Saturday, January 29, 2011

Tenang: Sah kawan UMNO Jadi Jahil

Satu per satu kenyataan yang dikeluarkan oleh puak2 BN yang sangat2 meruntun jiwa kita sebagai seorang muslim. Mmg sah Umno tak penah nak ajo dorang. Tegur pun tidak apa lagi nak ngajo. patutnya mmg perlu cikgu Mala menang dan buat kelas tuition kat soilek sal Islam. tak reti adab langsung. Tapi mmg dasar tak hormat Islam dia tu. patutnya dia akan kalah pada masa akan datang.

Tapi ape2 pun mmg berkawan dengan UMNO ini la yang akan jadi. Dari kes konfius dengan azan subuh hingga lah taktau hukum jabat tangan. Mudah2an DAP yang berkawan dengan Pas dapat cepat belajar sal islam.

Friday, January 21, 2011

Musim Pilihanraya Datang lagi

Ahh musim pilihan raya datang lagi... Tak salah lagi sesi ni adalah sesi yang paling banyak pilihanraya kecil..

Tak sempat nak ngundi di Tenang sekali lagi suasana jadi tak tenang... Mungkin di Pelabuhan Klang akan ada PRK tapi yang pasti Merlimau mendahului... Boleh katakan semua negeri dah penah adakan PRK kecuali Perlis dan Pahang. Melaka pastinya akan ada PRK selepas ini..

Tapi apa yang pasti kali ni aku terpaksa berkira-kira untuk turut bersama.. Mula di Galas hingga ke Tenang dan menanti di Merlimau aku masih belum pasti bila aku akan bangkit kembali... Harapannya dapat lah aku bersama walaupun sehari di medan juang... Doakan aku ada kekuatan itu...

Wednesday, January 19, 2011

Calon BN Dun Tenang

Bekas bendahari Pemuda Umno Labis Mohd Azhar Ibrahim diumumkan mewakili BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang hujung bulan ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di kawasan lapang di belakang Pejabat Umno bahagian Labis, petang ini di hadapan 500 penyokong.

Azhar juga merupakan anak kepada bekas ADUN Tenang sebelum ini.

Wah wah rupa-rupanya nak jadi calon umno dalam pilihan raya sekarang ni kene ada pertalian hidup dengan bekas calon sebelumnya... Baru aku tau.. Kalau Batu sapi ari tu bini mendiang jadi calon, Kat Tenang ni Anak bekas calon pulak yang di pilih... Kita tengok calon UMNO kat Pelabuhan kelang nanti... Owh ari tu anak kepada bekas Adun pelabuhan kelang yang jadi calon BN kat situ... Kebetulan ke???

Pengakuan Pengikut Ayah Pin

Dalam aku dok godek2 komputer kat pejabat tu aku terjumpa la clips video ni.. Wah punya hebat ayah pin tu ek... kalau dah pengikutnya pun hebat2 ayah pin tu tak tau la macam mana rupanya...

Macam peristiwa isra' mikraj la pulak. Dari mekah ke madinah terus ke langit... Huhuhu

Kesabaran Aku di Tahap Maksimum..

Arghhhh… tentionnya… Aku rasa macam nak bunuh je hamba Allah yang sekor tu… Selama ni aku tetap bersabar dengan karenah dia. Tapi kali ni dah melampau… Cuma Aku tak cukup pasti yang mana 1 daripada 2 makhluk yang telah cuba menyusahkan aku selama ni… Aku rasa yang tua sket tu… hahaha…

Memula tu setakat kencing kat selipar aku je… Tapi sape leh tahan kalau hari2 dia nak kencin kat selipar aku… Ingat ada signboard tandas ke kat selipar aku tu???... Pas tu siap cakar sit moto aku lak tu…. 3 kali aku tukar cover sit tu.

My Croc yang tewas...

Huh tak pe la maybe salah aku sebab tak simpan leklok selipar tu… Tapi bila dah simpan dalam umah leh lak dia kencin kat meter dan cermin moto aku… huh kurang ajaq punya kucin… Kalau dapat aku terajang ko… tunggu la karang aku akan balas balik.

