Thursday, December 23, 2010

SAAT KOMPUTER MULA DIPERKENALKAN


Aku taktau ni cite betul ke tak sebab aku pun copy dari orang lain... tapi leh la wat santai minda...

Jim Cartlon, seorang wartawan Wall Street Journal, baru-baru ini mengumpulkan keluhan dari pengguna komputer Amerika semasa di awal era komputer.

1. Compaq pernah mempertimbangkan untuk mengubah perintah “Press ANY Key” menjadi “Press ENTER Key” kerana banyak penggunanya yang telefon yang menanyakan dimana tombol “ANY” di keyboard.

2. AST Technical Support menerima laporan komplen kerana kesulitan menggunakan mouse. Semasa Techincal Support datang ke rumahnya, mereka menjumpai mouse tersebut tidak boleh digunakan… kerana masih berbungkus rapi di dalam plastiknya. Penggunanya (seorang wanita) takut dengan mouse (tikus) sehingga tidak berani mengeluarkannya dari dalam plastik. Takut diserang mouse komputer?

3. Di tahun 1980-an, ketika disket masih berukuran besar, Compaq pernah menerima keluhan seorang pengguna yang disketnya tidak boleh dibaca oleh drive-disk komputer. Setelah diselidiki, ternyata pengguna itu sebelumnya memasukkan disket ke dalam mesin taip dan menaip label yang tertampal di disket itu.

4. Sebuah keluhan lain dari pengguna AST yang mengatakan disket mereka terkena virus yang sukar dibersihkan. Petugas AST meminta orang itu mengirimkan copy disket yang terkena virus itu untuk diselidiki. Beberapa hari kemudian, petugas AST menerima fotostat disket dari pengguna tersebut.

5. Seorang pengguna DELL mengeluh dia tidak dapat mengirimkan fax via komputer.
Setelah diarahkan selama 40 minit melalui telefon, petugas DELL mendapati pengguna itu mencuba fax via komputer dengan cara memegang kertas yang akan di fax di depan monitor, sambil menekan tombol “SEND” di layar.

6. Seorang konsumen DELL lain mengeluh karena keyboard yang digunakannya sudah tidak berfungsi sejak dibersihkan. Ketika ditanya cara ida membersihkan keyboard, dia menjelaskan, “Saya mencuci dan menggosok semua bahagian keyboard dengan sabun, dan membilasnya dengan air, lalu menjemurnya.”

7. Seorang pengguna DELL marah-marah kerana tidak boleh menyalakan komputer yang baru dibelinya. “Semua sudah terpasang dengan baik.Tapi setiap kali saya tekan pedal kaki , tidak terjadi apa-apa.” Setelah diselidiki ternyata “pedal kaki” yang dimaksud orang itu adalah : mouse.

8. Seorang lagi pengguna DELL marah kerana komputer barunya tidak nyala.
Dia menjelaskan semua sudah terpasang dengan benar, dan ketika dia menunggu selama 20 minit, tidak terjadi apa-apa pada komputernya. Ketika teknisi DELL menanyakan apakah “power switch” sudah dinyalakan, dia balik bertanya, “Power switch apa?”

9. Berikut adalah tanya-jawab antara petugas Novell NetWire dengan seorang pembeli :

Penelefon : Hello, boleh bercakap dengan Tech Support?
Novell : Ya, boleh saya dibantu?
Penelefon : Tempat letak cawan di PC saya patah. Apa mungkin saya bisa menggantinya?
Novell : Tempat letak cawan? Apakah itu hadiah saat Anda membeli komputer?
Penelefon : Tidak. Tempat letak cawan ini sudah ada di komputer saya. Dan ketika saya meletakkan gelas saya di atasnya, tempat itu patah. Yang saya ketahui, di bahagian depan tempat itu ada tulisan “CD-ROM, 16X”.
(Saat itu juga, petugas Novell langsung mematikan telefon dan tertawa terbahak-bahak…)

Friday, December 17, 2010

Harussani Kasyaf???

Wah wah sekarang ni dah ada orang yang leh bace niat orang lain... Kat perak ada sorang kat kelantan sorang. Bila mana PRK Galas ari tu Mat Nor Deris leh nampak tangan setan kali ni Harusani leh bace niat zamri n Nizar...

Zamri pgg ancak takpe. Nizar pgg lilin syirik... Aku mmg respek la Harusani ni...



Mungkin pasni kalau Zamri minum todi pun boleh sebab niat dia baik.... Orang lain taktau apa niat dia minum tu... tapi Harussani tau...

Zaid Ibrahim Vs Anwar Ibrahim

Banyak benda aku nak komen sal zaid Ibrahim ni... Sebenarnya kita mmg dah nampak jelas apa yang dia nak... Gila jawatan.. semuaa orang nampak... Anwar je yang buta dan bodoh... Bukan dia tak kenal mamat tu tapi masih nak manje2kan dia... Tengok sekarang apa dah jadi... Ari tu bukan main puji sekarang bukan main keji...

Tapi tahniah kepada Zaid kerana cita2nya nak jadi presiden akhirnya tercapai...
PR jangan bersedih hati dengan kehilangan orang yang macam tu.. Dia tau yang dia takkan kemana tapi sebab ego di dada dia terpaksa...Buat apa sahaja...

Aku harap AKIM akan panjang umo.. kalau kita tengok semua parti yang Zaid joint akan bergaduh dan akan reda sebaik je dia kuar parti... tapi biarkan zaid dengan cita2nya...

