Tuesday, June 29, 2010

Awak Jom Kawin

"Awak jom kawin." ringkas je sms yang aku terima tapi membuatkan aku gelisah tak tentu arah... Emm yap aku akui aku gembira dapat tawaran dan ajakan macam tu, malah dari girl yang mmg aku ske. tapi aku kena fikir panjang. Ekonomi aku tak kukuh macammana nak sara anak dara orang...

2 hari lepas, wahida lak msg tanya nak tak kenal dengan sorang muslimat. Dia nak kenalkan... Huhu ya Allah banyak la pulak tawaran datang... Macam mana aku nak buat ni... Nak terima ke tak??? tapi yang pasti aku kena cari keje yang tetap dulu... kalau idup ni leh stakat makan pasir goreng hari-hari takpe la jugak...

Smalan tetibe pinggang aku sakit sangat2. 3 orang adik jr cakap benda yang sama walaupun pada masa yang berbeza... "Abang ni nak kene kawin ni baru leh sembuh..." Betul ke macam tu???? hahahaha........

Monday, June 28, 2010

Keluarga Bahagia

Wah wah bukan main bahagia lagi keluarga ni. Penyayang sungguh. Dari Bapak, mak ke anak mmg suka berpeluk peluk...

Najib peluk kucing...


Bini peluk .....


Anak lak peluk.....

Sunday, June 27, 2010

Kisah Kucing Najib


Aku pun pelik bila Mahfuz cite sal kucing Najib... yela aku bukan ada TV nak tengok... Bukak tenet lak jarang-jarang, surat khabar boikot... Rupa-rupanya mmg betoi pun Najib mintak pendapat rakyat tuk bagi nama kicin tu... hahaha tapi idea Najib meminta rakyat menamakan kucing parsi tu telah menjadi bahan gurauan dan jenaka ramai pihak.

Apa pun, korang bacalah sendiri di bawah..

Blog Sinarhairan:

Apahal Najib? Lancarkan kempen beli barangan Malaysia dan berkesempatan membeli beberapa barangan peribadi dan antaranya ialah pembelian seekor anak kucing Parsi berbulu jingga dan putih tanpa dirancang. Dulu suruh rakyat rancang perbelanjaan.

Datuk Seri Najib Tun Razak mengalu-alukan cadangan nama bagi anak kucing Parsi yang dibelinya kelmarindi laman blog 1 Malaysia. Sinar Hairan cadangkan Najib namakan anak kucing Parsi kerakyatan Malaysia dengan nama Rosmoh saja

Blog Jamil Kucing (Seorang bloggger pencinta haiwan khususnya kucing)

Lagi satu melayu. pilih bulu. sanggup beli kucing parsi. cuba kalau ambil kucing merempat bagi dekat dia ,ingat dia nak umumkan di akhbar,nak minta orang bagi nama. tapi pasal kucing parsi.maka melalak mendengar seluruh malaysia. betul ke sayangkan si kecil .kalau betul ada perasaan sayang pada kucing permohonan saya untuk membuka tempat menyelamatkan kucing-kucing terbiar pasti mendapat perhatian. ini kalaus etakat melalak macam anjing je buat apa. sayang si kecil konon.adeiiii poodahhhhhhhhhhhhhh


Blog Al-Brangi:

Saya ada beli seekor kucing Parsi betina yang sangat cantik, mempunyai sepasang mata galak yang biru menawan untuk dikahwinkan dengan al-Jantani. Bulunya sangat gebu dan putih melepak, menarik setiap mata memandang......menjadi rebutan si kucing-kucing jantan lain.

Saya bertanyakan kawan-kawan akan nama yang sesuai untuk dipadankan dengan kecantikannya serta sesuai dengan nama pasangannya al-Jantani.

Ada yang mencadang al-Wan-Malazinya......ada yang syorkan al-Betinanya......ada yang rekomen al-Umconya.....ada yang beri al-Fulusnya......al-Feldanya......al-Darbynya...... al-Autarnya.....al-Habislonya......al-Sibunya......al-Samynya......al-Soileknya......al-VeeCeeDeenya

Namun satu pun tak berkenan di hati......sehinggalah satu petang datang seorang tua yang mengusulkan nama al-Nantunya yang membawa maksud itulah kucing si'menantu'nya.

Maka di hari perkahwinannya kucing itu, orang tua itu mengisytiharkan Kucing Istimewa itu diberi nama Al-Nantunya.....Maka sehingga saat ini, kucing al-Nantunya menjadi popular amat.....meniti dari bibir ke bibir akan pujiannya.

Blog Biagpila:

DEY MACHA!!! PELIK BIN AJAIB APABILA SEORANG PM YANG BELIKAN KUCING PARSI UNTUK ANAK DIA,MINTA RAKYAT TOLONG BAGI NAMA KAT ANAK KUCING TU...KAH!KAH!KAH!
INIKAH TANDA-TANDA KECIL PRU 13 TELAH HAMPIR?
APABILA SEMUA MEDIA PENGAMPU MEMULAKAN KERJA MENGAMPU,MAKA KAKI AMPU PULAK AKAN BIKIN PERADUAN MENAMAKAN ANAK KUCING PARSI...KAH!KAH!KAH!
APA-APA PUN TOLONG KASI NAMA KAT ANAK KUCING TU.TAKDAK NAMA MACAMANA NAK DAFTAR SEBAGAI PEMILIH DENGAN SPR? PILIHANRAYA DAH DEKAT NI BAI.....KAH!KAH!KAH!!!

Alamak UMNO Ada Kelulusan???


