2 hari yang lalu aku berkesampatan untuk bersama-sama sahabat amal yang lain dalam program Muqayyam jabatan Amal Pusat yang berlangsung selama 2hari di Kebun Pak Kholil @ kem Hanifa, Gopeng…
Terima kasih kepada Pengarah Program, Tuan Ikram yang turut memberikan kepercayaan kepada aku untuk turut sama menjayakan program tersebut. Bukan mudah nak hendle program pusat ni… Risau pun ada… tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..
Namun begitu, perjalanan program tidak seperti yang dirancang… Matlamat memang tercapai… Santai sungguh.. hanya 34 orang peserta yang mendaftar dengan aku (aku ajk pendaftaran)… Program Muqayyam jadi program makan ayam… mana taknya, aya lagi banyak dari orangnya… cuba bayangkan 50 ekor ayam untuk 34 orang peserta…
Bukan setakat bakar je, siap goreng dan gulai lagi, huhu banyak tak banyak la… ape-ape pun program ni mmg best la…. Dengan keramahan Ketua Pengarah Amal pusat dan ALP nya membuatkan aku rasa sebahagian daripada mereka… tahniah Unit Amal kerana berjaya mengadakan program santai Amal ni…
Proses membogelkan ayam hahaha
Acara kopek durian bermula..
No comments:
Post a Comment