Yang aku nak gebang ni pasal Anwar yang kemaruk nak jd PM... Orang kata dia pandai dan bijak tapi hakikatnya dia bodoh dan gopoh... hampa tengok la semua pimpinan BN yang ada nama bila masuk PKR dapat jawatan besar2.... Orang yang berjuang lama dalam PKR diketepikan... Tgk Zaid, Jefri Kitingan, Chua Jui Ming, yang lompat2 tu... semua tak kekal lama dengan PKR sebab percaturan Anwar... Bukan dia tak kenal latar belakang dorang tu... tapi sebab nak cepat naik so guna je la apa cara sekalipun.

Aku masih dengan pegangan Aku terima PKR hanya sebab tahaluf siasi dan wala' aku pada pimpinan Pas... Siapa anwar berbanding pimpinan Pas... malah bagi aku pimpinan muda DAP lagi bagus dari dia....

First Time Masuk Mahkamah


Khamis 16 Disember 2010 fiest time aku masuk ke dalam mahkamah.. walaupun hampir setahun aku keja dengan peguam sebelum ni... hahaha berdebar toksah cite la...

Kes tak bayar PTPTpu... PTPTN lawan Mohd Firdaus Bin Muhamad di Mahkamah Mejestret Parit Buntar jam 8.30 pagi... Macam biasa la aku yang berdedikasi ni kuar dari umah kul 7 pg lagi...

Ari tu banyak la jugak kes2 yang dibicarakan.. sebelum aku tu ada lebih kurang 10 kes lain termasuk curi moto, dadah, utang bank dan lain-lain... huhu takut n semakin mendebarkan... ada yang kene ikat jamin 5000 rggt la dan mcm2 lagi... nama aku lak kene panggil lebih kurang 9.00 am... Hampir2 aku nak masuk ke kandang orang salah... mana la aku nak tau kes macam aku tu dok kat luar je... hehehe

Pendakwa raya bangun n cakap, maaf peguam tak datang lagi, awak leh dok luar dulu. mahkamah berhenti rehat dan akan disambung sebentar lagi.... Huh celaka tul... wat aku suspen je...

Lama jugak aku tunggu untuk dipanggil semula... ye la dia tak bagi tempoh masa... tak senang duduk aku dibuatnya...

Pukul 10.15 baru aku dipanggil masuk ke dewan bersidang n nama aku sekali lg dipanggil... huhu aku mmg dah siap jawapan tuk jawab... mmg dah prepair ayat dah. siap ada note lg... datang la pendakwa raya yu mintak surat saman...

"Pihak PTPTN menuntut jumlah pinjaman ni dari kamu, Kamu setuju??" Katanya sambil tunjukkan jumlah yang dituntut... Aku just jawab YA... "OK settle nanti kamu bincang dengan PTPTN cara pembayaran." aku pun kuar....

macam sial dekat 2 jam aku tunggu bicara tak sampai 20 saat... korang kira la balik berapa patah perkataan je yang kitorang cakap... Aku datang jauh2 dari manjung hanya tuk sebut YA je.... hampeh... Pengajaran t uk korang... bayar la PTPTN walaupun sikit... jangan buang masa macam aku ni....

Friday, November 19, 2010

Program Pasti Meriah


Program Kedua aku bersama DPPK Lumut... Hari anugerah Pasti Kawasan... Buat kat hotel tu.. Haha mmg meriah lebih-lebih lagi aku ada dalam program tu... Tapi kalau takdak pun meriah jugak sebab aku datang tunjuk muka ja... Hahaha

Kalau ikut hati aku nak ponteng je tapi sebab aku dah janji akan datang so aku terpaksa la kotakan janji tu... Lagi pun nama aku dah masuk sebagai Ajk pemuda kawasan tapi tak penah tunjuk muka pun... Malu beb... malu sangat2 kat dorang... Bukan taknak tapi aku selalu kat luar kawasan... esok pun kena gi bangi lagi tuk kursus 2 minggu...

Ari tu pulak kebetulan aku keje sampai kul 8 pagi... dengan tak mandi n gosok giginya aku terus buat muka tak malu masuk hotel tu joint program... hahahaha



Raya Haji Kali Ini

Alhamdulillah...

Tahun ni aku tak raya kat kampung.. Keje Beb haha. Tak penah lagi dalam idup aku keje time raya... Tak balik kampung selalu la tapi keje time raya first time...

Tapi petang selasa tu aku dah pecut cabut gi Air itam beraya umah Aus... Hahaha punya teruk perangai...


Sempat la jugak bakar lemang umah orang tu... Juga rekod dalam idup aku bakar lemang buat pertama kali... Hahaha

Huhu pastu siap minta resipi kat kuah kacang tuk cecah ketupat... Hahaha best jugak la walaupun agak sunyi.... Raya tahun ni tak semeriah selalu. Kalau tak comfirm2 aku kat markaz tarbiyyah titi serong tuk program korban Pas Parit Buntar. Tapi kali ni tak joint mane2 pun... Hehehehe

Bangga Dengan MiB Perak

Huhu bangga aku dengan MiB (man in black) Perak sorang ni. Senyum bila terpandang gambar tu.. Sama ada dia yang bodo atau orang yang buat keje tu yang saja nak pedajal dia... Ada ka patut Aidiladha pada 17 zulhijjah.. Setau aku 10 zulhijjah bersamaan 17 november...

