Thursday, May 7, 2009

Mak Hamdi Kembali Ke Rahmatullah

Bersama Hamdi ketika di Sungai Congkak

Aku pasti Hamdi pasti merasa kehilangan yang amat sangat. Siapa yang tidak sayang ibu sendiri. Walau sejahat mana ibu itu ia tetap ibu kita. Inikan pula ibu yang sentiasa menjaga kita dengan baik.

Baru semalam kami bergurau senda dengan Hamdi. Semakin naik dia sekarang. Macam nak fight aku je. Haha. Cerita Hamdi “Aku tiap-tiap minggu balik Pahang.” Selepas itu bingit dengan gurauan Hamdi anak manja. Malah ada yang mentafsirkan manja itu sebagai ‘baik’ sebab nak jaga hati. Bergelak ketawa kami malam itu. Malah pagi sabtu itu Hamdi juga yang menghantar aku pulang ke Stesyen Komuter Kajang.

“Salam..pukul 6.15ptg tadi emak saya telah kembali ke rahmatullah. Minta jasa baik para sahabat sekalian untuk mendoakan agar mudah-mudahan emak saya tergolong di dalam golongan hamba Allah yang bertaqwa dan dipermudahkan segala urusan..-Hamdi

Itulah kandungan msg yang saya terima malam itu. Terkedu dibuatnya. Rasa berdosa yang teramat sangat kerana bergurau dengan Hamdi begitu.

Sabarlah adikku, sama-sama kita berdoa mudah-mudahan kita akan dikumpulkan Allah di Jannah bersama ibu bapa kita.

Pesanan abang, ingat hadis nabi ini: Selepas mati anak adam, terputus semua amalan kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang diajarkan, dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan ibubapanya. Mudah-mudahan kita lah anak-anak soleh tersebut.

No comments:

Post a Comment