Tetapi itulah hakikatnya yang berlaku kepada seorang anak muda yang sangat meminati permainan farmville. Bermula dengan suka-suka akhirnya kini beliau berjaya memiliki sereban puyuh dan bakal membangunkan projek ayam gajah pula.
Ashraf Muhamad berkata kali pertama membela puyuh beliau hanya meletakkan nya di dalam almari lama yang diguna semula tetapi berbekalkan minat yang mendalam beliau dengan kerjasama kontraktor terkemuka Hj Muhamad & Son telah menyiapkan reban yang lebih sistematik dan selamat.
Walaupun pada kali pertama beliau boleh dikatakan gagal kerana banyak puyuhnya dimakan bambun, namun beliau tidak patah semangat untuk meneruskan projek tersebut. Kini beliau dalam proses untuk menambahkan lagi bilangan puyuh dan ayam gajahnya.... Dan kemungkinan besar projek ayam kampung akan menyusul...


