Tuesday, August 31, 2010

Haram Jadah Punya Kerja


Tindakan cybertrooper Umno yang menggunakan nama "PAS Beruk" mencipta dan menyebarkan gambar super impose yang kononnya Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam dengan tagline "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP??" adalah keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama.

Walhal gambar sebenar adalah menunjukan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sedang menyembelih lembu korban untuk rakyat.


Ini kerja celaka. CELAKA! CELAKA! CELAKA! Aku ulangi sekali lagi CELAKA!
Tengokla kerja2 jahat insan2 yang cuba mencetuskan ketegangan kaum. Oooo dah nak jatuh kalah main isu perkauman.. Ello bro skrg ni pengundi bukan macam zaman sebelum merdeka. Sekali hampa buat macam ni seribu kali Allah akan membalas kejahatan korang..

Ape Cerr Bro??? Mane Mufti????

Gambar 1

Gambar 2

Ape beza antara dua gambar ni???

1 muslim n yang satu lagi non muslim

So ape yang aku nak tulis ni???

Bila yang non muslim masuk ke surau bagi ucapan tanpa memakai tudung heboh satu negara. Mufti, tok alim alamak (umno)terkejut lalu melatah. Macam-macam pendapat keluar. Yang bukan ulama dalam umno pulak lebih2 macam dorang lagi power daripada ustad2 dorang.

Tapi bila yang muslim jugak bagi ucapan dalam surau tanpa menutup aurat malah ramai lagi pendengarnya yang menayangkan segala urat, terdiam semua mufti dan alim alamak tersebut. Mungkin tergamam ataupun isu dah terpelanting ke batang hidung sendiri.

Cuba korang pikir la guna pale otak antara muslim yang tak tutup aurat dan non muslim yang tak tutup aurat yang mana lagi teruk??? Kalau orang kampung mungkin la taktau tapi yang baca blog ni sme ada ilmu punya orang...

Friday, August 20, 2010

Ape Punya Bodoh La...

MARI KITA KETAWA KAN GEROMBOLAN YANG BUKAN SAHAJA BODOH - MENGEJA PUN TAK TAHU



nota:
nak tunjuk alim pandai cakap arab minta lah bantuan

- bukan ahlan wah sahlam TAPI ahlan wa sahlan

- bukan bulan ramadahan atau ramadzan TAPI bulan ramadan

- bukan murabak tapi mubarak

nak senang lagi guna bahasa melayu orang melayu panggil bulan ini bulan puasa senang saje

jangan tunjukkan bangang pada orang ramai kalau bangang simpan baik baik jadikan harta pusaka sendiri.

Monday, August 16, 2010

Jason King Terkantoi

Kisah Mat Misai (Gambar) sebagai Naib Censelor UiTM yang di malukan oleh puak-puak Umno sendiri dalam rancangan soaljawab di TV3 adalah sesuatu yang sangat mengeri dan memalukan ke atas seorang yang boleh digelar "King Pencacai" dalam Umno.

Oleh kerana terlampau dan terover ingin "Membodek",maka Allah mentakdirkan Mat Misai yang selama ini bertindak dengan sewenang-wenangnya ke atas mahasiswa dan mahasisiwi yang pro kepada PR ini,dimaluuuuuuukan oleh puak mereka sendiri,yang melihat bahawa Mat Misai inilah yang menyebabkan warga UiTM semakin membenci Umno dan Barisan Nasional (Klik sini) pasti panasss...

Wednesday, August 11, 2010

1 Ramadhan

Alhamdulillah... mission complete...

1 Ramadhan telah berlalu... Walau apa pun kepenatan tetap berlaku pada diri ku...

Hahaha ari ni aku sahur dengan nasik goreng yang aku goreng cincai-cincai je... Tapi sedap la pulak rasanya... Macam nak buat lagi je sahur ni... Alhamdulillah aku juga berjaya menamatkan puasa hari ini dengan sejag air jagung. Gila tul hahaha...

