Sunday, May 18, 2014

Anakku Harapanku

Segala puji bagi Allah yang menciptakan..

Alhamdulillah telah lebih setahun aku dan zaujah diikat dengan lafaz ijab dan qabul. Tarikh 2 Mei pasti tidak akan dilupakan.. 2 Jun pulak tarikh kami dikendurikan..

Tahun ni tiada hadiah atau sambutan yang kami lakukan. Namun hadiah pemberian Allah sangat bermakna. 19APRIL2014 bersamaan sambutan keputraan Sultan perak, putera sulung kami selamat dilahirkan.. Alhamdulillah segalanya dimudahkan Allah..

Muhammad Mujahid gelaran diberi sempena cita-cita abi dan umminya kepada si anak ini. InsyaAllah matlamatnya jelas, cuma bagaimana si kain putih ini dicorakkan itu bergantung kepada pelukisnya. Baik corakannya baiklah hasilnya..

Terkadang terasa gementar tuk hadapi semua ini. Namun jika tidak dihadapi manakan kita mampu
lihat hasilnya.

Muhammad Mujahid abi dan ummi doakan yg terbaik buat dikau. Jadilah anak yg soleh yg akan menjadi harta kami yg sebenar..

Pasti Hambar..

Percayalah PRK Bukit Gelugor kali ini mesti hambar.. 1st sbb kawasan tu mmg kawasan pasti menang untuk DAP. 2nd BN dah menyerah kalah awal dengan tidak.menghantar wakil langsung.. Takut kah atau sudah terbayang kemaluan besar akibat kehilangan wang deposit..

Rasanya kita dah tau apa keputusan PRK tu nanti..

Mujur la pulak akan ada 1 lagi PRK di Teluk intan. Kali ni nampak bersemangat sket. Gerakan akan hantar calon lawan pulak dengan wanita muda melayu DAP yg orang b umno cakap anti melayu tu.. fuhh mungkin  akan panas di sana. Kita tungguuuuu..

Umah Aus dalam kaw parlimen tu. InsyaAllah aku akan turun ke sana.. DAP pun DAP lah.. hahahahahhahaha

Friday, March 28, 2014

Kami Akan Mengikutimu..

Mursyidul Am Pertama:
Hassan al-Banna (1928 - 1949)

Lihat wajahnya,terpancar di raut wajahnya ketenangan yang mendamaikan..semangat kepemudaan di matanya dan keperibadian yang menyejukan hati-hati disekelilingnya..

Satu kata-katanya yang sangat disukai :

“ Andai diumpamakan ISLAM seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh,maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda..aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka. Tapi aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan using itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.”

Mursyidul Am Kedua:
Hassan al-Hudhaibi (1949 - 1972)

Salah seorang penulis Islam berkata mengenai beliau :

“Saya melihatnya beliau adalah sosok yang memiliki fanatik keimanan, berjiwa dan semangat muda, berani seperti pahlawan, bijaksana laksana syeikh, kaya akan pengalaman, penuh dengan cahaya iman, memiliki kasih sayang laksana orang tua, kecintaan laksana seorang al-akh, interaksi yang jujur laksana seorang sahabat, memiliki bimbingan laksana seorang guru, kebaikan yang memberikan teladan, keikhlasan sang murabbi, selalu memberi dengan penuh wibawa dan kharisma, akhlaq yang mulia, seakan sosok yang memiliki kesempurnaan, tampak pada wajahnya menghadapi kegamangan dakwah dengan penuh kesungguhan dan optimisme, dengan akhlaq yang mulia,penuh kasih sayang,cinta,wibawa,dermawan,ikhlas dan kebapakan”.

Mursyidul Am Ketiga:
Umar at-Tilmisani (1972 - 1986)

Beliau seorang yang zuhud..hidup secara sederhana di sebuah apartmen yang berada di lorong-lorong sempit..beliau memilih untuk sederhana walaupun berasal daripada keluarga yang berstatus tinggi dan kaya raya..beliau fasih berkata-kata dan pandai berhujah..

Pernah dipenjara selama 17 tahun..satu kisah yang mengharukan perasaan wa..satu peristiwa,apabila beliau dibebaskan dari penjara pada tahun 1971,beliau bertanya kepada pengawai penjara :

“ Bolehkah saya menginap di sini satu malam lagi..saya akan keluar pagi esok kera
na saya sudah lupa jalan-jalan di kota Kaherah.”