Hebat betul Alamak-alamak (baca ulama') dalam Umno ni. Semuanya hebat-hebat.. Ada Kelulusan sekurang-kurangnya Sarjana dan PhD dalam atau luar negara... hahaha

Sebenarnya siapa yang mengiktiraf ulama ni???

Adakah ilmu di dada atau kertas-kertas sijil dan Phd yang diterima??

Berapa ramai yang lulus periksa sebab meniru dan menipu dalam peperiksaan??? berapa ramai yang lulus peperiksaan sebab bagi rasuah pada lecturer... hahaha tuan-tuan fikir dan jawab sendiri...

Alamak UMNO: Mana Arah Tuju?

Jumaat lalu 40 Alamak (baca ulama') muda telah menyertai UMNO.Wah wah bukan main seronok lagi ye masuk surat khabar muka depan.Bukan main lagi diangkat seperti juara piala dunia oleh akhbar perdana... Tapi sedarkah anda sebenarnya dimanakah kedudukan mereka di dalam UMNO???

Hanya sekadar di tepi-tepi tong sampah... Alamak di dalam umno saling tak tumpah seperti pelacur tua... Dibelai bila diperlukan di terajang bila tidak diperlukan....

Hahaha hari ini 40 Alamak muda tersebut boleh tersenyum tapi lihatlah dimana mereka berada pada bulan hadapan... mungkin ustaz Nakaie boleh jawab. Tak pun tanyak la pada Pirdaus juara tendang kerusi. masa perlu bukan main angkat tinggi melangit. Bila dah tak berguna pandang pun tidak...

Ataupun mungkin leh tanya Masitah macam mana dia boleh lagi dok dalam kabinet/almari UMNO. Jawabannya mudah, selalulah merepek meroyan tentang islam... Ada akal di kepala tapi guna kepala lutut tuk berfikir... Haruskan melacur ketika darurat, harumkan nama negara lebih penting dari solat dan terbaru bersekongkol dengan judi... Inilah peranan Alamak dalam UMNO...

Tuk 40 Alamak muda, fikir-fikirkan lah..

Wednesday, June 23, 2010

Hayati Kisah ini

Aku ambil kisah ini dari blog Anak Muallaf. Mohon baca dan hayati apa yang tersurat dan yang tersirat. Tak malu aku katakan yang aku mengalirkan air mata bila membacanya. Walaupun kat CC time tu.... Hahaha cover-cover...

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat,
seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan
berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan
risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya
itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah
Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering
dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah
bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah
Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga
agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka
walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam
keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-
isalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah.
Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu
pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam
kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada
sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk
setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan
Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya
tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia
berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang
akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok
di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah
itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas
ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula
pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang
memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah
harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu
rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam
lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa
yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun
dari langit.

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan
yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara
makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah
akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia
senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam
nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula,
seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum
selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri.
Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa
dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir
ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda,
sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.

"Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan
saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang
di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk
membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan
kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya
ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan
di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng
rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan
saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab.
Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan
dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang
tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan
tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang
comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya
seperti malaikat".

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan
yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang
paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian
menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat.
Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap
nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang
bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu
ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah
sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan
berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering.
Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas
turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk
anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis
sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya.
Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada
hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam
pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah
ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.

Tuesday, June 15, 2010

Syuhada' Mavi Marmara

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 31 Mei lalu, seramai sembilan sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara seagama di Palestin.

Mereka dibunuh oleh tentera Israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal Turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar.

Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin:

1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.


2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.

3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang putera.


4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.


5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.


6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.




7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.


8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.






9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua adik beradik.

Pesanan Buat Diriku

Monday, June 14, 2010

Ustaz Hassan Dalam Kenangan

Perjuangan beliau mendaulatkan Islam bermula dari zaman muda hinggalah ke akhir hayat. Program besar terakhir yang beliau hadiri ialah Muktamar PAS Pusat kali ke 56yang berakhir Ahad lalu. Komitmen beliau tidak usah ditanya. Samada beliau berjawatan atau tidak beliau tetap komited bersama perjuangan Islam.

Perlembagaan PAS ada dalam kepala beliau. Pelan Markaz Tarbiah ada dalam kepala beliau. Bila PAS mahu membuat pindaan perlembagaan, beliaulah yang akan dirujuk dan mengepalai jawatankuasa meminda perlembagaan tersebut.

Terlalu banyak sejarah jasa dan pengorbanan beliau kepada Islam di Malaysia.

Beliau pernah menceritakan pengalaman beliau berceramah kepada 2 orang pendengar sahaja pada era tahun 50-an dan 60-an dahulu. Beliaulah yang membawa pembesar suara, memasangnya dan menjadi penceramah, itu antara pengalaman manis dan pahit sepanjang perjuangan beliau. Caci maki umpat nista menjadi perkara biasa bagi seorang pejuang, kata beliau.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan bersama para anbia, syuhada, solihin. Amin. Al Fatihah.

Al - Fatihah: Perginya Sebuah Permata

Gambar Ust Hassan ketika menerima anugerah Tokoh Pemuda

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri (gambar) meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.

Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.

Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.

Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki hanya akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.

Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.

Wednesday, June 2, 2010

JOM DEMO



Hahaha aku dayh lama tak demo ni... Gian pun ada. idung pun dah lama tersumbat... nak cari ubat resdung sket... Mane tau dapat sepam dua...

Pengalaman sedut gas memang menakutkan.... sesak nafas... pedih... tapi gian la. hahahaha