Friday, December 2, 2011

Cerita Bonus...

Punya la mengharap, tapi jauh panggang dari api.. Ingat dapat la sebulan dua kalaupun tak dapat macam tahun lepas sampai 3 4 bulan. Tapi rupanya just 0.5 bulan. Dah tu ikut basic bulan ogos lak tu. Huh hampeh

Tapi yang menariknya suara-suara ketidakpuasan hati tersebut terlalu ramai sampai ada yang kempen jom undi Pas pilihan raya nanti. Aku just mandang je ngengok dorang. yang UMNo terus membisu. hahahah.

esok start la episod perjuangan Union untuk mendapatkan lagi extra 1.5 bulan bonus bagi pihak para pekerja..

Kerajaan tak leh nak sorok dah isu2 macam ni. Staf TNB dah mula berkata-kata. "Ni duit takdak mesti nak pilihanraya". Yang lagi extrim kata "ni sebab sedut masuk perhimpunan UMNO la ni". hehehehe Yang pasti Pekerja TNB dah mula Bukak mata.

Tuesday, November 29, 2011

64 Jam Yang Memenatkan


Alhamdulillah akhirnya tamat jugak tempoh 64jam yang memenatkan. 8 shif straight kerja tampa tido. Huh ingat leh curi-curi tdo time malam tapi rupanya hampa. Malam2 pun banyak kol masuk siap ada 4 tripping yang mebuatkan aku kenyang makan makian orang.. Huhuhu. tapi itulah ujian yang terpaksa kita lalui..

Aku ingat kata2 cik Kaza dulu. "Mana ada keje yang leh rehat macam yang hang nak". Dan Aku terpaksa akui semua tu buat masa ni... Taktau la bila aku jadi CEO TNB nanti hehehe.

Tuesday, November 15, 2011

Test Bekam Sunnah

Hadith Pertama:

Diriwayatkan dalam Shohih Bukhari, Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara. Pertama minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan ummatku melakukan pengubatan dengan besi panas” (Shohih Bukhari)

Hadith Kedua:

Dari Jabir Bin Abdillah ra ia berkata, saya pernah mendengar Nabi SAW bersabda:

“Jika ada yang terbaik pada ubat-ubatan kalian, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, minuman madu, atau sundutan dengan api yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak suka berubat dengan ’kay’ ” (Shohih Bukhari)

Hadith Ketiga:

Dalam riwayat Tirmidzi dari Ibnu Mas’ud dan riwayat Baihaqi:

“Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisra’kan, kecuali mereka berkata, “Wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu agar berbekam!’ ” (Shohihul Jami’: 5671)

Hadith Keempat:

Tirmidzi meriwayatkan dalam Sunan-nya, dari Ibnu Mas’ud yang berkata:

“Rasulullah SAW suatu ketika bercerita tentang malam ketika beliau diisra’kan, bahawa beliau tidak berlalu pada satu kelompok malaikat pun kecuali mereka menyuruh beliau dengan mengatakan, ’Perintahkanlah ummatmu agar berbekam’ ”

Ahmad juga meriwayatkan dalam musnadnya, sabda beliau, “Ini (bekam) adalah sebaik-baik cara pengubatan yang digunakan oleh manusia” (Al-Bashriyyin : 19237, Shohih)

Hadith Kelima:

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam)” (Shahih Bukhari dan Muslim)


Berdasarkan kepada hadith-hadith di atas jelaslah kepada kita bahawa bekam merupakan perintah daripada Nabi Muhammad SAW. Bekam juga adalah terapi yang sangat dianjurkan oleh penduduk langit. Nasihat ini merupakan penghormatan para malaikat sebagai sambutan atas kunjungan Nabi SAW (orang yang dikunjungi wajib menghormati orang yang mengunjungi). Bekam adalah nasihat emas dari para malaikat yang berbakti kepada ”penghulu manusia” pada malam yang diberkati. Adalah sangat tidak masuk akal sekiranya ummat islam mengabaikan kaedah pengubatan yang langsung turun dari langit ini!

SO AKUPUN TRY LA TADI.. DAN ALHAMDULILLAH SAKIT PINGGANG DAN KEBAS2 KAKI DAH HILANG...


