Ni antara petikan dari satu cerpen yang aku suka baca masa kat KUKUM dulu.. boleh baca cerpen tersebut disini.. http://ukhwah.com/article.php?sid=2617
"Susah kita sekarang. Orang
miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita.
Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini.
Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, di dunia orang tak sudi pula terima
sedekah kita, keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi.
"Kalaulah kita
hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini.
Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk
saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek
negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya....
Saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu
menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan-lahan.
Perhatikan ayat yang telah digariskan.. Masa tu aku tak terpikir langsung bahawa kerajaan akan buka tander pada rakyat untuk tujuan pembangunan negara.. Otak waras aku time tu mmg tak pernah fikir langsung tetapi hari ni Kerajaan Kelantan telah mengubah pandangan aku 100%..
Lebuhraya rakyat yang dicanangkan akan menggunakan peruntukan yang dibiayai oleh rakyat sendiri.. MasyaAllah..
Dan tak mustahil suatu hari nanti perkara yang diceritakan dalam cerpen tersebut juga akan menjadi kenyataan.. Orang miskin akan memboloti pahala redha dan sabar..
No comments:
Post a Comment