Friday, May 22, 2009

Baiknye Dorang

Bas tiba di stesyen Bidor. OK la tu ape yang peliknye. Haha memang takde ape yang pelik tapi aku tertarik pada seorang perempuan seksi berhadapan kedai sport TOTO di sebelah kaunter bas Sri Maju tu. Seksi siot. Aku still memandang (sebenarnya aku dok usha sape yang masuk kedai tu. Adala mamat melayu sorang). Sekali dia pusing alamak muka macam lelaki la. Eh biar betul ni??? Body perempuan tapi muka lelaki. Ni yang buat aku gabra ni. Tapi yang pasti dari raut wajah itu dia berbangsa India.

Yang buat aku tertarik lagi adalah peti tabung duit seperti tabung derma. Mamat seksi tu pulak sedang memegang sesuatu seperti sedang mempromosi barangan. Setiap yang lalu dan masuk ke dalam kedai sport TOTO tu ditayangkan kertas tersebut dan beberapa mamat yang keluar dari kedai tersebut memasukkan duit kedalam tabung selepas diterangkan sesuatu olek mamat seksi tersebut.

Alahai baiknye dorang tu. Walaupun berjudi tapi masih lagi boleh menderma kepada sesuatu. Aku harap bukan la derma tuk Palestin. Baik-baiknye rakyat Malaysia ni kan???

No comments:

Post a Comment