Wednesday, May 25, 2011

Dari Farmville Ke Penternak Berjaya

Siapa sangka permainan farmville akhirnya mencetuskan idea untuk menjadi penternak berjaya..

Tetapi itulah hakikatnya yang berlaku kepada seorang anak muda yang sangat meminati permainan farmville. Bermula dengan suka-suka akhirnya kini beliau berjaya memiliki sereban puyuh dan bakal membangunkan projek ayam gajah pula.

Ashraf Muhamad berkata kali pertama membela puyuh beliau hanya meletakkan nya di dalam almari lama yang diguna semula tetapi berbekalkan minat yang mendalam beliau dengan kerjasama kontraktor terkemuka Hj Muhamad & Son telah menyiapkan reban yang lebih sistematik dan selamat.

Walaupun pada kali pertama beliau boleh dikatakan gagal kerana banyak puyuhnya dimakan bambun, namun beliau tidak patah semangat untuk meneruskan projek tersebut. Kini beliau dalam proses untuk menambahkan lagi bilangan puyuh dan ayam gajahnya.... Dan kemungkinan besar projek ayam kampung akan menyusul...

Agak besar.. Bukan setakat puyuh, tuan puyuh pun boleh masuk

Upecara perasmian pembukaan reban puyuh yang baru.

Emm sekarang dah ada sepuluh ekor puyuh, esok2 leh tambah 10 ekor lagi ni... Huhu berjaya berjaya

Wednesday, May 4, 2011

Siapa Si CELAKA Itu???



Saya Mohd Firdaus Bin Hj Muhamad telah mendapati seseorang telah menggunakan nickname saya (USMAD)untuk memburuk-burukkan Pas dan Pakatan Rakyat serta hubungan baik PAS-DAP. Terbuatan terkutuk ini sedikit sebanyak telah mencemar dan mencalarkan imej dan maruah saya.

Saya menafikan sekeras-kerasnya pernah menulis komen-komen sedemikian di Chatbox Dewan Pemuda Pas Kawasan Tanjung Malim dan percaya kerja-kerja jahat ini telah dilakukan oleh orang-orang yang dengki dan khianat dengan kerjasama erat yang terjalin dikalangan Parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Kepincangan diantara hubungan UMNO-MCA sudah tidak dapat ditutup. Sehubungan dengan itu mereka cuba untuk sedaya upaya melaga-lagakan diantara komponen PR dan salah satu caranya adalah dengan cara terkutuk yang mereka gunakan kini.

Saya juga yakin dengan cara terdesak sebegini akan menyebabkan UMNO dan BN lebih cepat tersungkur dan tewas... Mereka bukan hanya tidak berjaya merosakkan Pakatan Rakyat malah menyebabkan orang lebih benci kepada UMNO dan BN.

MOHD FIRDAUS BIN MUHAMAD - USMAD

komen-komen negatif pada PR yang tidak pernah saya lontarkan..