Saturday, April 13, 2013

Pas Johor Mendahului Pas Perak

Hebat Pas Johor dah melebihi Pas Perak... ?

JOHOR BAHARU, 13 April -- Calon-calon wanita PAS bagi Dewan Undangan Negeri Johor (dari kiri) Anis Afida Mohd Azli bagi DUN Penawar, Norhayati Bachok (DUN Jorak), Normala Sudirman (DUN Pemanis) dan R.Kumutha (DUN Tiram) pada Majlis Pengumuman Calon PAS Bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di sini hari ini.
--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA

Terkini Pas Perak hanya mencalonkan 2 calon muslimat peringkat Dun dan seorang muslimat peringkat Parlimen Gerik....

Tetapi Pas Johor 4 orang,, siap seorang non muslim lagi... Pas For All...


Aku rasa post yang aku copy dari manjungmari ni agak menarik... ni menunjukkan sekarang muslimat tak diketepikan dalam perjuangan.. Semakin ramai muslimat berada dibarisan hadapan untuk sama-sama menuju ke putrajaya...

Pengumuman...

Mulai hari ini blog Mencari Sakinah akan dipenuhi dengan posting-posting yang berunsur hasutan.... Kalau tak suka tak yah baca... Aku wat blog ni pun just untuk aku suka2 mencari sakinah...

Sunday, February 17, 2013

Hj Napiah Bin Hj Idris: Damailah Engkau Di Sana

N - Nanti, bila tiba saatnya...
A - Aku juga akan ke sini,
P - Pasti!!! krn itu janji Ilahi

I - Indahnya kehidupan ini
A - Akan ditinggalkan pergi..
H- Hanya pd Ilahi ku berserah diri
(copy dari FB acu)
Di usia 90 tahun akhirnya datukku kembali mengadap Penciptanya. Mudah-mudahan selamat hendaknya di akhirat sana. Dahinya berkeringat, mudah2an itu tanda orang yang Allah terima amalnya. Melihat gambar diatas begitu la keadaan atok sehingga ke hujung nyawanya. 


Menghitung Hari

Agak malas aku untuk mengupdate blog ni. Sekarang ni lagi mudah kalau mengupdate FB. Tapi serius aku cakap nikmat bila dapat update blog ni walau pun tak ramai yang jengah lebih di rasai berbanding FB. Tak tahu mengapa tapi itu la hakikatnya.

Pada dasarnya aku sedang menghitung hari.. Countdown untuk sesuatu.. InsyaAllah, mudah2an di panjangkan usia untuk menggapai cita-cita dan cinta..


Saturday, January 12, 2013

Tahniah #HKR112

Tahniah buat semua Rakyat Malaysia yang turun ke Kuala Lumpur dari seluruh pelusuk negara bagi menunjukkan solidariti kita dalam memperjuamgkan keadilan.

Tahniah juga buat penganjur yang berjaya mengkoordinasi perhimpunan dengan baik tanpa ada sebarang provokasi.

Tak ketinggalan kepada pihak stadium dan PDRM di atas kerjasama yang baik dalam melancarkan lagi perjalanan #HKR112. Terbukti tanpa provokasi polis, sekatan jalan raya dan gas pemedih mata semuanya berjalan aman. Tahniah kepada anda..

Namun takziah kepada media UMNO yang kali ini terpaksa bersusah payah mencari isu.. Entah dimana diambilnya perkataan Himpunan Shamsidar itu. hahahaha.. Dalam banyak-banyak penganjur, Bersih, Royalti, Anak, Lynas Nama Shamsidar juga yang di pilih.. Mangkuk ayun punya media. Hampeh...

Friday, January 11, 2013

Saturday, December 15, 2012

Jom Bagi Ramai


PENGUMUMAN UNTUK SEMUA
sila masukkan tarikh ini
dalam jadual hidup
pastikan sabtu 12 januari
di kuala lumpur

BERSEDIA DARI SEKARANG
tempah tiket bas
tempah bilik menginap
tempah tempat tidoor
tempah tiket keretapi
tempah tiket kapal terbang
yang nak berjalan kaki mulakan pada awal januari

WARGA KUALA LUMPUR
sediakan toto untuk tamu
sedia tempat menginap untuk tamu

MAMAT DAN MINAH REMPIT
jika ingin datang bermotor
pastikan injin tip top
pastikan ada lesen memandu
pastikan ada lesen jalan

SENIMAN DAN BUDAYAWAN
mula menulis syair dan puisi
mula menulis cerpen dan certot
mula menulis dairi harian

PELUKIS GRAFIK
mulakan melakar imejan
tentang kebangkitan rakyat

PARA GAGALIS
inilah peluang untuk mengenal minah cun
inilah peluang untuk mengenal balak handsome
ini lah masanya untuk jatuh cinta 
cinta suci dikancah demo

IBU DAN AYAH
berkorbanlah
berilah kebenaran untuk anak anak turun berdemo
berilah anak anak membuat sejarah
 NOTA
kaki bodek
dan
kaki masuk frame
dijemput sama untuk buat ramai

Copy dari Tukar Tiup