Friday, December 17, 2010

First Time Masuk Mahkamah


Khamis 16 Disember 2010 fiest time aku masuk ke dalam mahkamah.. walaupun hampir setahun aku keja dengan peguam sebelum ni... hahaha berdebar toksah cite la...

Kes tak bayar PTPTpu... PTPTN lawan Mohd Firdaus Bin Muhamad di Mahkamah Mejestret Parit Buntar jam 8.30 pagi... Macam biasa la aku yang berdedikasi ni kuar dari umah kul 7 pg lagi...

Ari tu banyak la jugak kes2 yang dibicarakan.. sebelum aku tu ada lebih kurang 10 kes lain termasuk curi moto, dadah, utang bank dan lain-lain... huhu takut n semakin mendebarkan... ada yang kene ikat jamin 5000 rggt la dan mcm2 lagi... nama aku lak kene panggil lebih kurang 9.00 am... Hampir2 aku nak masuk ke kandang orang salah... mana la aku nak tau kes macam aku tu dok kat luar je... hehehe

Pendakwa raya bangun n cakap, maaf peguam tak datang lagi, awak leh dok luar dulu. mahkamah berhenti rehat dan akan disambung sebentar lagi.... Huh celaka tul... wat aku suspen je...

Lama jugak aku tunggu untuk dipanggil semula... ye la dia tak bagi tempoh masa... tak senang duduk aku dibuatnya...

Pukul 10.15 baru aku dipanggil masuk ke dewan bersidang n nama aku sekali lg dipanggil... huhu aku mmg dah siap jawapan tuk jawab... mmg dah prepair ayat dah. siap ada note lg... datang la pendakwa raya yu mintak surat saman...

"Pihak PTPTN menuntut jumlah pinjaman ni dari kamu, Kamu setuju??" Katanya sambil tunjukkan jumlah yang dituntut... Aku just jawab YA... "OK settle nanti kamu bincang dengan PTPTN cara pembayaran." aku pun kuar....

macam sial dekat 2 jam aku tunggu bicara tak sampai 20 saat... korang kira la balik berapa patah perkataan je yang kitorang cakap... Aku datang jauh2 dari manjung hanya tuk sebut YA je.... hampeh... Pengajaran t uk korang... bayar la PTPTN walaupun sikit... jangan buang masa macam aku ni....

No comments:

Post a Comment