Ya allah, Apalah nasib ku terlibat dengan kemalangan maut yang disebabkan oleh kecuaian ku sediri... Aku tak sanggup tuk mengingatinya...
Semalam selepas bergegas pulang ke pejabat untuk ambik kunci bilik aus yang tertinggal aku secara tak sengaja telah mengalami satu kemalangan yang membuatkan mangsa terus mati di tempat kejadian...
Aku betul-betul tak perasan dia ada kat depan mata... yang aku kesalkan kenapa bukan aku yang mati... kenapa dia??? Aku hanya bengkak di lengan kiri dan menyebabkan lenguh-lenguh satu tangan dan rasa macam nak demam.
Isk kesian kat lebah tu... tak pasal2 mati kene langgar dek aku. pastu siap sempat lagi dok sengat aku walaupun secara tak sengaja... Tu la sapa suruh melintas tak tengok kiri kanan.
Huhuhu Makkkk sakittt. Mesti pasni ada parut lagi. Aku ni jenis kulit tang tak tahan disengat. kat badan aku ni dah banyak parut-parut dek ksan sengatan lebah dan tebuan... huhuhu
No comments:
Post a Comment