Tuesday, December 31, 2013

2014 Tahun Sengsara

Alhamdulillah.  Ditahun baru ini saya sempat bersama isteri menghantar anak-anak didiknya ke sekolah berasrama Air Kuning Tapah. Sepatutnya 5 orang pelajar asli ni mendaftar namun kerana kesempitan hidup, seorang pelajar terpaksa melupakan hasrat tersebut.

Walaupun saya masih belum mempunyai anak namun hari ini saya merasai betapa peritnya kehidupan hari ini. Seorang ibu hampir-hampir tidak membenarkan anaknya mendaftar. Alasannya datuknya tak mengizinkan cucunya ke asrama. Namun kami pasti itu hanya alasan sampingan. Alasan yang utama adalah beliau hanya ada RM60 sahajadi tangan pada ketika ini. Bagaimana mahu membayar yuran persekolahan. Namun setelah dipujuk akhirnya dia akur.

Semasa membeli buku saya sempat bersembang dengan ayah tunggal yang menghantar anak kembarnya disini. Perit katanya. Bekerja 1 jam perjalanan dari rumah. Terpaksa mencuci dan memasak sebelum berehat. Juga berkira-kira sama ada mahu menghantar atau tidak anak kembarnya itu.. Tapi Alhamdulillah demi melihat anaknya berjaya dia berkorban.

itu sebahagian kehidupan masyarakat asli. Sebenarnya disekeliling kita masih ramai lagi insan-insan sebegini. Lebih2 lagi di tahun baru yang mencabar ini. Segala keperluan harian naik serentak. Tarif elektrik, minyak , gula, tol dan pastinya bakal mengundang kenaikan harga bagi barangan dan perkhidmatan lainnya. Jangan lupa GST menunggu.

Apalah nasib kita bermenterikan menteri2 yang hanya tahu menjaga periuk nasi sendiri tetapi periuk nasi rakyat ditaburkan pasir.

Saturday, December 21, 2013

Kembali Bertaut

Muktamar Pas dan pemilihan yang hangat telah hampir sebulan berlalu. Tiada lagi kempen-kempen panas atau luahan ketidakpuasan hati kedengaran. Kerana itulah akhlak islam walaupun suasana harmoni itu sedikit tercemar ketika berkempen. Apabila sudah di sepakati dan diputuskan sesuatu keputusan, wajib kita ikuti walaupun bertentangan dengan apa yg dikendaki oleh kita. Sifat wala' inilah yang akan menguatkan jemaah.

Walaupun agak sengit, namun kali ini para perwakilan bijak untuk memilih wakil mereka dalam menganggotai dan mengetuai jemaah di peringkat masing-masing. Gabungan ulama'-prefesional-aktivis kembali diperkukuhkan. Muka lama dan baru mewarnai tanzim kali ini.

Jika sebelum ini kempen-kempen yang agak menyesakkan dada ahli-ahli pas wujud terutama di ruang maya. Ia dihangatkan jagi dengan jarum-jarum musuh, namun setelah tamat muktamar ia bagai hilang begitu sahaja. Alangkah indahnya akhlak ini. Malah semua pihak tampil mempertahankan Timbalan Presiden yang ditohmah dalam isu
Mat Sabu Syiah. Suasana seperti ini pastinya kita tak akan jumpa dalam "organisasi melayu yang itu".

Mudah-mudahan ukhwah yg terbina semakin kukuh dalam mendepani massa.