Sunday, January 26, 2014

Perginya Sebutir Bintang



Tuan Guru Hj Harun Taib telah menemui kebenaran janjiNya. Agak terasa kehilangan kali Iini. Lebih-lebih lagi bila mana terbaca tulisan Dr Azman. Mengapa kita berbangga dengan Syiekh Ahmad Yasin tetapi tidak pada Tuan Guru Harun Taip. Walaupun beliau sering berkerusi roda namun beliau tetap istiqamah dengan perjuangan ini.

Aku yakin pastinya kehilangan ini akan diganti dengan yang lain. Namun untuk mendapatkan permata yang sama seperti ini pastinya tiada.

Al Fatihah buat ustaz. Damailah dikau di sana.

Wednesday, January 8, 2014

Kembali Berusrah

Naqib usrah malam ini..
Alhamdulillah Setelah hampir setahun menghilang, malam ini aku kembali dijemput dan diringankan oleh Allah untuk kembali ke program tunjang jamaah iaitu usrah. Satu program yang mana 1 ketika aku sendiri yang menggerakkannya. Alangkah kerdilnya diri ini bilamana roh tarbiyyah itu hilang dari diri. Terima kasih DPPKL kerana masih sudi menjemput diri ini ke majlis kalian.

Tajuk bicara malam ini adalah mukadimah buku tulisan MAZA iaitu golongan yang haram disokong. Antara kata kunci malam ini adalah "ZALIM". Jika satu masa kita dimomokkan dengan sekular iaitu memisahkan agama dengan politik, hari ini kita cuba kembali pada agama tetapi ada dikalangan kita yang cuba menggunakan agama untuk kepentingan politik dan dalam masa yang sama menggunakan agama untuk menzalimi orang lain. Contoh terbaru adalah isu Hard Rock Cafe di Putrajaya. Islam cuba ditampal bagi melindungi maksiat didalamnya. Mudah2an kita bukanlah tergolong dalam golongan tersebut.

Tarikh usrah akan datang pada 12 Februari 2014. Jangan buat2 lupa na..

Tuesday, December 31, 2013

2014 Tahun Sengsara

Alhamdulillah.  Ditahun baru ini saya sempat bersama isteri menghantar anak-anak didiknya ke sekolah berasrama Air Kuning Tapah. Sepatutnya 5 orang pelajar asli ni mendaftar namun kerana kesempitan hidup, seorang pelajar terpaksa melupakan hasrat tersebut.

Walaupun saya masih belum mempunyai anak namun hari ini saya merasai betapa peritnya kehidupan hari ini. Seorang ibu hampir-hampir tidak membenarkan anaknya mendaftar. Alasannya datuknya tak mengizinkan cucunya ke asrama. Namun kami pasti itu hanya alasan sampingan. Alasan yang utama adalah beliau hanya ada RM60 sahajadi tangan pada ketika ini. Bagaimana mahu membayar yuran persekolahan. Namun setelah dipujuk akhirnya dia akur.

Semasa membeli buku saya sempat bersembang dengan ayah tunggal yang menghantar anak kembarnya disini. Perit katanya. Bekerja 1 jam perjalanan dari rumah. Terpaksa mencuci dan memasak sebelum berehat. Juga berkira-kira sama ada mahu menghantar atau tidak anak kembarnya itu.. Tapi Alhamdulillah demi melihat anaknya berjaya dia berkorban.

itu sebahagian kehidupan masyarakat asli. Sebenarnya disekeliling kita masih ramai lagi insan-insan sebegini. Lebih2 lagi di tahun baru yang mencabar ini. Segala keperluan harian naik serentak. Tarif elektrik, minyak , gula, tol dan pastinya bakal mengundang kenaikan harga bagi barangan dan perkhidmatan lainnya. Jangan lupa GST menunggu.

Apalah nasib kita bermenterikan menteri2 yang hanya tahu menjaga periuk nasi sendiri tetapi periuk nasi rakyat ditaburkan pasir.

Saturday, December 21, 2013

Kembali Bertaut

Muktamar Pas dan pemilihan yang hangat telah hampir sebulan berlalu. Tiada lagi kempen-kempen panas atau luahan ketidakpuasan hati kedengaran. Kerana itulah akhlak islam walaupun suasana harmoni itu sedikit tercemar ketika berkempen. Apabila sudah di sepakati dan diputuskan sesuatu keputusan, wajib kita ikuti walaupun bertentangan dengan apa yg dikendaki oleh kita. Sifat wala' inilah yang akan menguatkan jemaah.

Walaupun agak sengit, namun kali ini para perwakilan bijak untuk memilih wakil mereka dalam menganggotai dan mengetuai jemaah di peringkat masing-masing. Gabungan ulama'-prefesional-aktivis kembali diperkukuhkan. Muka lama dan baru mewarnai tanzim kali ini.

Jika sebelum ini kempen-kempen yang agak menyesakkan dada ahli-ahli pas wujud terutama di ruang maya. Ia dihangatkan jagi dengan jarum-jarum musuh, namun setelah tamat muktamar ia bagai hilang begitu sahaja. Alangkah indahnya akhlak ini. Malah semua pihak tampil mempertahankan Timbalan Presiden yang ditohmah dalam isu
Mat Sabu Syiah. Suasana seperti ini pastinya kita tak akan jumpa dalam "organisasi melayu yang itu".

Mudah-mudahan ukhwah yg terbina semakin kukuh dalam mendepani massa.

Wednesday, September 18, 2013

Muktamar Pas Panas

Dari apa yg aku nampak pastinya kali ini pemilihan Ajk Pas Pusat akan menjadi panas. Bahang semakin membara.

Huh pasti panas. Belum sunyi dengan isu syiah yang terpalit pada pimpinan tertinggi, timbul pula isu islamis demokrat. Kini timbul pula isu pertembungan antara ulama dan bukan ulama. Di kipas pula dengan resolusi multaqa ulama yang telah di sensasikan oleh media.

Jika dilihat bahang ini bukan sahaja di peringkat pusat malah diperingkat pemuda, muslimat dan kawasan. Sangat menarik untuk diikuti. Tapi masalahnya aku masih terkira-kira sama ada akan hadir atau menonton ari jauh sahaja.






Tuesday, June 18, 2013

Sekitar Majlis Walimatul Urus Firdaus & Nazirah





Akhirnya Aku Bergelar Suami

Alhamdulillah, tanggal 2 Mei 2013 dengan sekali lafaz aku sah menjadi suami buat isteri tersayang, Wan Nur Nazirah Bt Mohd Akhir. Tiada apa yang dapat diucap kecuali kalimah syukur. Tidak disangka akhirnya masa itu tiba juga.

Tarikh Keramat 2 Mei 2013
Hantaran masa bertunang dulu..
Tgh berderau darah dihadapan Tol Kadi
Isteri memakaikan jam. Sweet sgt