11.11.11 Hepi Birthday Mama


“Ya Allah tiada hadiah yang bermakna kepada ibubapa kami melainkan anak-anak yang soleh yang akan sentiasa mendoakan mereka bila-bila masa tak kira dimana pun mereka berada.. Sesungguhnya kami memohon padaMu agar Kau jadikan kami sebagai sebahagian harta yang tidak ternilai pada mereka, Kau jadikanlah kami anak anak yang soleh dan solehah, yang sentiasa melakukan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar, yang sentiasa mengembirakan hati orang tua kami yang mana kami takkan dapat membalas jasa mereka walaupun kami terpaksa mengorbankan seluruh hidup kami..

Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih Kau kasihani lah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami… Kau tabahkan hati kami untuk menjaga mereka ketika mereka tua kelak sebagaimana mereka tabah menjaga kami ketika kami kecil..

21 Tahun: Pesanan Buat Adik..

KHAS BUAT ADIK FIRDAUS HAKIMI YANG MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KELAHIRANNYA YANG KE 21 TAHUN PADA 9 NOVEMBER YANG LALU..

Saat umurmu menjangkau 21 tahun
Hanya satu yang aku ingin ingatkan
Jangan kau berlengah dengan masa
Kerana ia akan membuatmu kecewa

Segera lah adikku kau ke pejabat pos
Atau ke Pejabat suruhanjaya Pilihanraya
Segeralah kau daftar mengundi
Jangan sampai tak sempat nak undi

Abang nak adik tahu satu perkara
Najib tengah berkira-kira tarikh
Untuk bubarkan parlimen dengan segera
Sementara sokongan masih ada

Jadi ingatlah adik ku
Jangan sampai kau terlepas peluang di depan mata
Segera lah kau daftar mengundi
Jangan tunggu empat tahun lagi..

Korban: Nasihat Buat Diriku

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Walillahilham..

Alhamdulillah Selepas solat Sunat Hari Raya AidilAdha ari tu sempat kami sekeluarga berkumpul dan menunaikan ibadah korban kat kampong.. Nice sangat-sangat.. Rasanya tu kali pertama kot.. Dan semuanya berjalan lancar.

Dalam menyaksikan haiwan ternakan disembelih teringat aku satu perkara. Selama ni kita didendangkan dengan falsafah korban dan pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail dalam mentaati tuhannya, tapi sedarkah kita apa sebenarnya yang ingin diketengahkan dalam kisah-kisah yang saban tahun kita dengarkan itu..

Korban bukan hanya time raya haji ja tapi setiap masa.. (aku ingat tapi aku tak buat).. Lebih-lebih lagi dalam suasana yang sangat-sangat memerlukan kerja buat semua orang dalam menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran yang semakin hari semakin menjadi-jadi di sekeliling kita..



Sekitar majlis korban kat umah aku

Persoalannya, ramai orang boleh mengorbankan lembu kambing pada hari raya Aidiladha tapi berapa ramai pulak yang sanggup untuk korbankan harta benda untuk kemenangan Islam di Bumi Malaysia ini.. Sama-sama kita fikirkan..

Friday, November 4, 2011

Thursday, November 3, 2011

Yeahh, Mahasiswa Merdeka

SERDANG – Mahasiswa kini bebas berpolitik dengan keputusan Mahkamah Rayuan Isnin lalu bahawa Seksyen 15 (a) Akta Universiti (Auku) adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu peruntukan 15(5)(a) sudah tidak lagi wujud dan kini mahasiswa bebas untuk berpolitik.

“Boleh, dengan sendirinya,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin, Naib Presiden MCA Gan Peng Siew dan UKM4 di Hotel Mines Wellness di sini semalam.

Kenyataan tersebut disokong oleh Khairy

Mereka juga meminta agar pihak kerajaan tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Isnin lalu yang memutuskan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Pada masa yang sama mereka menggesa kerajaan memansuhkan Seksyen 15 AUKU dimansuhkan selaras dengan program transformasi politik dibawa Datuk Seri Najib Razak.


Alhamdulillah kini mahasiswa bebas merdeka.. Tapi bukan tu yang aku nak komen sbb dari dulu lagi kami dah anggap semua tu hanya sebagai duri di jalanan..

Yang nak dijadikan cerita Alhamdulillah sekarang ni masih ada lagi pimpinan2 umno yang bersama rakyat macam yang 2 3 kerat tu.. Maybe tu tarbiyyah PMIUM kot.. Tahniah buat Khairy dan Saifuddin..