Kesan-kesan kencin kucin (dalam bulatan)

Tips Untuk Full Bar Coverage

Handphone ataupun telefon bimbit secanggih mana pun tidak berguna sekiranya coverage tak ada. Di dalam lif dan basement tempat parking kereta merupakan antara kawasan 'pantang' bagi handphone termasuk la umah sewa aku (umah flat aras bawah)…

Aku dah rasa betapa siksanya bila jadi macam tu.. Macam nak hempuk je henset ke lantai… tention jadinya. Jenuh cari line tuk hantar sms atau terpaksa belari keluar rumah tuk dapatkan line yang jelas bila dapat panggilan … Nasib baik aku tak stanby… kalau tak jenuh aku dimaki hamun macam yang aku selalu buat bila orang yang stanby tak angkat kol… Huhuhu (tapi dalam hati je la…)

So masa godek2 komputer kat ofis tu aku terjumpa satu informasi macam mana nak meningkatkan coverage handfon. Dengan menggunakan wang kertas RM2 anda boleh mendapatkan full bar untuk hp walaupun di mana sahaja anda berada. Kebetulan aku ada sekeping not RM2. So aku pun try la…



Benda alah tu cakap kat duit kertas RM2 tu ada satu elemen untuk 'boost up' coverage hp. So aku paste kan sket informasi tu tuk kita sama2 share… Tak baik sorok sorang2 ilmu macam ni…

“ Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!!!

Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 016, 019, 012, 017 dan sebagainya.

Caranya ( Perhatian s ila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti) :

Langkah 1 : Off atau matikan hp anda.

Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp anda. Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp anda.



Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp anda. Semasa hp anda on, pastikan kod 'ID. 10T' tertera pada skrin hp anda.

Sekiranya kod 'ID. 10T' tertera di skrin, hp anda tidak akan mengalami masalah coverage lagi!

*Sila ambil perhatian;

Sekiranya kod 'ID.10T' tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.

Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.

Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit hp anda dengan duit RM2 tu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong jatuh ataupun tidak. Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa kod 'ID.10T' tidak muncul di skrin hp anda.

Kalau masih tidak berjaya hentakkan hp di dahi anda 10 kali.

Mungkin kod 'ID.10T' dah bertukar menjadi 'IDIOT' ! Sape tahu yer tak??

Hahaha…

Tuesday, January 18, 2011

SU UMNO Tenang Meninggal???



Yang Orang Pas nak bising ape hal??? korang dah tau perangai UMNO macam tu lagi nak bising2...

Kata UMNO yang mati kalau PM datang ziarah pun bukan leh bangun balik bagi undi kat UMNO... yang idup je leh mengundi... Karang kalau si mati mengundi bising lagi sal undi Hantu pulak... Hahaha...

Kalau Kawan Dengan UMNO...

Own orang BN rupanya yang pertikai azan di Lembah pantai tu...Ingat Cina DAP. Dia keliru antara azan dsan kuliah subuh rupanya...Tu la sapa suruh kawan dengan UMNO. Sampai ke sudah jadi bodo..
Ni dia peguam tu... Yang aku nak hampa fokus bukan muka dia tapi bendera belakang tu...


Pak imam pun cakap "OK semua dah settle. Sebab dia dah mintak maaf.".. Owh pertikai azan tak boleh... pertikai kuliah subuh takpa.. Nampak sangat UMNO mmg tak suka kuliah subuh... mengganggu ketenteraman awam. Ke sebab orang umno tak ramai yang boleh bagi kuliah subuh... kira la berapa ramai menteri yang boleh bagi kuliah subuh??? maybe Jamil Khir Je kot...

Ini lak imam masjid tu... tengok jugak bendera kat belakang dia...
Pak menteri pun nak komen??? Owh jangan bangkitkan lagi isu macam ni... nanti pelabur taknak datang... Bila Ronie DAP buat kenyataan bukan main hampa belasah... Bila cina DAP senamrobik depan masjid seminggu jadi isu... time tu tak pk la pulak sal pelabur asing...

Tu la perangai UMNO.. cerdik tak leh ikut.. Bodo no 1.. Kalau berkawan dengan UMNO bukan setakat bukan islam je jd bodo yang islam pun akan jadi bangang...

Sunday, January 9, 2011

Rakaman Pocong Ganggu Budak

Sejak akhir2 ni heboh kat kampong aku 2 ekor pocong berkeliaran. Banyak versi yang aku dengar… Bidan mati la, pocong balik rumah ganggu suami la…
Aku nak percaya??? Jangan harap..

Tapi kali ni aku terpaksa percaya kerana aku dah tengok sendiri pocong tu ganggu budak2 tangkap gambar… Dorang cakap, dorang tak perasan pun ada makhluk lain time tangkap gambar tu tapi bila tengok balik… Huhu mmg menggerikan…

Budak jadi Henfon

Budak jadi henfon... Mmg pelik tapi tu la hakikatnya.... Aku pun nak blaja lah... Heee

Wednesday, January 5, 2011

Sekiranya Robengah itu se'hebat' syaiful !

Andai air mani 'perogol' Robengah itu dapat disimpan oleh mangsa dan tidak luput tarikh selama 5 tahun didalam 'anu'nya, mungkin kes ini lebih mudah diselesaikan sebagaimana yang syaiful lakukan sebelum ini. Untuk pengetahuan pembaca, syaiful telah berupaya 'menyimpan' air mani didalam 'gudang' kunyit hampir 72 jam. Satu tempoh yang begitu lama dan tidak pulak meleleh-leleh melata.


