Wednesday, July 15, 2009

Manek Urai: Medan Muhasabah


Bahang PRK Manik Urai telah pun reda dan selesai. Syabas diucapkan kepada Sdr. Mohd Fauzi Abdullah. Anda telah diberi amanah maka laksanakanlah ia sebaiknya.

Walaupun agak terkejut dengan keputusan yang diperolehi namun hati kecil ini tetap bersyukur kerana kemenangan masih lagi memihak kepada parti yang cuba untuk memperjuangkan Islam yang ana dokong selama ini.

Kita menang dengan majoriti hanya 65 undi berbanding 1352 undi pada PRU ke 12 lalu sedikit sebanyak ia mencalarkan imej Pas sebagai wadah yang memperjuangkan Islam. Kita perlu bermuhasabah mencari dimana kekurangan dan kesilapan kita kalau mahu dibandingkan dengan di Kuala Terengganu dan di Bukit Gantang.

Sebenarnya banyak yang terpendam di hati ini sepanjang mengikti perkembangan kempen PRK ini, namun sebagai ahli jamaah ana hanya meniamkan diri. kita berperang dalam suasana yang sangat tidak menyenangkan. baru sahaja bangkit dari isu Kerajaan perpaduan yang memperlihatkan mainan polotik yang meresahkan kita terus dihidangkan dengan isu-isu dalaman yang lain.

Ada yang boleh turun, ada yang dilarang. Ada poster yang boleh naik ada yang tidak. Ada yang disusun dan dibenarkan ceramah ada yang tidak. Malah ada pula yang menggunakan gelanggang untuk menyindir dan merendah-rendahkan sesama jemaah. Maaf ini tidak pernah berlaku sebelum ini. mungkin ini bahana akibat kemenangan yang berterusan. Dan yang pasti kali ini Allah beri peringatan awal kepada kita dalam memperbetulkan urusan kita.

Kepada para pimpinan tolonglah tautkan kembali ukhwah dikalangan kita. Jangan jadikan episod kali ini menjadi episod hitan pada masa akan datang. yang menang jalankan amanah. Yang kalah berlapang dada dan teruskan perjuangan. allah tak tanya apa jawatan kamu dalam jamaah tetapi Allah tanya Apa yang kamu buat dalam Jamaah. Jangan kita lupa Allah berkuasa untuk melakukan segala-galanya.

Apa pun kepada yang ikhlas yang telah bertungkus-lumus kerana percaya pada PAS dan prinsip perjuangannya, syabas saya ucapkan. Doakanlah PAS kekal sebagaimana asalnya. Buangkan yang keruh ambil yang jernih.

No comments:

Post a Comment