Saturday, November 24, 2012

Jangan Kaitkan Kami Dengan Songkok Tinggi Lagi


Kopiah baru bagi mengantikan Songkok tinggi heee
Kami bukan lagi Geng songkok tinggi tapi Geng Kopiah Aji.. Heee

Antara formula tranformasi UMNO bagi menarik sokongan masyarakat adalah dengan menukarkan tradisi songkok tinggi kepada kopiah aji..  Cuba try test tengok mana tau kot2 rakyat terutama di Pantai Timur dan belah utara leh terima... Kalau Johor sana nun memang Songkok Tinggi tradisi mereka...


Tuesday, November 20, 2012

Owh My Jawi!

Sedihnya bila mana orang yang tak pandai cuba untuk buat pandai... Akhirnya malu dek kebodohan sendiri.. Telajak perahu boleh diundur.. Terlajak publish di facebook orang boleh printscreen..  

Mudah-mudahan Mudah Faham

Doa Pak Mat Supaya Allah Hancurkan Perompak..

Suatu hari rumah Pak Mat dipecah masuk oleh perompak. Pak Mat dan isteri diikat dan tidak mampu berbuat apa-apa.

Perompak-perompak itu bukan sahaja mahukan duit, malahan anak perempuan Pak Mat telah dirogol manakala anak lelakinya pula telah dibelasah dengan teruk.

Tatkala itu, yang Pak Mat mampu lakukan hanyalah berdoa;

"Ya Allah, hancurkan perompak-perompak tersebut," doa Pak Mat.

Setelah mendengar doa tersebut, perompak-perompak itu terus memarahi Pak mat lalu berkata;

"Mana boleh doa macam tu, kami ni Islam bahkan kami juga Melayu seperti anda. Jangan doakan kehancuran sesama Melayu, sesama Islam. Nanti Cina yang bertepuk tangan.

Keesokkan harinya di TV3,

" Doa Pak Mat pecah belahkan Islam"

Idea asal: Malaysian gags - kedahlanie

Wednesday, November 14, 2012

Selamat Bermuktamar Semua..


Tujukan Peluru Doamu

Ingatkah kalian pada serangan Zionis ke atas Gaza dalam operasi "Cast Lead" pada Awal Muharram 1430H (27 Disember 2008) ? 

Zionis Israel (semoga Allah melaknat
 mereka) sekali lagi menghina umat Islam pada awal Muharram 1434H ini dengan menyerang bumi Gaza beberapa jam yang lalu dalam operasi yang digelar "Cloud Pillar" yang bermula dengan pembunuhan as-syahid Ahmad Sa'id Khalil Jabari (Pemimpin Keselamatan Gaza).

Lebih 20 serangan udara telah dilakukan kepada Gaza dan bilangan rakyat Palestin yang terbunuh atau cedera masih belum diketahui sepenuhnya.

Ayuh, tembakkan doa-doa kalian!
Allahummansur ikhwananaa fii ardhi rribaat! Sesungguhnya iman itu pasti tidak akan duduk diam melihat saudaranya dibunuh! Doa yang dikirim itulah ibarat "indicator" ia masih di situ!