Mursyidul Am Keempat:
Muhammad Hamid Abu Nasr (1986 - 1996)

Beliau adalah antara nama Mursyidul Am IM yang jarang di dengar kisahnya..namun setelah membuat kajian dan pembacaan pelbagai sumber..masyaAllah beliau adalah salah seorang kepimpinan gerakan Islam yang hebat..semoga Allah memberkati beliau dan usaha perjuangannya.

Mursyidul Am Kelima:
Mustafa Masyhur (1996 - 2002)

Beliau antara tokoh kepimpinan IM yang banyak menulis buku dan berkarya..malah,penulisan bukunya banyak menjadi panduan kepada aktivis dakwah dalam bergerak untuk menyebarkan Islam..antara bukunya ialah Bekalan di sepanjang jalan dakwah,Dakwah Fardiyah,Jalan Dakwah dan banyak lagi.

Mursyidul Am Keenam:
Ma'mun al-Hudhaibi (2002 - 2004)

beliau juga antara pimpinan Ikhwan yang sangat-sangat dihormati dan dikasihi.

Mursyidul Am Ketujuh:
Muhammad Mahdi 'Akif (2004 - 2010)

Beliau mulai berkecimpung dalam pergerakan Ikhwan dalam usia yang sangat muda iaitu 12 tahun..fokus beliau saat itu ialah memberikan latihan berbentuk fizikal kepada anggota IM sebagai menyahut seruan Imam Hassan al-Banna.

Musyidul Am Kelapan :
Dr Muhammad Badi’ Bin Abdul Majid Saamy (2010 – kini)

Beliau dilihat sebagai kepimpinan Ikhwan yang akan memimpin IM di era medan yang baru dan mempunyai tugas dan tanggungjawab yang amat berat..Ikhwan Mesir akan berada dalam arena baru apabila mereka memutuskan untuk melibatkan diri dalam bidang politik secara rasmi..pergerakan IM dilihat akan terus berkembang dan satu perkara – mereka juga akan menghadapi tentang yang lebih hebat dari sebelum ini.

p/s : Teringat kata-kata dari Syeikh Al Maududi "Penjajah tidak akan memberikan kemerdekaan kepada sesebuah negara yang dijajah sehingga negara yang dijajah tersebut tidak menerima dasar dan cara pemerintahan yang digubal oleh mereka"

Sumber — with Muhammad Hafiz and 7 others.

Sunday, January 26, 2014

Perginya Sebutir Bintang



Tuan Guru Hj Harun Taib telah menemui kebenaran janjiNya. Agak terasa kehilangan kali Iini. Lebih-lebih lagi bila mana terbaca tulisan Dr Azman. Mengapa kita berbangga dengan Syiekh Ahmad Yasin tetapi tidak pada Tuan Guru Harun Taip. Walaupun beliau sering berkerusi roda namun beliau tetap istiqamah dengan perjuangan ini.

Aku yakin pastinya kehilangan ini akan diganti dengan yang lain. Namun untuk mendapatkan permata yang sama seperti ini pastinya tiada.

Al Fatihah buat ustaz. Damailah dikau di sana.

Wednesday, January 8, 2014

Kembali Berusrah

Naqib usrah malam ini..
Alhamdulillah Setelah hampir setahun menghilang, malam ini aku kembali dijemput dan diringankan oleh Allah untuk kembali ke program tunjang jamaah iaitu usrah. Satu program yang mana 1 ketika aku sendiri yang menggerakkannya. Alangkah kerdilnya diri ini bilamana roh tarbiyyah itu hilang dari diri. Terima kasih DPPKL kerana masih sudi menjemput diri ini ke majlis kalian.

Tajuk bicara malam ini adalah mukadimah buku tulisan MAZA iaitu golongan yang haram disokong. Antara kata kunci malam ini adalah "ZALIM". Jika satu masa kita dimomokkan dengan sekular iaitu memisahkan agama dengan politik, hari ini kita cuba kembali pada agama tetapi ada dikalangan kita yang cuba menggunakan agama untuk kepentingan politik dan dalam masa yang sama menggunakan agama untuk menzalimi orang lain. Contoh terbaru adalah isu Hard Rock Cafe di Putrajaya. Islam cuba ditampal bagi melindungi maksiat didalamnya. Mudah2an kita bukanlah tergolong dalam golongan tersebut.

Tarikh usrah akan datang pada 12 Februari 2014. Jangan buat2 lupa na..