Alhamdulillah Pas kalah lagi... Ape korang ingat bila menang pilihanraya tu satu nikmat??? Mungkin itu la punca bala yang Allah nak bagi...
Ambik contoh parti sahabat yang satu tu... sejak menang macam2 yang belaku... lompat melompat tiap2 kali PRK mesti ada... Sekarang ni berudu2 baru tumbuh kaki dan akan belajar melompat sket masa lagi terutama disaat pilihan raya negeri sarawak. Tak payah cite banyak sbb korang leh bace sndr dalam surat khabar pro-UMCO.
Malah dalam Pas sndr dah ada gelora2 yang mula melanda terutama selepas menang di Perak tempoh hari.. Malah semalan time aku joint taklimat pemutihan ahli ada soalan2 yang ditimbulkan ahli bawahan mengenai Adun2 dan pemimpin kita pada Pihak Negeri... Cerita2 yang tak sedap didengar.. Bagusnya ahli pas ni dorang hanya bercerita sesama dorang.. tak sampai keluar... Wala pada pimpinan walaupun bukan itu yang dimahukan..
So adakah korang masih rasa kemenangan dalam pilihan raya tu sebagai satu permulaan kepada kemenangan Islam???
Bila kalah lak aku tengok orang kita lagi mudah terima. Takde perasaan hasad n iri hati.. masing2 akan meneruskan tugas masing2... Berjuang untuk menang.... So adakah kekalahan punca kepada kelambatann kemenangan Islam???
No comments:
Post a Comment