kan dah malang… Malam tu jugak la moto ni nak wat pasal… Bering depan pecah…. Arhhhh macam mana nak balik ni….
Nasib baik Peje ada huhu leh balik PJ… lega.

Settle… tido, bangun nak balik.. Dah smart dah… elok naik moto… Opsss… “Adik keje leklok k. Cepat sket awak tu dah lambat.” Elok je dia gerak g keje, aku pun sorong la moto… Huhu tayar blakang pancit la… Tadi tu cover je taknak bagi adik aku risau… Lalala nasib baik kedai dekat…

Settle… drive… singgah RnR Rawang… sarapan… drive lagi… poyo la nak singgah TF pulak… Beli buah , bayar, g kat moto… Ya Allah tayar depan la pulak pancit… Tak pe kedai dekat je… Tetibe kedai la pulak tutup… malangnya aku ari ni… kene tolak g behrang stesyen… 3 4 kilo la jugak…

Settle… Lega sampai pejabat… huhuhu parking cantek punya… Sapu sampah jap… rehat, tertido… alamak da nak malam la… kuar jap nak simpan moto. Hah??? Pancit lagi???? Blakang lagi?? Dugaan betol aku kali ni. Nasib baik tak cukup duit kalau tak bukan tiub je, dengan tayar luar, dengan rim skali aku tukar… tengok la karang heeee…..

(catatan lepas geram)

Brape Bayar Bil Ek???

I-City… Very colorful.. Emm memang cun… Aku tak leh nafilah… Ohh aku tergoda terpesona… Tengok gambar je la ye…

Sempat aku gi Shah Alam melihat panorama malam dengan Aus… huhuhu

Warna-warni… Gila apa pokok macam ni…

Gila-gila pun yang penting tangkap gambar dulu..

Ini bukan pokok buluh betung

Possing dik huhu..

Ehh Jamal ngan Osman pun ada???

With My Bro… Huhu merangkap driver… Aku ni manala tau jalan, dah tu mata ni tak le bawak malam… Huhuhu alasan

Wah-wah sedapnye die makan….

Subhanallah lawanya…. Tapi aku tetap merindui bulan purnama… dalam maksud tu heee

Tahniah Tanjung Malam


Alhamdulillah DPPTM berjaya menggondol 2 daripada 4 anugerah yang disampaikan sempena Muktamar pemuda yang lalu. Anugerah tersebut adalah Jabatan Amal Kawasan terbaik dan Deligasi kawasan terbaik, manakala Bagan serai menerima Anugerah Pasti terbaik dan Tambun menerima Anugerah UKJ terbaik…

Tahniah dari aku kepada DPPN Perak yang mana telah berjaya menganjurkan muktamar yang aku rasakan terbaik setakat ini… mudah-mudahan Allah memberkati kerja buat kita

Perwakilan DPPTM khusyuk mendengar Ucaptama Ketua Pemuda

SUK bersama SU DPPTM… hehe Pandainye possing

Deligasi Dewan Pemuda Pas Kawasan Tanjung Malim

Hanya Gambar Jadi Kenangan….

Wah-wah bukan men sonok lagi die ek???
Hahaha Puas…. Aku cukup puas kerana berjaya menjerumuskan adik aku ni dalam PRK kali ni… biar dia rasa sket macam mana yang aku rasa…

“Best sangat-sangat, myesal balik ari tu….” - Aus

Kata-kata yang menunjukkan kebesan terlibat dengan PRK… Malah aku rasa dia bukan stakat dapat pengalaman berpilihanraya malah banyak benda dia blaja… tengok je la gambar2 kat bawah ni….

Kawad duri tu… Ape ingat kitorang ni pengganas ke???

Aus tengah beri sokongan tuk cuti bersalin 90 hari… Time penamaan calon

Wow senapang betul ke tu??? Haha senapang angin Pak Lang Sabar Jaya… Cun kan????

Yang ni lak senapang ke paip air??? Hahaha Abang mie punye… Bukan leh sebarangan, leh kene tangkap ooo…

Huhu sedap gila ayam bako ni… Tapi sayang asek abis je… Ambik bau je la bang…

Bajet cute la tu???? hahahaha

Cuma dia miss time tangkap ayam hutan ari tu… Huhu takpe len kali leh try lagi k….

PRK Hulu Selangor: Cite Yang Dah Basi

Alhamdulillah PRK Hulu Selangor telah pun berakhir dan kekalahan berpihak kepada kami. Tapi kami kalah hanya di atas kertas, apa yang pasti kami tetap menang. Menang dalam memastikan perjuangan Islam tetap berterusan….

Jangan risau dengan kekalahan,
kerana kemenangan bukan tujuan,
tetapi kami datang kerana kewajipan,
Menegakkan Syariat Islam itulah tuntutan.

Kami satu kumpulan yang apabila menang kami beristighfar dan apabila kami kalah kami bersyukur… Sesungguhnya ujian kemenangan itu lebih berat daripada ujian kekalahan… Kita sering kali berjaya mengharungi kekalahan tetapi kita hampir tersungkur apabila diberikan kemenangan….

Mudah-mudahan kita dapat mengambil pengajaran daripada semua yang telah berlalu….

Aku Rasai Perubahan itu…

Aku tahu…
Aku rasa….
Aku nampak…
Aku sedar….

Blog aku ni memang ada perubahannya….
Maybe bukan dari segi layoutnya… tapi dari segi isinya….
Aku dah tak banyak menulis hal-hal politik yang aku minat….
Skrg banyak lak sal peribadi aku…
Mungkin malas, mungkin sibuk….
Mungkin aku dah ada 2 blog siasah….
Ahhh…. Alasan….

Tapi ape-apepun aku masih tak lari dari tajuk kan????
Aku masih lagi mencari sakinah dengan cara menulis….
Walaupun kali ini lain pointnya….

Mudah-mudahan aku akan tetap menulis….
Walaupun hanya aku seorang yang membacanya….
Hahahahaha….. Sudah ketemukah sakinah yang ku cari????

Tuesday, May 4, 2010

Orang Inilah yang Nak Bunuh Nik Aziz

"Ya Allah kau selamatkanlah pimpinan kami dari Manusia ini dan kau tunjukkanlah kekuasaan mu ke atas dia."

Saya juga mencabar pihak polis bagi menjalahkan siasatan dan mengemukakannya kepada umum diatas ugutan ini....

Mohon semua Ahli dan penyokong pas Baca yasin kepada orang ini...