Thursday, September 23, 2010

Aku Memang Respek Abis


Korang rasa kalau korang melalui situasi macam ni sape yang korang nak sangat jumpa dan cium tangan???

Dah mesti Nik Aziz kan??? dan tanpa korang sedar korang akan melulu untuk mendapatkannya dan tendang je mamat kat sebelah tu... Menyibuk je la... Tapi kenalkan korang dengan mamat yang pakai jubah lengan pendek tu???

Tu la sultan baru kelantan... Terus terang aku cakap yang aku tak pernah jumpak anak raja yang terlalu zuhud macam tu... Dulu kita selalu dengar cite Umar Al-Khattab, Umar Abdul aziz tapi kita tak pernah jumpak dorang. Kita tak leh bayang macam mana rupanya... Tapi kini contoh ada kat depan mata... korang tengok korang nilai la sendiri... hahaha

AllahuAkbar (ganti istilah Daulat Tuanku)Patik mohon maaf diatas keceluparan ini...

Semoga Allah kuatkan Islam dengan adanya Tuanku Sultan Muhammad ke-V yang memerintah...

Tuesday, September 14, 2010

Pembunuhan Kejam Iringi Persaraan Musa Hasan

Akhirnya Musa Hasan, Ketua Polis Negara merangkap Ketua Umno cawangan PDRM yang banyak membantu UMNO untuk meneruskan survivalnya terpaksa berundur setelah kontraknya tidak lagi disambung. Walaupun begitu banyak jasanya kepada umno seperti menghalang ceramah-ceramah Pakatan Rakyat, tangkapan-tangkapan para pemimpin pakatan Rakyat dan sebagainya....

Selain itu beliau juga berjaya untuk tidak menyelesaikan beberapa kes besar yang berlaku seperti pembunuhan Teoh Beng Hock,Altantuya, dan beberapa kes berprofil tinggi yang lain...

Malah pada hari persaraannya juga berlaku pembuhuhan kejam kepada jutawan kosmatik Susilawati dan 3 yang lain.. Hahaha sebenarnya itulah kejayaan Musa Hasan yang utama... Membawa ketakutan kepada rakyat. Angota polis untuk hancurkan PR bukan untuk menjaga keselamatan...

Tuanku Sultan Faris Petra

Sultan Kelantan yang baru dimasyhurkan, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra merupakan seorang raja yang berjiwa rakyat dan dekat di hati rakyat Kelantan.

Sebut sahaja kawasan pedalaman mana yang tidak pernah dilawati baginda bagi menyelami suka duka rakyat termasuk ke kampung-kampung penempatan Orang Asli di Gua Musang dan Jeli.

Sering mengenakan jubah atau berbaju "gumbang" (baju Melayu) serta berkain pelikat dan berkopiah putih ketika melawat rakyat jelata menyebabkan tiada siapa yang menyangka lelaki segak itu merupakan pewaris Kesultanan Kelantan yang baru.

Pernah satu ketika di Pantai Damat, Bachok, baginda tidak kekok duduk bersila dan mendengar kisah penderitaan seorang ibu tunggal yang uzur dan hanya bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mata baginda berkaca ketika mendengar kisah keperitan hidup Azizah Abdullah, 41, membesarkan tiga anaknya.

Membahasakan diri baginda dengan perkataan "kita" menyebabkan baginda dan rakyat seperti tidak ada jurang pemisah yang boleh merenggangkan hubungan rakyat dan raja.

Ketika di rumah Azizah, baginda yang turut menghulurkan sumbangan peribadi, juga sempat memberikan perangsang kepada tiga anak wanita itu untuk berjaya dalam pelajaran mereka.

Tuanku Muhammad Faris Petra merupakan putera sulung Sultan Kelantan sebelum ini, Tuanku Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra.

Pendidikan awal

Baginda mempunyai tiga adinda iaitu Tengku Bendahara Tengku Muhammad Faiz Petra, Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin A'Ishah Putri.

Baginda mendapat pendidikan awal di Kota Baharu dan di Kuala Lumpur dan seterusnya di Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Kajian Diplomatik di Kolej St. Cross dan Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.