Gambar time makan2 dengan Saifuddin Abdullah

Tuesday, November 1, 2011

Monday, October 31, 2011

Ulama Sempoi..

Cube korang perati sape yang dok bertinggung pakai baju puteh tu..
Ha tu la dia ulama yang tengah hot meletop sekarang ni.. Ustaz Azhar Idrus.. Sempoi gila.. Siap minat jadi cameraman lagi. Lawa2 lak tu gambo dia..

Ini lak buku dia yang tengah top di pasaran. Sebulan sampai brapa kali ulang cetak.. gila punya hot. Dan aku pun dah beli dah 1. Memang sempoi la buku tu..

Bukan apa pun. Cuma nak cakap ulama yang macam ni susah la nak jumpak. Slalunya ula2 top ni kita jumpak kat kuliah2 ja. Tapi ni siap leh joint mat2 moto lg... Memang sempoi. Macam ni baru la ramai remaja nak joint dia. Tapi apa2 pun tu kelebihan dia. Tapi bila dah berjemaah semua kelebihan tu akan bersatu dan jadikan Jemaah tu mantop. Ahh kelas gila...
Adik Aku ngidam nak camera ala-ala ustaz Azhar punya tu

Satu Tika Nanti: Aku Pasti

Alhamdulillah, macam ni la yang kita nak. Bola bola jugak tapi sembahyang tak miss. Buat la kat mana pun yang penting sembahyang jangan diringan kan.. Time final piala Malaysia aritu sempat aku cilok gambar ni dari FBsape tah. Kelab JKKK??? hee Ini Penyokong dan yang lagi aku bangga gambar kat bawah ni..

Juara Piala Malaysia Nogori Sembilan. Siap scorer lagi yang jadi imam tu.Jurulatih dia pun berjemaah sama.. Bagus2. Harap2 pasni sebelum perlawanan semua pakat2 hampar sejadah kat tengah padang n ketua pengadil jadi imam. Fuhh time tu aku pun akan berebut2 beli tiket..

Wednesday, October 26, 2011

Biaq Betoi.. Hampa Rasa Lojik Ka???

Dalam pada aku dok bosan sambil belek2 gambar member dalam FB tetibe aku terjumpa gambaq ni..


Aku cilok dari FB Pas Parit Buntar

Perati betoi2. Tu rumah Hj Hadi kot. Rumah papan ja. Hj Hadi ni sapa??? Presiden Pas kot. Tapi rumah macam tu.. La ni cuba hampa cari berapa banyak rumah ketua cawangan UMNo yang rupa lagu tu.. Huh tak jumpa dah kot.. Kalau Rumah ketua cawangan UMNO kat sabah sana nun mungkin la tapi aku yakin kat semenanjung ni dah takdak dah lagu tu.. Ketua bahagian Umno jangan kata la. Kalau tahap menteri mesti berjuta punya. try suruh kira balik berapa nilai rumah tu skrg. Tah2 rumah Hj Hadi ni 2 3 ribu ja apa ka..

Tuesday, October 25, 2011

Tahniah Adik Kimi

Alhamdulillah, akhirnya konvo jugak adik ni.. And Alhamdulillah sempat abg pi sana tgk adik yang sorang ni. Lg pun leh jumpa kawan2 lama. Rindu la kat dorang sme. Yang lagi best tu siap jalan2 dengan Alang lagi. Rasa dah kawen je hahaha..


Ape-ape pun tahniah dari Abg Am. Smart macam amek degree je rupanya. Hee Pas ni leh la sambung blaja amek diploma lak. InsyaAllah..

Wednesday, October 5, 2011

Hudud: Apa Kata Artis

Sambil dok belek2 Sinar harian tadi terbaca la komen2 artis sal Hudud ni. Macam2. Bajet nak tunjuk pandai tapi nampak sangat kebodohannya. Lagi2 si Enot tu. Ada ke patut kalau berzina kena sula. Ni terpengaruh cite Semerah Padi la tu. Heeee camne la nak jadikan artis sebagai idola.






Monday, September 26, 2011

Isu Hudud: Laksanakan...