Monday, November 8, 2010

Jalan-Jalan Ke Teluk Batik

"Jom Pi Lumut." Huh gila apa bangun pepagi ajak pi Lumut...

Family aku mmg macam tu, leh wat ape je keje tanpa planning... hahaha no komen... Ape2 pun kitorang enjoy dengan percutian tu walaupun kakak aku yang berdua kat ipoh tu tak dapat joint...

sempat gak la tangkap gambar sebagai bukti aku pi jugak

Adik2 aku time nak naik banana Boat



Mak dan Abah... Santai....

Sunday, November 7, 2010

Ilsas Malim Nawar... BEST

Cerita Fairuz Amini....
Huh Ilsas Malim Nawar tu dok kat cerok sket... orang selalu tak tido sana tapi cari hotel kat kampar... makan tengahhari je dorang sediakan... ada hantu... Ayah aku biasa pi sana...

Cerita Seorang Pakcik....
Hari pertama dorang dah kena kacau dah... Dengar orang berlari lah... baling baldi la.. huh naya kena dok sana 2 minggu...

First Impression...
Ya Allah mmg kat hujung jalan biar betul... Abis la macam ni... Nak masuk ke dalam dari pintu pagar pun dekat2 setengah kilometer... Apehal sunyi sangat ni... Besar2nye pokok... Huhu takottttttt.
Pokok besar tempat langsuir bertandang....

Hakikatnya...
Ceh Hampeh tul dak dak tu... Best gila.. Tenang je, jauh dari kesibukan kota... Si Fairuz tu siap dapat rumah tamu lagi, bukan setakat selesa je, siap bilik ada air-con, ruang tamu ada sofa and astro, siap peti sejuk lagi.. Hee sampai ada yang nak mintak lanjut la kursus kat situ. Mmg best tak macam Ilsas Bangi terlalu ramai orang. Cuma makanan bagi aku tak dapat lawan Ilsas bangi la. Hidangan ala-ala hotel...

Macam Istana, Sikit punya cantek lagi...

Kesimpulannya, cite orang jangan nak caya sangat. Siasat dulu satu2 maklumat jangan nak telan semua. macam tu jugak dengan utusan Malaysia n TV3, macam2 dorang siarkan tapi lum tentu semua tu betol... no eko pun leh ada pembetulan...

Friday, November 5, 2010

Teringat Masa Dulu

Alhamdulillah kat umah dah ada intenet. So leh la update sket2 bila balik kampung.

Saje aku belek gambar-gambar lama. tetibe terpandang wajah2 kacak time aku muda2 dulu... hahaha just masukkan gambar je hahaha. lantak la perasan ke ape. korang apa pedulik...

Gambar masa muda2 dulu. Huhu saja nak tayang body.

Jamuan Raya kat Matrik melaka. First time tak beraya dengan family

Posing time raya haji kat KMM

sebelum keletihan berjalan dalam program jalan-jalan KUKUM

Gambar time Kem motivasi tuk dak2 sekolah rendah

Gambar masa jadi promoter jual baju time hari terbuka KUKUM

Saturday, October 16, 2010

Galas: Maaf Aku Tak Dapat Bersama


YA ALLAH PERMUDAHKANLAH USAHA KAMI UNTUK MEMENANGI KERUSI GALAS...

Hanya doa yang mampu aku hulurkan. Nak bagi tenaga memang aku tak mampu kali ni. Bukan kedekut keringat atau aku nak pi ke Batu Sapi, tapi aku terpaksa ke Malim Nawar tuk kursus lagi seminggu dari 1 hingga 5 November... Bukan taknak ponteng kursus tu tapi dia melibatkan masa depan. Aku terpaksa berpantang lama dan aku tak nak masa berpantang tu bertambah-tambah... Cukupla aku tersiksa dengan kursus-kursus yang banyak tu tanpa sempat bersama Pas...

Ya Allah apa yang termampu pasti akan aku lakukan... Berikanlah aku kekuatan itu...

Sibuk Sibuk Sibuk

Aku terlalu sibuk buat masa ni sampai takdak masa untuk menyibuk di cc untuk update blog aku. Malah dah ada yang marah-marah sebab aku tak bagi komitmen tuk perjumpaan alumni...

Yang tu aku malas komen sbb aku pun mmg malas tuk program tu... Semangat aku yang berkobar-kobar dulu dah nak padam... Malas menanggung batu sebab banyak lagi beban yang aku tengah galas...

Buat Dewan Pemuda Pas Kawasan Lumut setinggi-tinggi kemaafan di ucapkan kerana tak dapat bersama tuan-tuan buat masa ni. Bukan tak nak joint tapi tak berkesempatan... Terima kasih kepada Tuan SU kerana tak jemu menghantar info-info pada saya...

Thursday, September 23, 2010

Aku Memang Respek Abis


Korang rasa kalau korang melalui situasi macam ni sape yang korang nak sangat jumpa dan cium tangan???

Dah mesti Nik Aziz kan??? dan tanpa korang sedar korang akan melulu untuk mendapatkannya dan tendang je mamat kat sebelah tu... Menyibuk je la... Tapi kenalkan korang dengan mamat yang pakai jubah lengan pendek tu???

