Monday, December 7, 2009

Muhasabah Buat Pimpinan

Hayati kisah benar ini….

Ketika kami mahu pulang daripada kenduri seorang pimpinan Pas cawangan, Pak Imam telah bertanya kepada tuan rumah,

“Yang lain (pimpinan) tak datang ke?”

Menyampuk salah seorang rakan (jiran) yang ada bersama kami,

“Tak datang pun. Lain kali tak payah jemputlah, kalau jemput pun bukan pernah datang, haha (ketawa) Gurau ja.”

Apa yang kita dapati daripada perbualan ini?

Mungkin itu hanyalah gurauan tetapi itulah sebenarnya luahan hati ahli bawahan yang disampaikan secara spontan kepada kami. Mungkin dirasakan terlalu kasar beliau telah meng’cover’ dengan menyatakan bahawa itu hanyalah satu gurauan. Dan saya yang berada disitu berasa terlalu pedih dengan kata-kata tersebut dan menginsafi segala kekurangan yang ada pada kami. Pak Imam yang mewakili kawasan terdiam tak berkata apa-apa.

Komen Pak Imam dalam perjalanan pulang, “orang melayu ni bukan susah nak ambik hati dia, orang jemput kenduri kita pi, tolong bacakan doa, kalau kematian kita jengok, kalau ada masalah kita bersama mereka walaupun tak dapat membantu. Lama-lama depa hormat kita. Baru orang nak undi. Jangan nanti dah bubar Dun baru kita nak jengok orang ramai. Masa tu kita jadi macam orang tak malu. Orang tak jemput kenduri pun kita pi. Orang pun dah tau datang sebab nak suruh undi. Mana orang nak undi”

Pak imam turut menceritakan kisah seorang calon di Kedah sana yang datang ke rumah kakaknya untuk meraih undi dan dijawab oleh kakaknya apabila memberitahu dia adalah calon di kawasan tersebut.
“ooo macam tu ka, hang ni adik aku tapi pasai apa baru la ni hang nak mai rumah aku.”

Ya mungkin pimpinan kita kini tak ada yang sampai jadi seperti itu, tetapi tuan-tuan harus ingat, masih ramai lagi anak-anak buah anda di cawangan-cawangan yang masih tidak mengenali anda. Bagaimana mereka ingin memenangkan anda sedangkan anda hanya menjengok mereka di saat hampir bubar Dun, sama seperti yang di lakukan oleh orang-orang di seberang Sana.

Jangan berikan alasan kesibukan membuatkan anda tidak dapat meluangkan masa bersama ahli bawahan kerana bukan alas an yang mereka inginkan. Jika tak mampu memegang amanah mengapa anda harus menawarkan diri untuk dicalonkan. Ubahlah sikap demi Islam dan ubahlah sikap demi parti yang cuba memperjuangkan Islam.

Tulisan ini di buat kerana kami hormat pada Pimpinan kami dan tak mahu fitnah menimpa pada agama dan parti yang kami sayangi.

Tuesday, December 1, 2009

FAMILY REUNION

Bukan mudah kami nak berkumpul macam ni. Selalunya pasti ada yang tidak dapat bersama terutamanya 2 orang abang ipar aku yang pekerja dengan PLUS. Tapi kali ni Alhamdulillah kami semua dapat berkumpul sempena hari Raya Aidiladha tahun 1430 ini.

Dan apa yang pasti pertemuan ini lebih bermakna dengan beberapa aktiviti yang dilakukan bersama. Dari raya pertama hingga ke tiga penuh aktiviti bersama keluarga. Bermula dengan aktiviti korban, bakar sate, runtuhkan rumah arwah atok hinggalah program santai mandi.

Anak sedara aku teruja dengan lembu korban


Aktiviti mencucuk sate. Cucuk bang jangan tak cucuk….


Bangga dengan resepi dia… Ashraf Sate Kuala…


Rumah Arwah Atuk aku sebelum menjadi mangsa vendalisme


Kaki runtuh rumah memulakan operasi… Kalah along Bukit Beruntung… (yang tu bukan Along tapi Abang Long)


Bahagian dapur dah settle. Kita serang ruang tengah pulak.


Bahagian tengah pun dah nak settle ni…


Yang depan budak-budak yang belakang bapak budak….


Anak-anak aku sedang gembira main air. Macam tak penah jumpa air je…

Falsafah Korban: Jangan Hanya Raya Korban

Hari Raya Aidil Adha Atau lebih glamor dengan sebutan Hari raya korban atau hari raya haji baru sahaja berlalu. Namun begitu diharap semangat korban yang hadir bersamanya masih tetap utuh di hati setiap muslim. Jangan hanya ketika 10-13 Dzulhijjah sahaja semangat memperkatakan pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail, selepas itu ceroi sebab banyak sangat makan daging korban. Jangan berada di dalam mode raya lama sangat kerana setiap perjuangan memerlukan pengorbanan. Lagi-lagi di hujung tahun ini. Dan pastinya apabila masuk ke tahun baru suasana akan menjadi lebih sibuk.

Dalam kita sedang mengira detik pembubaran DUN yang entah bila, kita perlu sentiasa bersedia dari setiap sudut baik persediaan strategi, kewangan dan apa sahaja kerana sama ada seluruh DUN Perak mahupun hanya 3 DUN yang akan terbubar Parlimen Tanjung Malim pasti akan menjadi tumpuan. Ia akibat PENGKHINATAN yang bermula dari Dun Behrang yang merupakan salah satu dun dalam parlimen ini.

Dan apabila situasi ini berlaku, pastinya pengorbanan dan ketaatan seperti mana yang dikuliahkan ketika hari raya ini dituntut untuk dilaksanakan oleh setiap nyawa yang cintakan keadilan. So bersedialah wahai teman ke arah itu…..

“Ya Allah andaikata kemenangan itu hadir tanpa penglibatanku, sesungguhnya aku malu untuk meraikannya, tetapi jika kegagalan yang datang menemui pastinya aku akan menyesal kerana tidak menyumbangkan tenaga yang ada dalam perjuangan ini.”

Thursday, November 26, 2009

Tuesday, November 24, 2009

SPR gagal tangguh perintah kosongkan Kota Siputeh



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan keputusan mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah minggu lalu.
Suruhanjaya itu bagaimanapun akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung penolakan penangguhan tersebut.

Isnin lalu, hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Dalam keputusannya, hakim menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

"Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," katanya dalam penghakimannya.

"Pada pandangan saya, Perkara 51 menjelaskan syarat yang menyebabkan kerusi menjadi kosong dan responden pertama (Abu Hassan) telah menepati syarat tersebut," kata hakim itu lagi ketika membenarkan semakan kehakiman yang difailkan oleh Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

Speaker DUN itu memfailkan semakan berkenaan pada 1 Oktober, selepas SPR membuat keputusan bahawa tidak berlaku kekosongan dalam kerusi DUN Kota Siputeh dan Abu Hassan masih merupakan wakil rakyatnya.

Abdul Isa memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Abu Hassan bukanlah wakil rakyat berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini, dan kerusi itu adalah kosong.

Dalam permohonannya, Abdul Isa turut memohon perintah bagi SPR mengadakan pilihan raya kecil.

Monday, November 16, 2009

Thursday, November 12, 2009

Ustaz Khalil Ajar Berkenaan Handphone


Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN

- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI

- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI

- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI

- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya