Wednesday, September 8, 2010

Pemuda Jihad Malaysia



Aku respek tul dengan pemuda2 yang berani ni. Kalau la kita leh anto dorang g Palestin alangkah bahgianya. Bukan sahaja berani malah begitu kreatif. Pemuda2 beginilah yang perlu kita ketengahkan...

Tapi brani bukan pada tempatnya. Andai kata keluar seruan jihad rasanya inilah orang2 yang paling awal menyorok...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Buat mak abah, kakak-kakak, adik-adik, teman-teman, para pejuang dan seluruh umat Islam, Selamat menyambut Aidil Fitri. Jadikan Syawal ini sebagai kesinambungan daripada tarbiyyah Ramadhan yang bakal berlalu. Jangan jadikan ia sebagai bulan bagi melunaskan dendam berahi. Mentang-mentang sebulan berpuasa so raya pun sebulan jugak. Malah selalu berlaku rumah terbuka Aidil fitri di bulan Zulkaedah.

Aku tak tipu. Aku lalui sendiri. Aku hadir ke rumah terbuka Aidil Fitri anjuran KUKUM sekitar 6-7 tahun lepas. Majlis di buat pada 7 Zulkaedah...

Huhu sedar2 la diri tu...

Raya ni Alhamdulillah aku akan (insyaALLAh) beraya di kampung. Tapi apa yang pasti Tahun depan bersiapla untuk beraya di pejabat. Huhuhuhu

Buat kawan-kawan yang akan bertugas raya ni, jangan nangis2. Korang umah dekat je...

Friday, September 3, 2010

Kenapa Seorang Firdaus Akan Futurr???

Futur??? Ape tu??? Futur adalah lemah setelah kuat. Maksudnya, apabila seseorang itu pernah bersemangat dan kuat dalam melaksanakan sesuatu, dan kemudian lemah, atau tidak bersemangat atau meninggalkan apa yang diperjuangkan atau kadang-kadang dipanggil juga sebagai tercicir. So kenapa seorang Firdaus akan futur???

Aku tak tahu apa nak cakap. Tapi Aku lihat ciri-ciri futur itu ada pada seorang Firdaus... Puncanya mudah, hanya kerana rasa disisihkan. Ditinggalkan bersendirian bilamana seorang firdaus memerlukan...

Seringkali aku luahkan, kita hanya melaksanakan 1 daripada 3 rukun usrah. Hanya bertaaruf tanpa sempat bertafahum apatah lagi nak bertakaful...

Bila mana rukun-rukun ini tidak dilaksanakan mana mungkin ukhwah dalam berjamaah itu akan berkekalan lama....

Buat teman-teman, kita seringkali menyalahkan ahli bilamana dia menghilangkan diri tapi kita tak pernah nampak mungkin kita yang menjadi penyebab kenapa seseorang itu menghilangkan diri. Ya kita terlalu ghairah mencari mad'u sehingga mengabaikan teman-teman yang bersama kita. Mungkin ini yang dirasai oleh kebanyakan ahli... Kita sibuk dengan tamrin, nak kejar masa tapi dalam masa yang sama kita mengabaikan apa yang ada. Kita cuba kejar apa yang belum pasti, tapi kita hampir keciciran apa yang dalam kendongan. Bila mad'u ada masalah kita hanya dengar dan tinggalkan. Bagaimana mereka ingin bersama kita...

Pernah seorang Firdaus bercerita masalahnya pada pimpinan, bukan sekali tapi banyak kali, berterus terang minta bantuan, sudah lama, tapi apa yang pimpinan lakukan??? alasan yang mudah, nak buat Tamrin Asas sehingga hilang semangat seorang Firdaus untuk bersama jemaah... Ahh bukan mudah nak membina kepercayaan seseorang tapi nak meruntuhkannya mudah sahaja, hanya dengan satu ayat.