Tu la sultan baru kelantan... Terus terang aku cakap yang aku tak pernah jumpak anak raja yang terlalu zuhud macam tu... Dulu kita selalu dengar cite Umar Al-Khattab, Umar Abdul aziz tapi kita tak pernah jumpak dorang. Kita tak leh bayang macam mana rupanya... Tapi kini contoh ada kat depan mata... korang tengok korang nilai la sendiri... hahaha

AllahuAkbar (ganti istilah Daulat Tuanku)Patik mohon maaf diatas keceluparan ini...

Semoga Allah kuatkan Islam dengan adanya Tuanku Sultan Muhammad ke-V yang memerintah...

Tuesday, September 14, 2010

Pembunuhan Kejam Iringi Persaraan Musa Hasan

Akhirnya Musa Hasan, Ketua Polis Negara merangkap Ketua Umno cawangan PDRM yang banyak membantu UMNO untuk meneruskan survivalnya terpaksa berundur setelah kontraknya tidak lagi disambung. Walaupun begitu banyak jasanya kepada umno seperti menghalang ceramah-ceramah Pakatan Rakyat, tangkapan-tangkapan para pemimpin pakatan Rakyat dan sebagainya....

Selain itu beliau juga berjaya untuk tidak menyelesaikan beberapa kes besar yang berlaku seperti pembunuhan Teoh Beng Hock,Altantuya, dan beberapa kes berprofil tinggi yang lain...

Malah pada hari persaraannya juga berlaku pembuhuhan kejam kepada jutawan kosmatik Susilawati dan 3 yang lain.. Hahaha sebenarnya itulah kejayaan Musa Hasan yang utama... Membawa ketakutan kepada rakyat. Angota polis untuk hancurkan PR bukan untuk menjaga keselamatan...

Tuanku Sultan Faris Petra

Sultan Kelantan yang baru dimasyhurkan, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra merupakan seorang raja yang berjiwa rakyat dan dekat di hati rakyat Kelantan.

Sebut sahaja kawasan pedalaman mana yang tidak pernah dilawati baginda bagi menyelami suka duka rakyat termasuk ke kampung-kampung penempatan Orang Asli di Gua Musang dan Jeli.

Sering mengenakan jubah atau berbaju "gumbang" (baju Melayu) serta berkain pelikat dan berkopiah putih ketika melawat rakyat jelata menyebabkan tiada siapa yang menyangka lelaki segak itu merupakan pewaris Kesultanan Kelantan yang baru.

Pernah satu ketika di Pantai Damat, Bachok, baginda tidak kekok duduk bersila dan mendengar kisah penderitaan seorang ibu tunggal yang uzur dan hanya bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mata baginda berkaca ketika mendengar kisah keperitan hidup Azizah Abdullah, 41, membesarkan tiga anaknya.

Membahasakan diri baginda dengan perkataan "kita" menyebabkan baginda dan rakyat seperti tidak ada jurang pemisah yang boleh merenggangkan hubungan rakyat dan raja.

Ketika di rumah Azizah, baginda yang turut menghulurkan sumbangan peribadi, juga sempat memberikan perangsang kepada tiga anak wanita itu untuk berjaya dalam pelajaran mereka.

Tuanku Muhammad Faris Petra merupakan putera sulung Sultan Kelantan sebelum ini, Tuanku Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra.

Pendidikan awal

Baginda mempunyai tiga adinda iaitu Tengku Bendahara Tengku Muhammad Faiz Petra, Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin A'Ishah Putri.

Baginda mendapat pendidikan awal di Kota Baharu dan di Kuala Lumpur dan seterusnya di Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Kajian Diplomatik di Kolej St. Cross dan Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.

Tuanku Muhammad Faris Petra diputerakan pada 6 Okt 1969 dan dianugerahkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985 dan sejak pelantikan itu baginda telah menunjukkan kecenderungan untuk mempelajari dan mendalami selok belok pentadbiran negeri.

Baginda mula menarik perhatian seluruh negara dengan liputan meluas media ketika bertitah merasmikan Perhimpunan Perpaduan Melayu sempena Maulidur Rasul 1429 Hijrah di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pada 2008.

Ketika bertitah pada majlis itu, baginda secara terbuka mengingatkan usaha penyatuan Melayu perlu diberi keutamaan yang tinggi berikutan kedudukan orang
Melayu dan Islam yang kian tercabar kerana ia boleh menjejaskan keharmonian negara.

Baginda berharap segala perbezaan pendapat dan perbelahan diketepikan melalui jalan yang bijaksana dengan perpaduan ummah harus diutamakan demi agama, bangsa dan negara sebagaimana yang diimpikan oleh semua.

Di masa lapangnya, baginda gemar membaca bagi mengikuti perkembangan semasa di dalam dan luar negara di samping meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan kejohanan kuda lasak.

Selain itu baginda juga menunjukkan minat mendalam terhadap sukan memanah, berkuda, boling serta suka memelihara haiwan kesayangan seperti kuda, kucing, ayam dan burung.

Dalam hubungan dengan rakyat, baginda ternyata mengambil berat kebajikan mereka dan kerap kali dalam diam-diam dan di luar pengetahuan media, baginda menjengah kehidupan mereka yang memerlukan pembelaan.

Komander Askar Wataniah

Baginda juga turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan dan juga aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan.

Baginda telah dilantik sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigadier Jeneral (Kehormat).