Lepas satu satu lagi isu yang timbul. Tapi semuanya hanya satu matlamat. Nak menjahanamkan hubungan yang baik diantara anggota Pakatan Rakyat. Tengok isu ni macam yang terbaik yang dapat media korek. Cuba melaga-mengadu domba diantara pimpinan pakatan rakyat ditambah dengan komen-komen sinis orang-orang luar. Tapi yang pasti pimpinan UMNO hanya diam membisu. Tiada pegangan. Nak sokong memang tidak. Nak bantah takot dikatakan sama macam DAP/ So diam je la sambil senyum-senyum berkira-kira yang dorang akan menang pilihan raya. Hehhh.

Tapi apa yang pasti aku yakin pimpinan dalan Pas bukan bodoh. Dorang pastinya akan dapat menyelesaikan isu ini dengan bijaksana dan akan menampakkan lagi kematangan Pimpinan Pas dalam menangani isu ini.

Cuma bagi aku, aku sangat2 sokong kalau hudud ini diterapkan terus dalan Undang2 syariah bukan hanya di Kelantan malah di Malaysia.. Apa bukan muslim nak takut. Bukan dorang dihukum guna undang2 syariah pun.

Sunday, September 18, 2011

ISA: Habisla PR Takde Modal Dah...

Wah.. Najib dah umum tuk mansuh ISA dan beberapa akta yang lain...

Habis la modal pilihanraya PR pasni... Sme yang dalam buku jingga tu dah abis di buat oleh BN...

Nampaknya kalah teruk la PR dalam PRU ke 13 nanti... Hehehe

Mmg pandai najib ni... Agak2 dah kalah dalam isu sejarah dia korek modal lain untuk tutup lubang isu tu.. Nampaknya Mat sabu dah tak dapat liputan dah la pasni... Sekarang ni masa untuk juak2 UMNO jilat balik ludah dan muntah dorang time bantah Mansuh ISA dulu. Masa ni ISA la yang paling kejam tak macam 2 3 tahun lepas...

Tapi harus di ingat Najib just umum nak mansuh tapi belum mansuh lagi... JANGAN KENA TIPU DENGAN DORANG. Macam PPSMI sampai sekarang tak mansuh2 pun... Hahaha sori beb rakyat sekarang dah pandai menilai... Kami dah takkan tertipu lagi. Bagus la kalau mansuh tapi kami akan tetap tolak UMNO dalam PRU akan datang...

Saturday, September 10, 2011

Mengapa Laungkan Merdeka Kalau Tak Dijajah...


Hahaha puak2 Umno cuba sedaya upaya untuk bersihkan diri mereka dengan kenyataan2 yang semakin hari sebenarnya semakin menjerat tubuh mereka...

Cuba untuk menidakkan istilah polis penjajah (british) untuk kes polis Bukit Kepong, banjingan2 mereka cuba untuk mengubah sejarah lagi.

Tergelak aku bila tgk berita bilamana pakar kaji sejarah kononnya Profesor Dato Dr Zainal Kling mengatakan Tanah melayu tidak dijajah tetapi hanya dinaungi British. Hanya tempoh 2 tahun dikira dijajah ketika Malayan Union. Hanya P.Pinang Melaka dan singapura yang betul2 dijajah.

Maknanya Tunku Abdul Rahman bukan la bapa kemerdekaan. Sebenarnya dulu tu hanya sandiwara ja.. Menipu rakyat jelata. Ye la kita tak dijajah so macam mana leh merdeka??? Sapa yang merdekakan kita sebab tak dijajah... Sambutan ulang tahun setiap 31 Ogos tu Apa??? hahaha. Owh rupa-rupanya kita ditipu secara besar-besaran... Beria kecik2 dulu aku belari bawak bendera.. Patutla dah besar ni aku dah tak sambut merdeka.. Rupanya aku telah ditipu. KITA TAK DIJAJAH RUPANYA... Hahahaha

Sunday, September 4, 2011

Tukar Konsep???

Kekadang bila aku tengok balik tulisan aku ni dah takde cite sal hal2 siasah lagi dah.. banyak cite sal dunia aku sekarang ni... sal keje sal aktiviti harian...

Aku pun taktau nape aku dah tak minat nak menulis isu2 politik.. Padahal banyak isu besar yang bermain di minda... Cthnya Isu Mat sabu yang masih hangat...

Tapi tuan2 jangan salah sangka. Bukan aku menghilang diri tapi cuba untuk mencari posisi baru merangka strategi.. Aku tak mahu hilang dari perjuangan.. baru diuji dengan kerjaya sudah begini, kalau dengan rumah tangga aku taktau la pi kemana...