Sewajarnya mangsa rogol wajar belajar dengan syaiful tentang teknik 'mengapungkan' air mani didalam 'anu' agar tidak tumpah untuk tempoh yang lama. Ilmu itu jarang-jarang dipunyai orang !


Sekiranya Robengah itu sehebat syaiful..! Tetapi hal itu tidak terjadi. Mana mungkin air mani dapat disimpan rapi selama 5 tahun di dalam 'anu'nya. Apapun tidak mengapa, di masyar nanti, 'anu'nya akan berkata-kata..dengan jelas lagi fosih! Dan ketika itu, tiada lagi penafian atau err..er..err ! Lu tanggung ler dosa lu !


Apapun perogol itu BUKAN RAIS ! Orang lain..! Mungkin namanya saja kebetulan ada 'rais'. Kepada mereka yang punya nama ada 'rais' sila bersihkan nama anda sekarang.


Err..Kalau Julia "Rais" plak camner wak ?

(COPY DARI ALBANJARI ONLINE)HEHE.. Perlu difikirkan supaya ilmu ni dimasukkan dalam subjek Pendidikan seks... banyak manfaatnya...

Al-Barokah Berwajah Baru


“WOW”
Perkataan pertama setelah terpandang rupa serba baru Pasti Al-Barokah.

Mmg ketara perubahannya… dan pastinya para pelajar dan ibubapa akan lebih selesa dan berpuas hati dengan apa yang diberikan…

Aku nak ucapkan 2 kali tahniah buat Pengurusan Pasti Al-Barakah di bawah pimpinan penyelianya Ustaz Mat Syafie… Bukan sahaja mampu membuat kejutan dari segi susun atur bangungan Pasti itu sendiri malah mampu meningkatkan bilangan pelajar berkali ganda bagi sesi ini… hampir 40 pelajar telah didaftarkan pada kali ini berbanding hanya 17 orang pada tahun lepas…

Malah pengurusan baru ini juga aktif memperkenalkan pasti dengan mengadakan program2 bersama masyarakat setempat dan ibubapa pelajar… ini memunjukkan pihak pengurusan serius dalam membangunkan pendidikan pra-sekolah yang berteraskan islam…
Apa yang lebih menarik Pasti Al-Barokah turut menyediakan kelas khas bagi membaca Al-Quran diluar waktu P&P. Malah setiap pelajar akan disediakan sebuah tabung bagi mendidik anak-anak ini menabung. Dengan kerjasama Bank Rakyat, setiap bulan hasil tabungan anak-anak ini akan di masukkan ke dalam tabungan akaun simpanan masing-masing…

Tahniah sekali lagi buat Pasti Barokah dan seluruh Pasti di Kawasan Tanjung Malim…

Masih fresh.. baru siap 2hari...

Sesi pendaftaran pelajar baru..

Nasib Badan...

Aku Pantang Dicabar...
Ape???
Korang ingat aku tak leh buat???
Setakat lari 25m tu kecik anak la...
berapa laju korang leh lari???
18KM/J???
22KM/J???
itu je???
Tengok ni aku lak try...

Bedebup... Adeh sakit... tergolek nun dihujung sana...

Huhu sakit... terima cabaran nye pasal... sakit seminggu aku tanggung...

Berapa laju aku lari???
Haha 25.7 KM/J je... seb bek lagi laju dari yang lain... tapi takde la laju mana pun.. Lembu lagi laju larinya...



ni la kesan luka yang aku terima.. Tu baru sikit..tak tengok lagi lutut aku yang terhentak yang wat lutut n pinggang aku sengal2 2 3 hari... huhu Dah nasib Badan...

tengok la kat tahap mana 25.7KM/j tu....

Sape Kata Dinosor Takde Sekarang Ni???

TOLONG!!! TOLONG!!!...Kuala Lumpur kene serang dengan dinosor..Betul aku tak tipu.. Betul2 depan mata aku dinosor2 tu semua... Malah family aku pun tengok gak... kalau korang tak percaya gak gi la tengok sendiri kat Puat Sains negara tu...tengok puas2... bukak mata luas2... bukan aku nak tipu... huh

Ini yang paling besar antara semua dinosor yang ada...


Dino yang ganas dan telah berjaya menakutkan ramai budak2 termasuk anak2 sedara aku... Takotnye...

Jangan la malu2 nak tangkap gambar dengan I

Yang ni yang paling aku suka masa kecik2 dulu... Skrg ni ske yang ganas2...

Releks je dia lepak2.. Tak Takut ke???

Lari Selamatkan diri...