Umum juga mengetahui hubungan yang akrab baginda dengan ayahanda baginda dan kegeringan Tuanku Ismail Petra pada 14 Mei tahun lalu membuatkan baginda diselubungi kesedihan dan berasa tertekan.

Baginda pernah mengimamkan solat hajat bersama-sama rakyat jelata sebelum ini bagi memohon kesejahteraan ayahanda baginda.

Pada 24 Mei tahun lalu, Tuanku Muhammad Faris Petra telah dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan setelah ayahanda baginda mendapat rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Pelantikan itu membolehkan baginda menjalankan tugas Sultan Kelantan mengikut perenggan (b) Fasal (1) dan (3) Perkara 22A Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) yang menurut pakar perundangan mempunyai kuasa yang sama dengan Sultan mengikut Perkara 4 Fasal 1 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan dan Majlis Perajaan Negeri mengikut peruntukan tersebut.

- Bernama

Wednesday, September 8, 2010

Kurang Ajaq


Aku copy gambar ni dari blog orang. Tapi kalau betul la apa yang Orang ni (nama mcm islam) buat, ternyata terlalu keterlaluan. Dah la berjudi, bangga berjudi, promote pulak judi. Ini mmg celaka punya orang, celaka, celaka, celaka....

Pemuda Jihad Malaysia



Aku respek tul dengan pemuda2 yang berani ni. Kalau la kita leh anto dorang g Palestin alangkah bahgianya. Bukan sahaja berani malah begitu kreatif. Pemuda2 beginilah yang perlu kita ketengahkan...

Tapi brani bukan pada tempatnya. Andai kata keluar seruan jihad rasanya inilah orang2 yang paling awal menyorok...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Buat mak abah, kakak-kakak, adik-adik, teman-teman, para pejuang dan seluruh umat Islam, Selamat menyambut Aidil Fitri. Jadikan Syawal ini sebagai kesinambungan daripada tarbiyyah Ramadhan yang bakal berlalu. Jangan jadikan ia sebagai bulan bagi melunaskan dendam berahi. Mentang-mentang sebulan berpuasa so raya pun sebulan jugak. Malah selalu berlaku rumah terbuka Aidil fitri di bulan Zulkaedah.

Aku tak tipu. Aku lalui sendiri. Aku hadir ke rumah terbuka Aidil Fitri anjuran KUKUM sekitar 6-7 tahun lepas. Majlis di buat pada 7 Zulkaedah...

Huhu sedar2 la diri tu...

Raya ni Alhamdulillah aku akan (insyaALLAh) beraya di kampung. Tapi apa yang pasti Tahun depan bersiapla untuk beraya di pejabat. Huhuhuhu

Buat kawan-kawan yang akan bertugas raya ni, jangan nangis2. Korang umah dekat je...

Friday, September 3, 2010

Kenapa Seorang Firdaus Akan Futurr???

Futur??? Ape tu??? Futur adalah lemah setelah kuat. Maksudnya, apabila seseorang itu pernah bersemangat dan kuat dalam melaksanakan sesuatu, dan kemudian lemah, atau tidak bersemangat atau meninggalkan apa yang diperjuangkan atau kadang-kadang dipanggil juga sebagai tercicir. So kenapa seorang Firdaus akan futur???

Aku tak tahu apa nak cakap. Tapi Aku lihat ciri-ciri futur itu ada pada seorang Firdaus... Puncanya mudah, hanya kerana rasa disisihkan. Ditinggalkan bersendirian bilamana seorang firdaus memerlukan...

Seringkali aku luahkan, kita hanya melaksanakan 1 daripada 3 rukun usrah. Hanya bertaaruf tanpa sempat bertafahum apatah lagi nak bertakaful...

Bila mana rukun-rukun ini tidak dilaksanakan mana mungkin ukhwah dalam berjamaah itu akan berkekalan lama....

Buat teman-teman, kita seringkali menyalahkan ahli bilamana dia menghilangkan diri tapi kita tak pernah nampak mungkin kita yang menjadi penyebab kenapa seseorang itu menghilangkan diri. Ya kita terlalu ghairah mencari mad'u sehingga mengabaikan teman-teman yang bersama kita. Mungkin ini yang dirasai oleh kebanyakan ahli... Kita sibuk dengan tamrin, nak kejar masa tapi dalam masa yang sama kita mengabaikan apa yang ada. Kita cuba kejar apa yang belum pasti, tapi kita hampir keciciran apa yang dalam kendongan. Bila mad'u ada masalah kita hanya dengar dan tinggalkan. Bagaimana mereka ingin bersama kita...

Pernah seorang Firdaus bercerita masalahnya pada pimpinan, bukan sekali tapi banyak kali, berterus terang minta bantuan, sudah lama, tapi apa yang pimpinan lakukan??? alasan yang mudah, nak buat Tamrin Asas sehingga hilang semangat seorang Firdaus untuk bersama jemaah... Ahh bukan mudah nak membina kepercayaan seseorang tapi nak meruntuhkannya mudah sahaja, hanya dengan satu ayat.

Aku menulis kerana aku sendiri mengalaminya. Aku rindukan Sahabat-sahabat di Kukum tapi hanya aku yang terhegeh-hegeh. dorang yang 'menjerumuskan' aku dalam jemaah ini hilang entah kemana. tiada lagi tanya khabar atau berita.