Doakan aku terus berdiri bersama sahabat-sahabat seperjuangan...

Times Up... Back To Work

Esok pagi aku nak bertolak balik ke Manjung semula... Walaupun masih lagi demam tapi demi tugas akan ku tempuh juga segala halangan mendatang... Hee

InyaAllah adik aku lak akan daftar di Upsi Rabu ni dalam jurusan Bahasa Melayu... Gudluck n blaja elok2... Makna nya kat rumah nanti tinggal la mak ayah dan adik bongsu aku. Bila pi sekolah, abah keje tinggal la mak aku sorang diri kat umah...

Teringat ari tu time tazkirah lepas sahur 2 minggu yang lepas, mak abah aku kaitkan atok aku yang makin uzur kat umah dorang tu... Sunyi menanti kunjungan anak menantu untuk berbual bicara. Ada yang datang adalah teman jika tiada hanya kebosanan yang bersamanya... itu baru didunia... Di kubur nanti kita juga akan begitu.. Pasti mengharap kunjungan doa dari anak cucu... Datang doa lega rasanya, jika tiada azab sensara...

Atok dan nenek aku. Time ni dorang sihat lagi..

Rasanya mak aku pun dah mula rasa macam tu. 3 tahun lepas bukan main nak hantar adik bongsu aku pi belajar di pondok Sungai Bakap.. Tapi sekarang bila tawarkan diri mak diam je... Kesian lak aku tengok...

Aku tak pasti apa aku nak buat.. Rasanya aku akan balik keje kat kampung jugak.. tapi mungkin ambil sedikit masa... InsyaAllah.. Mak Abah Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin...

Friday, September 2, 2011

Akhirnya....

Alhamdulillah pagi-pagi semalam (pagi raya ke 4)selepas solat subuh aku terus bergegas balik ke kampung... Selepas 11 shif (88jam) terperuk di ofis kene stanby..

Perit jugak keje sampai demam2. Ni pun tak Ok lagi..Tapi mujur la tak banyak breakdown LV mahupun MV.. 1 shif just 1 call.. lebih baik dari hari2 biasa...

Ucapan Aidulfitri Dari Perantauan

BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI

Monday, August 15, 2011

Ramadhan Bukan Untuk Bermalas-malasan

Tuan-tuan yang dihormati dan diredhai Alla.

Sesungguhnya ramadhan bukan alasan untuk kita malas..
Dan ramadhan tidak pernah mengajar kita menjadi pemalas.
Tapi bila kita buat kerja asek jadikan ramadhan dan puasa sebagai alasan..

Kenapa monyok ni??? Puasa la...
Hai letih Nampak... Aku puasa kot...
Jom pi jogging... Gila ko. bulan puasa ni...

Hahahaha... semua kita kaitkan dengan puasa.. tapi yang bagusnya bila puasa ni kita tau je yang mana baik yang nama buruk..

Jom karaoke... Huh bulan2 puasa ni buat la kerja berfaedah sket...
Ko tengok anak pak mamat tu, seksi gila.. hoi ko ni tak puasa ke tengok benda2 macam tu..
Awak jom kita ehem-ehem... I puasa la sayang.. u ni nakal la..

Baik gila.. tapi elok je lepas ramadhan sme tu entah kemana.. Mcm bulan lain leh wat sewenang-wenangnya.. hahaha

Bila tanya aku nape lama tak update blog... Huhu bulan puasa ni aku takdak idea la......

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

Wednesday, July 13, 2011

TAHNIAH DEMOSTRAN....

Aku sedih, pilu dan kecewa... Kadang2 tertanya2. Kenapa aku tak bersama kawan2 lain dalam himpunan Bersih yang lalu...

Tak ada jawapan....

hari ni, selepas 4 hari Himpunan Bersih baru aku berpeluang mengikuti pehttp://www.blogger.com/img/blank.gifrkembangannya. Tengok TV huh haram jadah... buang masa... aku baca satu demi satu tulisan di blog para sahabat... Dan aku tertarik dengan artikel yang bertajuk PUSH BERSIH : Catatan seorang peserta Cina: Saya rasa selamat bersama orang PAS.

Teringat dulu2. ketika himpunan Mansuh ISA. Kejadian yang sama aku pernah rasai... Rasa selamat bersama para sahabat... Macam ada reunion.. Bila Gas pemedih mata dihamburkan tanpa kenal siapa pertolongan diberikan... Manis terasa...

