Alhamdulillah, banyak Dewan Pemuda Pas kawasan2 telah siap mengadakan mesyuarat agung masing2. Dan secara kebetulan ketiga-tiga dewan pemuda yang aku penah joint iaitu Parit Buntar, Tanjung Malim dan kini Lumut mengadakan AGM pada hari yang sama. So nak taknak terpaksa la aku buat keputusan… Hati ni nak sangat2 pi ke Tanjung Malim, tapi aku masih adalah ahli di cawangan Parit Abu Samah di dalam Kawasan Parit Buntar pada masa yang sama aku bekerja dalan kawasan Lumut…
Haha dan keputusan akhir yang aku buat adalah joint dengan kawasan Lumut yang mana aku masih tak berapa aktif disini… Jadi pas ni terpaksa la aku aktif2 kan diri disini.. AGM ari tu sebagai tapak je sebenarnya untuk aku lebih aktif di sini… Segala pengalaman bersama Parit Buntar dan Tanjung Malim akan aku curahkan disini..
Dan secara kebetulan pulak ketiga-tiga kawasan telah mendapat ketua baru. Parit Buntar, Dr Mahyudin mengantikan Cikgu Azmi, Abg Junaidin mengantikan lawyer Aminuddin yang sampai umur bersara wajib di Tanjung Malim manakala Ustaz Badrul mengetuai Pemuda Lumut setelah memangku jawatan tersebut hamper setahun. Tahniah dan takziah buat yang dilantik..
Ape2 pun selamat maju jaya kepada semua. Jangan lupa pimpinan kali ini merupakan pimpinan yang akan menerajui PRU yang ke13 di tempat masing-masing.
Ucapan perasmian Oleh Ustaz Aidil
Ketu pemuda baru Ustaz Bad memberi ucapan
AJK DPPKL yang baru
Antara perwakilan DPPKL yang hadir
No comments:
Post a Comment