Thursday, August 30, 2012

Friday, August 17, 2012

Salam Lebaran

Assalamualaikum.

Ramadhan  yang penuh barakah akan melabuhkan diri sedikit waktu lagi..
Dan pastinya Aidil Fitri akan menyusul..
Dikesempatan ini saya menyusun sepuluh jari memohon keampunan kepada semua sahabat dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini.

Mudah-mudahan Ramadhan yang berlalu pergi dengan terampunnya dosa-dosa dan berjaya mendapat ijezah hamba yang bertaqwa sepertimana yang Allah janjikan..
Dan mudah-mudahan Syawal yang mendatang menjadi penerus kepada legasi Ramadhan yang telah kita harungi.. Tambahkan amal kukuhkan iman..

Saturday, July 14, 2012

Ramadhan Kembali..

Ramadhan kembali lagi
InsyaALLAH lagi 5 hari
Alangkah ruginya diri
Jika Ramadhan yang dinanti tidak dirai

Wahai Ramadhan yang penuh berkat
Semakin hari semakin dekat
Adakah maksiat akan di sekat
Oleh kebaikan yang pasti memikat



Sunday, July 8, 2012

Islam Pastikan Bangkit



Aku tak faham pun apa yang tertulis kat gambar ni, tapi bila terpandang gambar ni hati tiba2 menjadi sayu.. Tersentuh.. Alangkah indahnya jika Malaysia juga ada pemimpin yang seperti ini.. Di hatinya ada Al-Quran, takutnya pada Allah melebihi segalanya...


Walaupun tuturnya berselindung di sebalik sekular, tapi pelaksanaan dan amalnya hanya untuk Islam..


Tetap istiqamah la kamu wahai pimpinan.. InsyaAllah kami akan pastikan di malaysia juga akan menuruti langkah mu.. Akan kami tampilkan wakil untuk bersama dibarisan hadapan dalam melahirkan semula Khilafah Islam..

Thursday, June 14, 2012

Biar Picture Berbicara- Sapa Hina Raja Melayu???


Perginya Seorang Murabbi

Perginya seorang Murabbi..
Walaupun tidak dikenali 
Tetapi kehilangannya tetap ditangisi..

Secara peribadinya aku tak pernah kenal atau bersua muka dengan Ayahanda Hj Yahya ni.. Tapi sebagai seorang ahli jemaah nama ni memang selalu didengari... Memang takdak sekelunit kenangan pun macam Arwah Ustaz Hassan Syukri tapi entah kenapa bila dapat tau kematiannya tetiba hati terasa sayu.. Mungkin itulah yang dirasai oleh semua ahli jemaah Islam SeMalaysia buat masa ni..


Allahyarham Tuan Guru Datuk Haji Yahya Othman meninggal dunia ketika berusia 73 tahun jam 6.15 bertarikh 14 Jun 2012. Masih menanti berita pemergian Ulama' Agung ini di kaca TV atau di laporan laman berita-berita terkini negara. Setakat jam 11 malam, hanya di Harakahdaily sahaja yang memaparkan berita pemergian arwah. Ya Allah. semoga dipermudahkan segalanya. Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

Artis meninggal diagung-agungkan, ulama' meninggal tiada siapa peduli.. bahkan ulama' itu sendiri,masyarakat tidak kenal.


AL-FATIHAH BUAT AYAHANDA MURABBI..

Monday, June 4, 2012

Antara 2 Bersih



Awek2 yang sokong BERSIH 3
Awek2 yang sokong BERSIH 4

Dalam dok belek2 gambar dalam blog orang tetibe je terpandang 2 gambar ni.. Aduyai tergugat iman tengok ni.. Kalau dah namanya UMNO kalau tak seksi mmg tak sah.. 

Tau la baju tu free, bagi seberapa ikhlas yang boleh tapi jangan la seksa makcik2 tu macam tu.. jangan la kasi saiz L.. tempah la saiz XXL.. dah macam ape aku tengok.. Adoi nak gelak tengoknye...

Orang yang cerdik mesti boleh fikir yang mana kehadirannya di taja yang mana pergi kerana kesedaran diri sendiri.. takkan la makcik2 tu saje2 beli baju saiz L.. Hik hik hik...