Saturday, May 26, 2018

2 Tahun 10 Bulan

Assalamualaikum.

Wow 2 tahun 10 bulan tak update. Ni semua salah facebook. Orang la ni bukan baca blog dah. Kalau PRU13 blog mendominasi penyebaran makkumat, PRU14 facebook, instagram dan twitter memainkan peranan. Malah mungkin 3 4 tahun lagi facebook pun akan senasib dengan blog jugak. So blog aku pun sama lah nasibnya dengan yang lain.

2 tahun 10 bulan banyak yang berubah. Anak dah 2, BN dah tergolek, Tun M dah jadi PM balik, dan macam-macam lg dah.

Dah tak boleh nak review dalam blog. Semua hanya share dalam facebook sahaja. Selepas ini blog ini hanya sekadar bacaan dan coretan untuk diri sendiri sahaja.

InsyaAllah kita cuba untuk hidupkan semula blog ni untuk teruskan hobi yang lalu.

Wednesday, July 29, 2015

Thursday, February 12, 2015

Ayahanda Tok Guru:Pemergianmu Ditangisi

Berehatlah buat Tok Guru. Moga Amal mu di terima Allah. Entah bagai mana pula kami nanti. Bagaimana saat sakaratul maut kami nanti, bagaimana kubur kami nanti.

Sekurang-kurangnya kamu telah tunjukkan kami contoh yang baik pada kami. sekurang-kurangnya ramai anak mu yang kami pasti kamu telah didik sebagai anak yg soleh yang akan mendoakan kamu dan menjadi saham kamu di akhirat kelak. Sekurang2nya banyak ilmu yang kamu sebarkan yg akan diamalkan oleh ramai orang. Sekurang2nya banyak hartamu yang kamu Infak kan yang akan menjadi pendinding kamu dengan neraka Allah. Sesungguhnya Nabi telah bersabda matinya anak Adam akan terputus segala amalnya kecuali 3 perkara. Dan ketiga2nya kamu miliki.

Namun bagaimana kami nanti.. YaAllah berikanlah kematian yang baik pada Tok Guru yang kami kasihi ini.

Monday, January 12, 2015

Berlalu Tanpa Pasti

Pertama kali sejak aku di Manjung, aku tidak bercuti di hari pertama persekolahan. Jika tidak hari ini pastinya aku ke hulu ke hilir bermotosikal melawat pasti-pasti di kawasan Lumut ini. Selepas itu sibuk pula mendapatkn data, berapa pelajar yg telah mendaftar. Kemudian membuat analisa ringkas perbandingan tahun ini dan tahun yg lalu.

Tapi tahun ini berbeza sama sekali. Terasa kosong pula. Di manjung pasti lah yang menjadi penghubung aku dengan jemaah. Tidak seperti di Tanjg Malim. Bukan pula seperti di Parit Buntar.

Tapi InsyaAllah selepas ini aku akan bangkit kembali.


Sunday, January 11, 2015

Review: Acik Kawin

Akhirnya, adik aku Abdul Aziz Bin Muhamad selamat diijabkabulkan dengan padangannya Syafika Bt Abdul Razak.. Tahniah..

Tak sangka kawin jugak dia. Kekadang bila  termenung mengalir jugak air mata jantan aku tanda kegembiraan. InsyaAllah mudah2an pas ni akan ada rezeki yang hadir mengiringi amal baik yang dilakukan.

Bila difikirkan semula banyak juga kenangan manis dalam majlis ni. Cite majlis belah aku, Abah dengan team Ya hanana nya, adik Ashraf dengan silatnya, nak taknak aku terpaksa akui majlis simple ini sangat meriah, lebih meriah dari majlis aku (Jelezzz).. Tapi yang buat tak meriahnya isteri kesayangan ku tiada di sisi masa tu. Huhuhu ada exam di Upsi.. Nak buat macam mana.

Layan ja gambar2 ni sebagai kenangan..
semoga bahgia till jannah.. caiyokk

Next, Jun 2015 sedia terima adik ipar lagi.. Kalau Umur Panjang.. InsyaAllah

9 Bulan Berlalu Sepi

MasyaAllah, dalam tidak sedar telah 9 bulan berlalu selepas post terakhir aku dlm blog ni. Bermakna 9 bulan juga aku tidak berbloging. Bila bukak blog kawan-kawan seangkatan, semua blog juga telah lama bersawang. Lebih banyak sawang nya dari blog aku.

Nak kata susah nak akses, sekarang ni teknologi betul2 dalam genggaman, henset semua dah canggih2. Mustahil kerana itu. Tapi disebabkan kemalasan dan mungkin bagi aku kini menulis bukan lg satu2nya cara mencari sakinah sebagaimana yg aku nyatakan dalam first posting aku, rasanya itulah punca utama.

Sebenarnya selalu jugak terdetik dikepala untuk update blog dengan perbagai isu yg timbul seperti pasma, peluk anjing dan sebagainya namun hati ini bagai ditahan sesuatu. Entah apa yg menahan.

Alhamdulillah aku dikurniakan isteri yg baik dan anak yg comel yg mana pada hari ini Allah telah kumpulkan kami di bumi Manjung yg bertuah ini. Dalam proses akhir untuk masuk ke istana cinta yg dah lama kami impikan.

Terima Kasih Allah atas semua ini..