Saturday, January 12, 2013

Tahniah #HKR112

Tahniah buat semua Rakyat Malaysia yang turun ke Kuala Lumpur dari seluruh pelusuk negara bagi menunjukkan solidariti kita dalam memperjuamgkan keadilan.

Tahniah juga buat penganjur yang berjaya mengkoordinasi perhimpunan dengan baik tanpa ada sebarang provokasi.

Tak ketinggalan kepada pihak stadium dan PDRM di atas kerjasama yang baik dalam melancarkan lagi perjalanan #HKR112. Terbukti tanpa provokasi polis, sekatan jalan raya dan gas pemedih mata semuanya berjalan aman. Tahniah kepada anda..

Namun takziah kepada media UMNO yang kali ini terpaksa bersusah payah mencari isu.. Entah dimana diambilnya perkataan Himpunan Shamsidar itu. hahahaha.. Dalam banyak-banyak penganjur, Bersih, Royalti, Anak, Lynas Nama Shamsidar juga yang di pilih.. Mangkuk ayun punya media. Hampeh...

Friday, January 11, 2013

Saturday, December 15, 2012

Jom Bagi Ramai


PENGUMUMAN UNTUK SEMUA
sila masukkan tarikh ini
dalam jadual hidup
pastikan sabtu 12 januari
di kuala lumpur

BERSEDIA DARI SEKARANG
tempah tiket bas
tempah bilik menginap
tempah tempat tidoor
tempah tiket keretapi
tempah tiket kapal terbang
yang nak berjalan kaki mulakan pada awal januari

WARGA KUALA LUMPUR
sediakan toto untuk tamu
sedia tempat menginap untuk tamu

MAMAT DAN MINAH REMPIT
jika ingin datang bermotor
pastikan injin tip top
pastikan ada lesen memandu
pastikan ada lesen jalan

SENIMAN DAN BUDAYAWAN
mula menulis syair dan puisi
mula menulis cerpen dan certot
mula menulis dairi harian

PELUKIS GRAFIK
mulakan melakar imejan
tentang kebangkitan rakyat

PARA GAGALIS
inilah peluang untuk mengenal minah cun
inilah peluang untuk mengenal balak handsome
ini lah masanya untuk jatuh cinta 
cinta suci dikancah demo

IBU DAN AYAH
berkorbanlah
berilah kebenaran untuk anak anak turun berdemo
berilah anak anak membuat sejarah
 NOTA
kaki bodek
dan
kaki masuk frame
dijemput sama untuk buat ramai

Copy dari Tukar Tiup

Sunday, December 9, 2012

Hamas: Kami Bersamamu

Tiba-tiba hati sayu, air mata mengalir bila tengok gambar-gambar ni..

Gambar sempena Himpunan 25 tahun Hamas Di Gaza

Ya Allah selamatkanlah saudara-saudara kami di Palestin, Juga kau selamatkan kami di Malaysia..

Apa jua katamu wahai UMNO kami tetap menyokong Hamas


Saturday, November 24, 2012

Jangan Kaitkan Kami Dengan Songkok Tinggi Lagi


Kopiah baru bagi mengantikan Songkok tinggi heee
Kami bukan lagi Geng songkok tinggi tapi Geng Kopiah Aji.. Heee

Antara formula tranformasi UMNO bagi menarik sokongan masyarakat adalah dengan menukarkan tradisi songkok tinggi kepada kopiah aji..  Cuba try test tengok mana tau kot2 rakyat terutama di Pantai Timur dan belah utara leh terima... Kalau Johor sana nun memang Songkok Tinggi tradisi mereka...


Tuesday, November 20, 2012

Owh My Jawi!

Sedihnya bila mana orang yang tak pandai cuba untuk buat pandai... Akhirnya malu dek kebodohan sendiri.. Telajak perahu boleh diundur.. Terlajak publish di facebook orang boleh printscreen..  

Mudah-mudahan Mudah Faham

Doa Pak Mat Supaya Allah Hancurkan Perompak..

Suatu hari rumah Pak Mat dipecah masuk oleh perompak. Pak Mat dan isteri diikat dan tidak mampu berbuat apa-apa.

Perompak-perompak itu bukan sahaja mahukan duit, malahan anak perempuan Pak Mat telah dirogol manakala anak lelakinya pula telah dibelasah dengan teruk.

Tatkala itu, yang Pak Mat mampu lakukan hanyalah berdoa;

"Ya Allah, hancurkan perompak-perompak tersebut," doa Pak Mat.

Setelah mendengar doa tersebut, perompak-perompak itu terus memarahi Pak mat lalu berkata;

"Mana boleh doa macam tu, kami ni Islam bahkan kami juga Melayu seperti anda. Jangan doakan kehancuran sesama Melayu, sesama Islam. Nanti Cina yang bertepuk tangan.

Keesokkan harinya di TV3,

" Doa Pak Mat pecah belahkan Islam"

Idea asal: Malaysian gags - kedahlanie