Friday, April 8, 2011

Kenali Calon Pas di Sarawak

Calon-calon PAS yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011

N22 SEBUYAU

Haji Adam bin Ahid, 62, seorang anak watan DUN Sebuyau merupakan Pesuruhjaya PAS Sarawak dan aktivis sepenuh masa untuk party'sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak.

Di sini, Adam merupakan pemimpin yang dikenali ramai dan bergaul mesra dengan penduduk Cina and Iban. Dalam pilihanraya negeri Sarawak kali ini, Adam berdepan dengan perlawanan tiga penjuru berdepand dengan penyandang DUN Sebuyau, Julaihi Narawi (BN-PBB) and Ali bin Semsu, seorang calon bebas.

Pada tahun 2006, Sebuyau yang terletak di dalam kawasan parlimen Batang Lupar menyaksikan perlawanan satu lawan satu antara Julaihi dan calon PKR, Mohamed Akek.

Julaihi yang memperolehi 3,748 undi menewaskan Akek, 1,300 undi dengan majoriti 2,448undi.

Statistik Pengundi Sebuyau:
Jumlah Pengundi: 8,042
Malay/Melanau: 64.26%
Chinese: 3.85%
Iban: 31.77%
Bidayuh: 0.11%


N24 BETING MARO

Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus seorang peguam berasal dari Sibu, sudahpun berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Ahmad, anak ketiga daripada tujuh adik beradik ialah seorang graduan Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau kini juga merupakan penasihat undang-undang untuk PAS Sarawak.

Di Beting Maro, Ahmad akan berentap satu-lawan-satu menghadapi Razali Gapor dari BN-PBB.

Pada tahun 2006, Bolhassan Di @Ahmad, calon BN-PBB menewaskan calon PAS, Alem Din dengan mendapat 2,796 undi berbanding 1,901 undi.

Statistik Pengundi Beting Maro:
Jumlah Pengundi: 7,868
Malay/Melanau: 90.42%
Chinese: 1.47%
Iban: 8.11%


N20 SADONG JAYA

Di DUN ini, PAS sekali lagi mempertaruhkan seorang pemuda hebat, Abang Eddy Alyanni bin Abang Fauzi, 34 yang merupakan calon tunggal PAS pada pilihanraya umum 2008 yang lalu bertanding di Parlimen Batang Lupar, namun tewas di tangan calon BN-PBB, Rohani Abdul Karim.

Ketika ini, Eddy juga berkhidmat sebagai Ketua Pemuda PAS Sarawak dan Pengarah Pasti di Bumi Kenyalang ini.

Pada pilihanraya negeri ke sepuluh ini, Eddy akan berdepan dalam perlawanan tiga penjuru, berdepan dengan Aidel Lariwoo (BN-PBB) and Mahayudin Wahab, calon bebas.

Dalam PRN 2006, calon BN-PBB Wan Wahab Wan Sanusi dari BN-PBB menewaskan calon PKR, Plee Ling dengan majoriti 858 dengan mendapat 2,715 undi berbanding 1,857 undi yang diperoleh oleh Plee.

Statistik Pengundi Sadong Jaya:
Jumlah Pengundi: 7,656
Malay/Melanau: 82.84%
Chinese: 7.64%
Iban: 9.42%
Orang Ulu: 0.01%
Others: 0.09%


N15 MUARA TUANG

Noraini Hamzah, 49 berasal dari Kelantan sudah menetap di Sarawak untuk tiga dekad yang lalu selepas perkahwinannya dengan seorang anak watan Muara Tuang. Seorang ahli perniagaan, suri rumah separa masa dan sebagai seorang aktivis parti dengan baik.

Noraini merupakan bekas Ketua Penerangan PKR Sarawak sebelum beliau membuat keputusan untuk bersama PAS untuk meneruskan perjuangan rakyat. Beliau telah berkahwin dan dikurniakan dua orang anak.

Untuk pilihanraya negeri Sarawak kali ini, Noraini akan menghadapi adik Ketua Menteri Sarawak, Ali Mahmud (BN-PBB) yang juga merupakan penyandang kepada DUN ini.
Pada 2006, Ali menang di DUN dengan mendapat 7.863 undi menewaskan calon PKR, Abang Ibrahim Abang Othman (1,536 undi) and calon bebas, Jong Nyuk Chan (415 undi).