Kali ini aku tak mahu seorang firdaus futur kerana kelalaian dan kesalahan daripada kita sendiri. Mohon mas'ul dan pimpinan ambil tindakan yang sepatutnya...

Bermulanya Aku Bersama DPPKL



Alhamdulillah 2 hari lepas aku telah berjaya menghadirkan diri ke program bacaan yasin dan tahalil anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Lumut (DPPKL).

Mudah-mudahan permulaan kehadiran ini menjadi titik tolak penglibatan aku terus di dalam jemaah ini. Walaupun agak terlewat daripada yang sepatutnya, tapi aku cukup bersyukur kerana masih lagi berkesempatan untuk bersama jemaah. Tapiiiii aku jugak risau dengan kerja yang aku buat sekarang. 2 shif sehari sela 16 jam. hah!!! takut2 lepas ni tak de masa untuk bersama DPPKL kerana banyak masa dihabiskan di pejabat...

Ya Allah permudahkanlah hidupku bagi bersama-sama para pejuang yang lain...

Tuesday, August 31, 2010

Haram Jadah Punya Kerja


Tindakan cybertrooper Umno yang menggunakan nama "PAS Beruk" mencipta dan menyebarkan gambar super impose yang kononnya Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam dengan tagline "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP??" adalah keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama.

Walhal gambar sebenar adalah menunjukan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sedang menyembelih lembu korban untuk rakyat.


Ini kerja celaka. CELAKA! CELAKA! CELAKA! Aku ulangi sekali lagi CELAKA!
Tengokla kerja2 jahat insan2 yang cuba mencetuskan ketegangan kaum. Oooo dah nak jatuh kalah main isu perkauman.. Ello bro skrg ni pengundi bukan macam zaman sebelum merdeka. Sekali hampa buat macam ni seribu kali Allah akan membalas kejahatan korang..

Ape Cerr Bro??? Mane Mufti????

Gambar 1

Gambar 2

Ape beza antara dua gambar ni???

1 muslim n yang satu lagi non muslim

So ape yang aku nak tulis ni???

Bila yang non muslim masuk ke surau bagi ucapan tanpa memakai tudung heboh satu negara. Mufti, tok alim alamak (umno)terkejut lalu melatah. Macam-macam pendapat keluar. Yang bukan ulama dalam umno pulak lebih2 macam dorang lagi power daripada ustad2 dorang.

Tapi bila yang muslim jugak bagi ucapan dalam surau tanpa menutup aurat malah ramai lagi pendengarnya yang menayangkan segala urat, terdiam semua mufti dan alim alamak tersebut. Mungkin tergamam ataupun isu dah terpelanting ke batang hidung sendiri.

Cuba korang pikir la guna pale otak antara muslim yang tak tutup aurat dan non muslim yang tak tutup aurat yang mana lagi teruk??? Kalau orang kampung mungkin la taktau tapi yang baca blog ni sme ada ilmu punya orang...

Friday, August 20, 2010

Ape Punya Bodoh La...

MARI KITA KETAWA KAN GEROMBOLAN YANG BUKAN SAHAJA BODOH - MENGEJA PUN TAK TAHU



nota:
nak tunjuk alim pandai cakap arab minta lah bantuan

- bukan ahlan wah sahlam TAPI ahlan wa sahlan

- bukan bulan ramadahan atau ramadzan TAPI bulan ramadan

- bukan murabak tapi mubarak

nak senang lagi guna bahasa melayu orang melayu panggil bulan ini bulan puasa senang saje

jangan tunjukkan bangang pada orang ramai kalau bangang simpan baik baik jadikan harta pusaka sendiri.

Monday, August 16, 2010

Jason King Terkantoi

Kisah Mat Misai (Gambar) sebagai Naib Censelor UiTM yang di malukan oleh puak-puak Umno sendiri dalam rancangan soaljawab di TV3 adalah sesuatu yang sangat mengeri dan memalukan ke atas seorang yang boleh digelar "King Pencacai" dalam Umno.

Oleh kerana terlampau dan terover ingin "Membodek",maka Allah mentakdirkan Mat Misai yang selama ini bertindak dengan sewenang-wenangnya ke atas mahasiswa dan mahasisiwi yang pro kepada PR ini,dimaluuuuuuukan oleh puak mereka sendiri,yang melihat bahawa Mat Misai inilah yang menyebabkan warga UiTM semakin membenci Umno dan Barisan Nasional (Klik sini) pasti panasss...

Wednesday, August 11, 2010

1 Ramadhan

Alhamdulillah... mission complete...

1 Ramadhan telah berlalu... Walau apa pun kepenatan tetap berlaku pada diri ku...

Hahaha ari ni aku sahur dengan nasik goreng yang aku goreng cincai-cincai je... Tapi sedap la pulak rasanya... Macam nak buat lagi je sahur ni... Alhamdulillah aku juga berjaya menamatkan puasa hari ini dengan sejag air jagung. Gila tul hahaha...

Tapi yang bestnya ari ni team SVR (sesalur voltan rendah) yang aku ikut tu rajin sangat la pulak. Siap OT sampai kul 10 malam... Mampuih kalau hari-hari macam ni... Hahaha dah la buat kerja berat... Tanam tiang la, tegakkan tiang condong la, adoi penat walaupun sebenarnya bukan aku yang buatpun... Hahaha... InsyaAllah minggu ni aku akan terus mengikut geng SVR dan minggu depan entah geng mana yang akan aku ikut...

