Tuesday, April 26, 2011

Tanjung Malim Bertukar YDP

Alhamdulillah, tak sia-sia aku mintak cuti tuk balik ke Tanjung Malim.

Sengaja aku hadir kali ini khas untuk ke Mesyuarat Agung Pas Kawasan Tanjung Malim. Di tambah pula dengan ketidakdapathadiran aku pada AGM pemuda tempoh hari membuatkan aku melonjak-lonjak untuk terus hadir hingga ke akhir persidangan..

Abg Amin pernah bagitau aku tah ke mana dia nak pi pas abis pemuda ni dan kini dia dah tau mana hala tuju dia. Batton YDP sudah di diserah ke tangan hanya menunggu masa untuk memecut laju… Aku yakin YDP baru hadir dengan semangat yang baru dan harapan yang tinggi oleh anak-anak buah akan cuba sehabis baik untuk memajukan Pas kawasan…

Jika pemuda sudah mengemukakan plan 2 tahun yang berteraskan 3P (Pertambahan Ahli, Pentarbiyyahan dan Pilihanraya) pastinya ramai yang mengharap YDP baru akan membawa satu perubahan besar dalam merencanakan perjalanan Pas Tanjung Malim terutamanya dalam menghadapi PRU yang akan datang.

Para perwakilan sedang bermesyuarat

Jawatankuasa baru yang dipilih

No comments:

Post a Comment