Walaupun pedih terasa bila dihambur gas dan air kimia tapi rasa rindu menjelma... Entah bila aku akan dapat menyedut gas tersebut lagi... yang pasti aku telah sia2kan peluang tersebut.

Wednesday, May 25, 2011

Dari Farmville Ke Penternak Berjaya

Siapa sangka permainan farmville akhirnya mencetuskan idea untuk menjadi penternak berjaya..

Tetapi itulah hakikatnya yang berlaku kepada seorang anak muda yang sangat meminati permainan farmville. Bermula dengan suka-suka akhirnya kini beliau berjaya memiliki sereban puyuh dan bakal membangunkan projek ayam gajah pula.

Ashraf Muhamad berkata kali pertama membela puyuh beliau hanya meletakkan nya di dalam almari lama yang diguna semula tetapi berbekalkan minat yang mendalam beliau dengan kerjasama kontraktor terkemuka Hj Muhamad & Son telah menyiapkan reban yang lebih sistematik dan selamat.

Walaupun pada kali pertama beliau boleh dikatakan gagal kerana banyak puyuhnya dimakan bambun, namun beliau tidak patah semangat untuk meneruskan projek tersebut. Kini beliau dalam proses untuk menambahkan lagi bilangan puyuh dan ayam gajahnya.... Dan kemungkinan besar projek ayam kampung akan menyusul...

Agak besar.. Bukan setakat puyuh, tuan puyuh pun boleh masuk

Upecara perasmian pembukaan reban puyuh yang baru.

Emm sekarang dah ada sepuluh ekor puyuh, esok2 leh tambah 10 ekor lagi ni... Huhu berjaya berjaya

Wednesday, May 4, 2011

Siapa Si CELAKA Itu???



Saya Mohd Firdaus Bin Hj Muhamad telah mendapati seseorang telah menggunakan nickname saya (USMAD)untuk memburuk-burukkan Pas dan Pakatan Rakyat serta hubungan baik PAS-DAP. Terbuatan terkutuk ini sedikit sebanyak telah mencemar dan mencalarkan imej dan maruah saya.

Saya menafikan sekeras-kerasnya pernah menulis komen-komen sedemikian di Chatbox Dewan Pemuda Pas Kawasan Tanjung Malim dan percaya kerja-kerja jahat ini telah dilakukan oleh orang-orang yang dengki dan khianat dengan kerjasama erat yang terjalin dikalangan Parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Kepincangan diantara hubungan UMNO-MCA sudah tidak dapat ditutup. Sehubungan dengan itu mereka cuba untuk sedaya upaya melaga-lagakan diantara komponen PR dan salah satu caranya adalah dengan cara terkutuk yang mereka gunakan kini.

Saya juga yakin dengan cara terdesak sebegini akan menyebabkan UMNO dan BN lebih cepat tersungkur dan tewas... Mereka bukan hanya tidak berjaya merosakkan Pakatan Rakyat malah menyebabkan orang lebih benci kepada UMNO dan BN.

MOHD FIRDAUS BIN MUHAMAD - USMAD

komen-komen negatif pada PR yang tidak pernah saya lontarkan..

Tuesday, April 26, 2011

Tanjung Malim Bertukar YDP

Alhamdulillah, tak sia-sia aku mintak cuti tuk balik ke Tanjung Malim.

Sengaja aku hadir kali ini khas untuk ke Mesyuarat Agung Pas Kawasan Tanjung Malim. Di tambah pula dengan ketidakdapathadiran aku pada AGM pemuda tempoh hari membuatkan aku melonjak-lonjak untuk terus hadir hingga ke akhir persidangan..

Abg Amin pernah bagitau aku tah ke mana dia nak pi pas abis pemuda ni dan kini dia dah tau mana hala tuju dia. Batton YDP sudah di diserah ke tangan hanya menunggu masa untuk memecut laju… Aku yakin YDP baru hadir dengan semangat yang baru dan harapan yang tinggi oleh anak-anak buah akan cuba sehabis baik untuk memajukan Pas kawasan…

Jika pemuda sudah mengemukakan plan 2 tahun yang berteraskan 3P (Pertambahan Ahli, Pentarbiyyahan dan Pilihanraya) pastinya ramai yang mengharap YDP baru akan membawa satu perubahan besar dalam merencanakan perjalanan Pas Tanjung Malim terutamanya dalam menghadapi PRU yang akan datang.

