Wednesday, January 8, 2014

Kembali Berusrah

Naqib usrah malam ini..
Alhamdulillah Setelah hampir setahun menghilang, malam ini aku kembali dijemput dan diringankan oleh Allah untuk kembali ke program tunjang jamaah iaitu usrah. Satu program yang mana 1 ketika aku sendiri yang menggerakkannya. Alangkah kerdilnya diri ini bilamana roh tarbiyyah itu hilang dari diri. Terima kasih DPPKL kerana masih sudi menjemput diri ini ke majlis kalian.

Tajuk bicara malam ini adalah mukadimah buku tulisan MAZA iaitu golongan yang haram disokong. Antara kata kunci malam ini adalah "ZALIM". Jika satu masa kita dimomokkan dengan sekular iaitu memisahkan agama dengan politik, hari ini kita cuba kembali pada agama tetapi ada dikalangan kita yang cuba menggunakan agama untuk kepentingan politik dan dalam masa yang sama menggunakan agama untuk menzalimi orang lain. Contoh terbaru adalah isu Hard Rock Cafe di Putrajaya. Islam cuba ditampal bagi melindungi maksiat didalamnya. Mudah2an kita bukanlah tergolong dalam golongan tersebut.

Tarikh usrah akan datang pada 12 Februari 2014. Jangan buat2 lupa na..

1 comment:

  1. Assalamualaikum..ada tak kumpulan usrah untuk muslimat pada tahun ini..saya dapati amat sueah utk mencqri kumpulan usrah muslimat utk belajar trntang fikah,tauhid dll..
    Terima kasih..boleh whatsapss saya norolhuda desa 014 7599588

    ReplyDelete