Aku menulis kerana aku sendiri mengalaminya. Aku rindukan Sahabat-sahabat di Kukum tapi hanya aku yang terhegeh-hegeh. dorang yang 'menjerumuskan' aku dalam jemaah ini hilang entah kemana. tiada lagi tanya khabar atau berita.

Kali ini aku tak mahu seorang firdaus futur kerana kelalaian dan kesalahan daripada kita sendiri. Mohon mas'ul dan pimpinan ambil tindakan yang sepatutnya...

Bermulanya Aku Bersama DPPKL



Alhamdulillah 2 hari lepas aku telah berjaya menghadirkan diri ke program bacaan yasin dan tahalil anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Lumut (DPPKL).

Mudah-mudahan permulaan kehadiran ini menjadi titik tolak penglibatan aku terus di dalam jemaah ini. Walaupun agak terlewat daripada yang sepatutnya, tapi aku cukup bersyukur kerana masih lagi berkesempatan untuk bersama jemaah. Tapiiiii aku jugak risau dengan kerja yang aku buat sekarang. 2 shif sehari sela 16 jam. hah!!! takut2 lepas ni tak de masa untuk bersama DPPKL kerana banyak masa dihabiskan di pejabat...

Ya Allah permudahkanlah hidupku bagi bersama-sama para pejuang yang lain...

Tuesday, August 31, 2010

Haram Jadah Punya Kerja


Tindakan cybertrooper Umno yang menggunakan nama "PAS Beruk" mencipta dan menyebarkan gambar super impose yang kononnya Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam dengan tagline "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP??" adalah keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama.

Walhal gambar sebenar adalah menunjukan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sedang menyembelih lembu korban untuk rakyat.


Ini kerja celaka. CELAKA! CELAKA! CELAKA! Aku ulangi sekali lagi CELAKA!
Tengokla kerja2 jahat insan2 yang cuba mencetuskan ketegangan kaum. Oooo dah nak jatuh kalah main isu perkauman.. Ello bro skrg ni pengundi bukan macam zaman sebelum merdeka. Sekali hampa buat macam ni seribu kali Allah akan membalas kejahatan korang..

Ape Cerr Bro??? Mane Mufti????

Gambar 1

Gambar 2

Ape beza antara dua gambar ni???

1 muslim n yang satu lagi non muslim

So ape yang aku nak tulis ni???

Bila yang non muslim masuk ke surau bagi ucapan tanpa memakai tudung heboh satu negara. Mufti, tok alim alamak (umno)terkejut lalu melatah. Macam-macam pendapat keluar. Yang bukan ulama dalam umno pulak lebih2 macam dorang lagi power daripada ustad2 dorang.

Tapi bila yang muslim jugak bagi ucapan dalam surau tanpa menutup aurat malah ramai lagi pendengarnya yang menayangkan segala urat, terdiam semua mufti dan alim alamak tersebut. Mungkin tergamam ataupun isu dah terpelanting ke batang hidung sendiri.

Cuba korang pikir la guna pale otak antara muslim yang tak tutup aurat dan non muslim yang tak tutup aurat yang mana lagi teruk??? Kalau orang kampung mungkin la taktau tapi yang baca blog ni sme ada ilmu punya orang...

Friday, August 20, 2010

Ape Punya Bodoh La...

MARI KITA KETAWA KAN GEROMBOLAN YANG BUKAN SAHAJA BODOH - MENGEJA PUN TAK TAHU



nota:
nak tunjuk alim pandai cakap arab minta lah bantuan

- bukan ahlan wah sahlam TAPI ahlan wa sahlan

- bukan bulan ramadahan atau ramadzan TAPI bulan ramadan

- bukan murabak tapi mubarak

nak senang lagi guna bahasa melayu orang melayu panggil bulan ini bulan puasa senang saje

jangan tunjukkan bangang pada orang ramai kalau bangang simpan baik baik jadikan harta pusaka sendiri.