Haha tah ape la keje aku dok rajin bertandang ke Poli petang tu. Siap dengar ceramah lagi. Tah ape tajuknye. Sempena Konvokesyen PSAS. Maybe sebab aku lari dari program jemaah kot. Liqa' kawasan di Sabar jaya. Bukan tak nak pi tapi takde kenderaan. Huh tak sanggup aku naik moto ke sabar jaya tu. orang-orang yang sabar je berjaya sampai ke sana.
Kebetulan aku menyaksikan satu pembaharuan yang aku sendiri tak pernah berjaya lakukan time berkuasa dahulu. Buat ceramah di padang ala-ala ceramah Pas. huh leh tahan sambutan walaupun aku yakin yang datang tu ramai yang terpaksa dari sukarela. Tapi tengok budak-budak macam sedikit santai.
Itu satu hal tapi aku nak cite skit sal Lakonan tahap kelakar aka senario yang berlaku malam tu. Biasa la style forum perdana, taknak malukan penceramah orang yang nak bertanya soalan dah disediakan bersama-sama soalannya. Itu perkara biasa lakonan orang kita. Tapi ni lakonan komedi lak yang dorang buat.
bermula dengan pengunguman yang mendebarkan dari pengerusi majlis sebaik je penceramah abis bagi ceramah..... "KINI TIBALAH MASA YANG DINANTI-NANTIKAN...." Wah ada ape lak ni????? memang aku ternanti-nanti..... "SESI SOALJAWAB, KEPADA SESIAPA YANG ADA SOALAN SILA KE HADAPAN.." hampeh nye pengerusi... mendebarkan betul...
Pengerusi masih menunggu... Maybe lambat sangat kot dia pi turun ke bawah pentas ke mic audiens. Adala sorang hamba Allah terhegeh-hegeh berlari dari hujung padang... "HA DIPERSILAKAN SAUDARA !@#$% BIN !@#$^%^& UNTUK BERTANYAKAN SOALAN.." huhu padahal mamat tu baru sampai ke tengah padang. Wow terernye pengerusi majlis sampai leh tau nama orang yang nak bertanya soalan.... Hee terlalu hebat lakonan tersebut sehinggakan berderai gelak ketawa penonton.
Pastu bila dah soalan pertama disoal. elok je dak tu kasi kertas soalan pada MC n nak blah. Penceramah pun cakap "KITA KUMPULKAN DULU SOALAN YE." Tetibe budak yang dah separuh jalan nak blah tu patah balik n ambik balik soalan dan meneruskan pertanyaan 2 soalan lagi.... Huhu kantoinye lakonan dorang ni.... skali lagi dibantainye gelak oleh penonton...
Nak je aku menambahkan lagi kekantoian itu dengan buat soalan tambahan. Aku dan Awi dah sedia soalan mujurlah ada sorang budak nasihatkan aku jangan malukan orang lain. Kalau tak bukan setakat pengerusi Majlis dengan penceramah sekali gelabah....
Bukan ape bagi aku program tu sebenarnya dibuat dengan ketidakikhlasan dorang. just tuk cover program-program consert sempena Konvo. So buatla sket program agama supaya mulut-mulut lect islamik ni terdiam sket.
Sudah-sudah la tu menipu. Kami bukan budak-budak lagi....
salam..ni bkn mcm cite korea,dh mcm raja lawak la plak..
ReplyDelete