Monday, January 12, 2015

Berlalu Tanpa Pasti

Pertama kali sejak aku di Manjung, aku tidak bercuti di hari pertama persekolahan. Jika tidak hari ini pastinya aku ke hulu ke hilir bermotosikal melawat pasti-pasti di kawasan Lumut ini. Selepas itu sibuk pula mendapatkn data, berapa pelajar yg telah mendaftar. Kemudian membuat analisa ringkas perbandingan tahun ini dan tahun yg lalu.

Tapi tahun ini berbeza sama sekali. Terasa kosong pula. Di manjung pasti lah yang menjadi penghubung aku dengan jemaah. Tidak seperti di Tanjg Malim. Bukan pula seperti di Parit Buntar.

Tapi InsyaAllah selepas ini aku akan bangkit kembali.


No comments:

Post a Comment