Sunday, August 8, 2010

Tazkirah Pra-Ramadhan


Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Saudara-saudari,

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Aku Kesal Atas Kelewatan Ini

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam...
Senenarnya banyak benda yang aku nak tulis.. Tapi takde idea dan masa untuk menyusun ayat...

Banyak benda berlaku dalam masa terdekat ni tapi tak dapat aku nukilkan...

Hanya satu kesalku kini, setelah seminggu aku hanya berlegar-legar sekitar Manjung dan Setiawan tanpa sempat ku menjengah ke markas-markas dan pejabat Pas di sini... Lambat tindakanku... Adakah aku menunggu Jemaah mencari ku atau aku yang perlu mencari jemaah...

Aku bukan permata yang biarpun di lautan dalam tetapi tetap diburu orang... Aku hanya batu jalan yang ada tak bertambah tiada tak berkurang...

YA ALLAH KUATKANLAH AKU UNTUK TERUS BERSAMA PERJUANGAN INI...

Gambar terbaru setelah melaporkan diri ke TNB Seri Manjung

Orked Ohh Orked

Aku takde la minat sangat dengan bunga orked ni. Tapi bila dah tgk macam-macam bentuk dan warna ni wat aku gila lak nak bercinta dengan orked.. Mmg sebelum ni aku ada koleksi bungan ati-ati dan keladi bungan tapi biasa la budak malas, bila dah tak suka mati la pokok tu...

Haha mmg cun la bunga-bunga kat pameran bunga di Putrajaya ni... Mujur la aku berkesempatan tengok walaupun tak penah dalam pale otak aku nak pi tengok...









Friday, August 6, 2010

Selamat Datang Ramadhan Yang Dirindui


Lagi beberapa hari saja lagi Ramadhan Akan menjengah tiba... Apa persiapan kita???

Ramadhan seringkali disalah anggap...

Bila anak kecil tanya, "abah puasa tu ape???" "Puasa tu tak boleh makan." Huhu tul tak tu jawapan kita...

Sahur ape pulak??? Sahur tu makan...

Maknanya Sahur = Makan, Puasa = Tak makan, Buka puasa = Makan

Ramadhan tu bulan makanan ke??? hahaha tapi tu la yang seringkali terjadi... Kini bulan Ramadhan menjadi pesta segala pesta. Dari Pesta makanannya, pesta beli belahnya, dan macam-macam lagi... Kalau bulan-bulan lain hanya satu-satu pesta yang diadakan tetapi bulan mulia ini semakin banyak pulak pesta yang ada...

Tah lah, taktau nak cakap apa. Kita muhasabah lah diri... Di mana kita. Di dalam pesta ibadah atau pesta makanan...

Ape2pun Selamat berpuasa dari Aku...

Aku Kini Keluarga TNB


Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memberikan rezeki padaku.

Haha aku skrg dah mula bekerja bersama TNB dan ditempatkan di Seri Manjung dan mungkin akan diletakkan di bahagia Fault Finder. Emm seronok jugak keje kat sini lagi-lagi pulak dapat kawan-kawan yang sporting dan banyak mengajar aku...

Tapi dalam kegembiraan tu aku risaukan somting... Aku takut masa aku pada jemaah semakin kurang. Dalam masa 5 hari ini aku masih belum melaporkan diri secara sah dan hanya menghantar SMS pada KP Lumut..

Aku takut dengan ujian berupa rezeki ini. Aku takut gagal dalam ujian ini....

Ya Allah kuatkan lah aku dalam menghadapi cabaran ini... Doakan aku sentiasa bersama jemaah ini...

Monday, July 12, 2010

Ini Rupanya Peranan Ulama UMNO

Surat khabar hari ni sibuk memainkan isu yang telah dianggap sebagai ketinggalan zaman oleh Pas... isu kerajaan perpaduan masih lagi dianggap bom peledak sedangkan bagi Pas ia telah lama ditalkinkan..

Tokoh-tokoh Alama (baca Ulama') UMNO yang dipenghujung usia seperti Harusani masih lagi mengharap...

"Tidak boleh tidak, kita terpaksa mengakui masa depan Islam di negara ini terletak di tangan orang Melayu. Atas sebab itu saya dalam usia lebih 70 tahun ini tidak pernah berhenti berusaha selain berdoa untuk melihat orang Melayu benar-benar bersatu."

Mungkin dorang ingat orang-orang Pas ni bodoh macam dorang??? Setelah pujuk rayu pimpinan Umno tidak diendahkan mereka cuba membelai kembali pelacur-pelacur tua ini agar turut memujuk Pas...

Dan apa yang pasti pujuk rayu ini tidak akan termakan lagi oleh kami seperti mana yang telah ditekankan dalam muktamar agung yang lalu...

Malah bertahaluf dengan DAP lagi baik daripada UMNO. Yang ni yang Alamak-alamak UMNo tak habis Study... Dorang ada Ilmu tapi letak kat kepala lutut... Tu sebab sampai ke sudah tak nampak kebaikan DAP dan Keburukan UMNo. Pada mata mereka walaupun taik yang dimakan UMNo ia tetap suci dihati mereka...

Dalam pada itu Mahmud Zuhdi berkata, dalam konteks politik semasa, Pas harus bekerjasama dengan UMNO dan bukannya parti lain seperti DAP sekiranya parti itu mahu meletakkan Islam pada kedudukan yang tinggi.

