Tuesday, November 15, 2011

Korban: Nasihat Buat Diriku

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Walillahilham..

Alhamdulillah Selepas solat Sunat Hari Raya AidilAdha ari tu sempat kami sekeluarga berkumpul dan menunaikan ibadah korban kat kampong.. Nice sangat-sangat.. Rasanya tu kali pertama kot.. Dan semuanya berjalan lancar.

Dalam menyaksikan haiwan ternakan disembelih teringat aku satu perkara. Selama ni kita didendangkan dengan falsafah korban dan pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail dalam mentaati tuhannya, tapi sedarkah kita apa sebenarnya yang ingin diketengahkan dalam kisah-kisah yang saban tahun kita dengarkan itu..

Korban bukan hanya time raya haji ja tapi setiap masa.. (aku ingat tapi aku tak buat).. Lebih-lebih lagi dalam suasana yang sangat-sangat memerlukan kerja buat semua orang dalam menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran yang semakin hari semakin menjadi-jadi di sekeliling kita..



Sekitar majlis korban kat umah aku

Persoalannya, ramai orang boleh mengorbankan lembu kambing pada hari raya Aidiladha tapi berapa ramai pulak yang sanggup untuk korbankan harta benda untuk kemenangan Islam di Bumi Malaysia ini.. Sama-sama kita fikirkan..

No comments:

Post a Comment