Tuanku Muhammad Faris Petra diputerakan pada 6 Okt 1969 dan dianugerahkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985 dan sejak pelantikan itu baginda telah menunjukkan kecenderungan untuk mempelajari dan mendalami selok belok pentadbiran negeri.

Baginda mula menarik perhatian seluruh negara dengan liputan meluas media ketika bertitah merasmikan Perhimpunan Perpaduan Melayu sempena Maulidur Rasul 1429 Hijrah di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pada 2008.

Ketika bertitah pada majlis itu, baginda secara terbuka mengingatkan usaha penyatuan Melayu perlu diberi keutamaan yang tinggi berikutan kedudukan orang
Melayu dan Islam yang kian tercabar kerana ia boleh menjejaskan keharmonian negara.

Baginda berharap segala perbezaan pendapat dan perbelahan diketepikan melalui jalan yang bijaksana dengan perpaduan ummah harus diutamakan demi agama, bangsa dan negara sebagaimana yang diimpikan oleh semua.

Di masa lapangnya, baginda gemar membaca bagi mengikuti perkembangan semasa di dalam dan luar negara di samping meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan kejohanan kuda lasak.

Selain itu baginda juga menunjukkan minat mendalam terhadap sukan memanah, berkuda, boling serta suka memelihara haiwan kesayangan seperti kuda, kucing, ayam dan burung.

Dalam hubungan dengan rakyat, baginda ternyata mengambil berat kebajikan mereka dan kerap kali dalam diam-diam dan di luar pengetahuan media, baginda menjengah kehidupan mereka yang memerlukan pembelaan.

Komander Askar Wataniah

Baginda juga turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan dan juga aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan.

Baginda telah dilantik sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigadier Jeneral (Kehormat).

Umum juga mengetahui hubungan yang akrab baginda dengan ayahanda baginda dan kegeringan Tuanku Ismail Petra pada 14 Mei tahun lalu membuatkan baginda diselubungi kesedihan dan berasa tertekan.

Baginda pernah mengimamkan solat hajat bersama-sama rakyat jelata sebelum ini bagi memohon kesejahteraan ayahanda baginda.

Pada 24 Mei tahun lalu, Tuanku Muhammad Faris Petra telah dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan setelah ayahanda baginda mendapat rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Pelantikan itu membolehkan baginda menjalankan tugas Sultan Kelantan mengikut perenggan (b) Fasal (1) dan (3) Perkara 22A Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) yang menurut pakar perundangan mempunyai kuasa yang sama dengan Sultan mengikut Perkara 4 Fasal 1 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan dan Majlis Perajaan Negeri mengikut peruntukan tersebut.

- Bernama

Wednesday, September 8, 2010

Kurang Ajaq


Aku copy gambar ni dari blog orang. Tapi kalau betul la apa yang Orang ni (nama mcm islam) buat, ternyata terlalu keterlaluan. Dah la berjudi, bangga berjudi, promote pulak judi. Ini mmg celaka punya orang, celaka, celaka, celaka....

Pemuda Jihad Malaysia

video

Aku respek tul dengan pemuda2 yang berani ni. Kalau la kita leh anto dorang g Palestin alangkah bahgianya. Bukan sahaja berani malah begitu kreatif. Pemuda2 beginilah yang perlu kita ketengahkan...

Tapi brani bukan pada tempatnya. Andai kata keluar seruan jihad rasanya inilah orang2 yang paling awal menyorok...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Buat mak abah, kakak-kakak, adik-adik, teman-teman, para pejuang dan seluruh umat Islam, Selamat menyambut Aidil Fitri. Jadikan Syawal ini sebagai kesinambungan daripada tarbiyyah Ramadhan yang bakal berlalu. Jangan jadikan ia sebagai bulan bagi melunaskan dendam berahi. Mentang-mentang sebulan berpuasa so raya pun sebulan jugak. Malah selalu berlaku rumah terbuka Aidil fitri di bulan Zulkaedah.