Tapi yang bestnya ari ni team SVR (sesalur voltan rendah) yang aku ikut tu rajin sangat la pulak. Siap OT sampai kul 10 malam... Mampuih kalau hari-hari macam ni... Hahaha dah la buat kerja berat... Tanam tiang la, tegakkan tiang condong la, adoi penat walaupun sebenarnya bukan aku yang buatpun... Hahaha... InsyaAllah minggu ni aku akan terus mengikut geng SVR dan minggu depan entah geng mana yang akan aku ikut...

Sunday, August 8, 2010

Tazkirah Pra-Ramadhan


Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Saudara-saudari,

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Aku Kesal Atas Kelewatan Ini

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam...
Senenarnya banyak benda yang aku nak tulis.. Tapi takde idea dan masa untuk menyusun ayat...

Banyak benda berlaku dalam masa terdekat ni tapi tak dapat aku nukilkan...

Hanya satu kesalku kini, setelah seminggu aku hanya berlegar-legar sekitar Manjung dan Setiawan tanpa sempat ku menjengah ke markas-markas dan pejabat Pas di sini... Lambat tindakanku... Adakah aku menunggu Jemaah mencari ku atau aku yang perlu mencari jemaah...

Aku bukan permata yang biarpun di lautan dalam tetapi tetap diburu orang... Aku hanya batu jalan yang ada tak bertambah tiada tak berkurang...

YA ALLAH KUATKANLAH AKU UNTUK TERUS BERSAMA PERJUANGAN INI...

Gambar terbaru setelah melaporkan diri ke TNB Seri Manjung

Orked Ohh Orked

Aku takde la minat sangat dengan bunga orked ni. Tapi bila dah tgk macam-macam bentuk dan warna ni wat aku gila lak nak bercinta dengan orked.. Mmg sebelum ni aku ada koleksi bungan ati-ati dan keladi bungan tapi biasa la budak malas, bila dah tak suka mati la pokok tu...

Haha mmg cun la bunga-bunga kat pameran bunga di Putrajaya ni... Mujur la aku berkesempatan tengok walaupun tak penah dalam pale otak aku nak pi tengok...









Friday, August 6, 2010

Selamat Datang Ramadhan Yang Dirindui


Lagi beberapa hari saja lagi Ramadhan Akan menjengah tiba... Apa persiapan kita???

Ramadhan seringkali disalah anggap...

Bila anak kecil tanya, "abah puasa tu ape???" "Puasa tu tak boleh makan." Huhu tul tak tu jawapan kita...

Sahur ape pulak??? Sahur tu makan...

Maknanya Sahur = Makan, Puasa = Tak makan, Buka puasa = Makan

Ramadhan tu bulan makanan ke??? hahaha tapi tu la yang seringkali terjadi... Kini bulan Ramadhan menjadi pesta segala pesta. Dari Pesta makanannya, pesta beli belahnya, dan macam-macam lagi... Kalau bulan-bulan lain hanya satu-satu pesta yang diadakan tetapi bulan mulia ini semakin banyak pulak pesta yang ada...

Tah lah, taktau nak cakap apa. Kita muhasabah lah diri... Di mana kita. Di dalam pesta ibadah atau pesta makanan...

Ape2pun Selamat berpuasa dari Aku...

Aku Kini Keluarga TNB


Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memberikan rezeki padaku.

Haha aku skrg dah mula bekerja bersama TNB dan ditempatkan di Seri Manjung dan mungkin akan diletakkan di bahagia Fault Finder. Emm seronok jugak keje kat sini lagi-lagi pulak dapat kawan-kawan yang sporting dan banyak mengajar aku...

Tapi dalam kegembiraan tu aku risaukan somting... Aku takut masa aku pada jemaah semakin kurang. Dalam masa 5 hari ini aku masih belum melaporkan diri secara sah dan hanya menghantar SMS pada KP Lumut..

Aku takut dengan ujian berupa rezeki ini. Aku takut gagal dalam ujian ini....

Ya Allah kuatkan lah aku dalam menghadapi cabaran ini... Doakan aku sentiasa bersama jemaah ini...