Para perwakilan sedang bermesyuarat

Jawatankuasa baru yang dipilih

2 Jam Dah Habis Pusing Pangkor

Huh sangat-sangat tak best. Tak dak apa pun kat Pangkor tu. Kalau aku jadi penghuni Pangkor mau mati kutu dibuatnya. Takdak apa yang menarik kecuali mat2 saleh yang berjemur di pantai pangkor hee….tapi ri tu tak jumpak pun mana2 mat saleh...

Kalau ada yang ngajak aku ke sana tuk bercuti lg mati idup semula pun aku tak sudi. Bagi aku bek lepak di Teluk batik.. Sekurang2nya selamat RM10 tuk tambang feri dan duit tuk sewa Van. Ritu aku bawak moto abis la jugak RM16 tuk tambang feri…

Hanya 2 jam diperlukan utk pusing pangkor nek moto. Tu pun sempat la singgah2 kat Kota Belanda dan 2 3 tempat tuk amek gambar. Pastu just lepak Kat Teluk Nipah je. Aku pun taktau nak cite ape sal pangkor hahahaha…..

Time kat Kota Belanda.. Huhu

Ini gambar kat mane tah. Kira sempat la brenti tepi jalan amek gambar..

Sempat la mandi manda kat Teluk Nipah. Yang bestnya air dia cantik, jernih dan tak ramai orang. ari tu kitorang berdua je. naik segan pun ada..

Thursday, April 21, 2011

Apa Khabar Tanjung Malim???

Haha Alhamdulillah aku dah apply cuti khas utk AGM Pas Tanjung Malim. InsyaAllah harap-harap kali ni aku akan sampai ke sana. At least tuk tgk2 apa yang patut...

Tanjung Malim AKU RINDU KAMUUUUU.....

Friday, April 15, 2011

Kisah Sebenar Kes Ustaz Pukul Budak

Assalamualaikum....

Rasanya kalian mesti dah tau kes ustaz pukul pelajar sampai mati di Perlis tu kan???? Sebelum korang salahkan ustaz tu, baik korang bace dulu artikel yang Yanie dapat dari mygamis.net ni....ini buka rekaan semata-mata tapi kisah benar...wakil gamis ni sendiri yang pergi berjumpa dengan keluarga mangsa.....

Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan carita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.

(gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )

Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti,
“Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )

“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -

Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.

Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.

CERITA SEBENAR

Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’)menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.

“ adik saiful(arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis(gambar hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang. Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan.

Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.

Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.

Selang 3 hari dari hari kejadian, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad.”

Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. “ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.

Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang.

( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih )

Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporan forensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meniggal akibat kekurangan oksigen.
Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya.

Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.

GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim.

rombongan GAMIS kerumah arwah adik saiful, bergambar bersama abang zamri

Debaran menunggu Esok: Kami Serah Segalanya Pada Allah



Ya Allah Kau kuatkan lah kami dalam mendepani ujian mu ini. Kalau kami menang kau permudahkanlah urusan kami dan tetapkan lah hati kami agar dapat menjalankan amanah ini sebaiknya. Dan andai kami tewas Kau damaikan lah hati kami dan kuatkan hati kami untuk terus Istiqamah di jalan mu...

Tahniah Lokman & Wahida

Lokman Hakim

Wahida

Tahniah buat NORWAHIDAH BT ZAINAL ABIDIN & LOKMAN HAKIM BIN HJ MOHAMAD JUNI yang akan mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Emm Mmg secocok dan sepadan. Tanya ja pada sapa pun mesti dorg akan cakap benda yang sama. ha kat bawah ni alamat dan tarikh2 penting tuk dorg berdua...

(Rumah Wahida)
Pada hari ahad, 29 Mei 2011 Bersamaan 25 Jamadil Akhir 1432H
Di alamat: 52 Kg Labu Kubung, Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, PerakLOKMAN HAKIM BIN HJ

(Rumah Lokman)
Pada hari ahad, 5 Jun 2011 Bersamaan 3 Rejab 1432H
Di alamat: F16 Kampung Sungai Betul, 36100 Bagan Datoh, Perak

Buat anda berdua, ana doakan kalian bahagia selamanya. Jadikan perkahwinan ini pemangkin kepada peningkatan semangat juang dalam meninggikan syariat Allah. Amin...