Aku tak tipu. Aku lalui sendiri. Aku hadir ke rumah terbuka Aidil Fitri anjuran KUKUM sekitar 6-7 tahun lepas. Majlis di buat pada 7 Zulkaedah...

Huhu sedar2 la diri tu...

Raya ni Alhamdulillah aku akan (insyaALLAh) beraya di kampung. Tapi apa yang pasti Tahun depan bersiapla untuk beraya di pejabat. Huhuhuhu

Buat kawan-kawan yang akan bertugas raya ni, jangan nangis2. Korang umah dekat je...

Friday, September 3, 2010

Kenapa Seorang Firdaus Akan Futurr???

Futur??? Ape tu??? Futur adalah lemah setelah kuat. Maksudnya, apabila seseorang itu pernah bersemangat dan kuat dalam melaksanakan sesuatu, dan kemudian lemah, atau tidak bersemangat atau meninggalkan apa yang diperjuangkan atau kadang-kadang dipanggil juga sebagai tercicir. So kenapa seorang Firdaus akan futur???

Aku tak tahu apa nak cakap. Tapi Aku lihat ciri-ciri futur itu ada pada seorang Firdaus... Puncanya mudah, hanya kerana rasa disisihkan. Ditinggalkan bersendirian bilamana seorang firdaus memerlukan...

Seringkali aku luahkan, kita hanya melaksanakan 1 daripada 3 rukun usrah. Hanya bertaaruf tanpa sempat bertafahum apatah lagi nak bertakaful...

Bila mana rukun-rukun ini tidak dilaksanakan mana mungkin ukhwah dalam berjamaah itu akan berkekalan lama....

Buat teman-teman, kita seringkali menyalahkan ahli bilamana dia menghilangkan diri tapi kita tak pernah nampak mungkin kita yang menjadi penyebab kenapa seseorang itu menghilangkan diri. Ya kita terlalu ghairah mencari mad'u sehingga mengabaikan teman-teman yang bersama kita. Mungkin ini yang dirasai oleh kebanyakan ahli... Kita sibuk dengan tamrin, nak kejar masa tapi dalam masa yang sama kita mengabaikan apa yang ada. Kita cuba kejar apa yang belum pasti, tapi kita hampir keciciran apa yang dalam kendongan. Bila mad'u ada masalah kita hanya dengar dan tinggalkan. Bagaimana mereka ingin bersama kita...

Pernah seorang Firdaus bercerita masalahnya pada pimpinan, bukan sekali tapi banyak kali, berterus terang minta bantuan, sudah lama, tapi apa yang pimpinan lakukan??? alasan yang mudah, nak buat Tamrin Asas sehingga hilang semangat seorang Firdaus untuk bersama jemaah... Ahh bukan mudah nak membina kepercayaan seseorang tapi nak meruntuhkannya mudah sahaja, hanya dengan satu ayat.

Aku menulis kerana aku sendiri mengalaminya. Aku rindukan Sahabat-sahabat di Kukum tapi hanya aku yang terhegeh-hegeh. dorang yang 'menjerumuskan' aku dalam jemaah ini hilang entah kemana. tiada lagi tanya khabar atau berita.

Kali ini aku tak mahu seorang firdaus futur kerana kelalaian dan kesalahan daripada kita sendiri. Mohon mas'ul dan pimpinan ambil tindakan yang sepatutnya...

Bermulanya Aku Bersama DPPKL



Alhamdulillah 2 hari lepas aku telah berjaya menghadirkan diri ke program bacaan yasin dan tahalil anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Lumut (DPPKL).

Mudah-mudahan permulaan kehadiran ini menjadi titik tolak penglibatan aku terus di dalam jemaah ini. Walaupun agak terlewat daripada yang sepatutnya, tapi aku cukup bersyukur kerana masih lagi berkesempatan untuk bersama jemaah. Tapiiiii aku jugak risau dengan kerja yang aku buat sekarang. 2 shif sehari sela 16 jam. hah!!! takut2 lepas ni tak de masa untuk bersama DPPKL kerana banyak masa dihabiskan di pejabat...

Ya Allah permudahkanlah hidupku bagi bersama-sama para pejuang yang lain...