Kalau UMNO nak buat dorang dah boleh buat tapi kenapa hanya nak tunggu Pas bersama dorang baru nak boleh letak Islam kat tempat tertinggi???

Alamak bangang memang sesuai dengan pemimpin penipu..

Jamal Oh Jamal

Haha bila terpandang benda ni aku pun terus teringat kat katak-katak politik yang telah menjahanamkan demokrasi malaysia yang memang telah sedia terjahanam ni...



Kome tengok la sendiri ape je yang di beri semua di bedalnya... Mmg perangai katak la

Thursday, July 8, 2010

Aku Terlibat Kemalangan Maut

Ya allah, Apalah nasib ku terlibat dengan kemalangan maut yang disebabkan oleh kecuaian ku sediri... Aku tak sanggup tuk mengingatinya...

Semalam selepas bergegas pulang ke pejabat untuk ambik kunci bilik aus yang tertinggal aku secara tak sengaja telah mengalami satu kemalangan yang membuatkan mangsa terus mati di tempat kejadian...

Aku betul-betul tak perasan dia ada kat depan mata... yang aku kesalkan kenapa bukan aku yang mati... kenapa dia??? Aku hanya bengkak di lengan kiri dan menyebabkan lenguh-lenguh satu tangan dan rasa macam nak demam.

Isk kesian kat lebah tu... tak pasal2 mati kene langgar dek aku. pastu siap sempat lagi dok sengat aku walaupun secara tak sengaja... Tu la sapa suruh melintas tak tengok kiri kanan.

Huhuhu Makkkk sakittt. Mesti pasni ada parut lagi. Aku ni jenis kulit tang tak tahan disengat. kat badan aku ni dah banyak parut-parut dek ksan sengatan lebah dan tebuan... huhuhu

Tuesday, July 6, 2010

Hampir Setahun Aku Di Sini

Sedar tak sedar 28 julai ni genap setahun aku bersama Pemuda Pas Tanjung Malim. Dan setahun ini jugak banyak sangat benda yang aku belajar... Tapi tak banyak yang aku sumbangkan... Aku tak tahu adakah hanya setahun aku di sini ataupun Allah akan tetapkan aku untuk terus disini...

Harapannya biar aku tetap bersama Pemuda Tanjung Malim.... Hati ku telah tertaut di sini walaupun kawasan lain tetap menunggu ku...

Ah... biarlah di mana pun... Apa yang pasti aku perlu tetap bersama Jemaah ini walau di mana bumi ku Pijak...

Masin Mulut ku...

kisah semalam...

Adik Afi nak belikan aku TV kat family mart... "Ala beli je, karang adik bayar la."
Hehe TQ adik. bahagia tul ada adik yang baik macam tu. Padahal blaja lagi je pun...

"Ala tak payah la, lagi pun abang dapat rasa dengan sepenuh keyakinan yang abang dah tak lama kat sini." jawabku dengan penuh yakin.

hehe Alhamdulillah 2 3 minit lepas tu aku dapat panggilan dari TNB suruh datang wat medical Checkup kat PJ.. Hahaha Ya allah sesungguhnya Engkau Maha Mendengar rintihan hamba-hambaMu walaupun aku yang meminta ini sering melakukan larangan MU...

TQ Allah...

Monday, July 5, 2010

Baju Baru???

Huhu banyak duit bang???

Yoo ooo tul la… beria beli baju baru padahal duit nak makan pun takde… mak dah lama tak dikirim duit… alih-alih beli baju harga RM140…

Haha kalau tau mak aku mesti kecewa dia. Anak yang paling bekira tetibe sanggup habiskan duit beli baju…

Tapi beli baju utang la… bayar bulan-bulan… Haha first time aku beli barang berhutang ni…

Amacam smart tak baju ni??? Baju ni bukan tuk suka-suka tapi khas tuk beramal kerana Allah… Doakan aku terus istiqamah bersama unit amal ni… walau berpindah tempat tapi Unit Amal tetap di hati…

Para peragawan sedang memperlihatkan baju baru Unit Amal

Muqayyam Ke Makan Ayam???

2 hari yang lalu aku berkesampatan untuk bersama-sama sahabat amal yang lain dalam program Muqayyam jabatan Amal Pusat yang berlangsung selama 2hari di Kebun Pak Kholil @ kem Hanifa, Gopeng…

Terima kasih kepada Pengarah Program, Tuan Ikram yang turut memberikan kepercayaan kepada aku untuk turut sama menjayakan program tersebut. Bukan mudah nak hendle program pusat ni… Risau pun ada… tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..

Namun begitu, perjalanan program tidak seperti yang dirancang… Matlamat memang tercapai… Santai sungguh.. hanya 34 orang peserta yang mendaftar dengan aku (aku ajk pendaftaran)… Program Muqayyam jadi program makan ayam… mana taknya, aya lagi banyak dari orangnya… cuba bayangkan 50 ekor ayam untuk 34 orang peserta…

Bukan setakat bakar je, siap goreng dan gulai lagi, huhu banyak tak banyak la… ape-ape pun program ni mmg best la…. Dengan keramahan Ketua Pengarah Amal pusat dan ALP nya membuatkan aku rasa sebahagian daripada mereka… tahniah Unit Amal kerana berjaya mengadakan program santai Amal ni…
Proses membogelkan ayam hahaha

Acara kopek durian bermula..