Statistik Pengundi Muara Tuang:
Jumlah Pengundi: 18,820
Malay/Melanau: 52.65%
Chinese: 15.63%
Iban: 18.85%
Bidayuh: 11.45%
Others: 0.42%


N03 TANJONG DATU

Nani Sahari diberi kepercayaan oleh PAS untuk merampas kerusi DUN Tanjong Datu daripada penyandang kerusi ini, Adenan Satem daripada BN-PBB.

Nani, 42 berasal daripada Kampung Pula, Petrajaya, Sarawak merupakan seorang graduan UiTM pada tahun 1993.

Nani yang sekarangnya bertugas sebagai seorang pembantu klinik di Sarawak merupakan bekas Ketua Wanita PKR Sarawak pada tahun 2009 sebelum menyertai PAS tahun lalu.

Di DUN ini, Nani akan menghadapi satu lagi pertanding tiga penjuru berdepan dengan penyandang kerusi, Adenan and calon bebas, Gilbert Asson Kulong.

Pada tahun 2006, Adenan menang kerusi ini dengan mendapat 4,545 undi menewaskan Sobey Daud, PKR (409) dan Larry Dominic Linang, Bebas (357).

Statistik Pengundi Tanjong Datu:
Jumlah Pengundi: 7,936
Malay/Melanau: 53.06%
Chinese: 19.63%
Iban: 17.34%
Bidayuh: 9.97%

Wednesday, April 6, 2011

Ronda-Ronda KL

Huh dah buang tebiat agaknya. Takde keje dah la tu.. Alhamdulillah sempat aku g jalan2 kat KL n sekitar Putrajaya. Saje suka2. Tapi sempat la dating ngan Rozi n Raudhah kat Putrajaya tu… Pastu aku lepak usha belon udara kat tasik putrajaya tu… malam sebelum tu pulak lepak kat Dataran Merdeka. 1 tempat yang tak pernah aku pikir tuk jadikan tempat lepak hahaha…




Gambar time tengok belon


Lepak2 kat Dataran

3 AGM Dewan Pemuda

Alhamdulillah, banyak Dewan Pemuda Pas kawasan2 telah siap mengadakan mesyuarat agung masing2. Dan secara kebetulan ketiga-tiga dewan pemuda yang aku penah joint iaitu Parit Buntar, Tanjung Malim dan kini Lumut mengadakan AGM pada hari yang sama. So nak taknak terpaksa la aku buat keputusan… Hati ni nak sangat2 pi ke Tanjung Malim, tapi aku masih adalah ahli di cawangan Parit Abu Samah di dalam Kawasan Parit Buntar pada masa yang sama aku bekerja dalan kawasan Lumut…

Haha dan keputusan akhir yang aku buat adalah joint dengan kawasan Lumut yang mana aku masih tak berapa aktif disini… Jadi pas ni terpaksa la aku aktif2 kan diri disini.. AGM ari tu sebagai tapak je sebenarnya untuk aku lebih aktif di sini… Segala pengalaman bersama Parit Buntar dan Tanjung Malim akan aku curahkan disini..

Dan secara kebetulan pulak ketiga-tiga kawasan telah mendapat ketua baru. Parit Buntar, Dr Mahyudin mengantikan Cikgu Azmi, Abg Junaidin mengantikan lawyer Aminuddin yang sampai umur bersara wajib di Tanjung Malim manakala Ustaz Badrul mengetuai Pemuda Lumut setelah memangku jawatan tersebut hamper setahun. Tahniah dan takziah buat yang dilantik..
Ape2 pun selamat maju jaya kepada semua. Jangan lupa pimpinan kali ini merupakan pimpinan yang akan menerajui PRU yang ke13 di tempat masing-masing.

Ucapan perasmian Oleh Ustaz Aidil

Ketu pemuda baru Ustaz Bad memberi ucapan

AJK DPPKL yang baru

Antara perwakilan DPPKL yang hadir

Wednesday, March 23, 2011

Musibah Apakah Ini???

Aku sedar 1 perkara. Apa yang aku impikan itulah yang selalu aku tak dapat...

Minggu lepas baru je aku berabis RM.... untuk repair enjin moto yang meletup dan bocor time atas hiway yang mana time tu aku tengah berkira2 berapa ringgit yang aku boleh claim nanti (g kursus)... serta merta aku terpaksa keluar duit dan bukannya dapat duit...

sekadar gambar hiasan.. Gambar enjin moto aku yang belubang

Time tu jugak aku sedang dalam keadaan takjub dan ujub sebab moto aku dalam keadaan yang terbaik aku rasa dan serta merta jugak aku terpaksa menolak hampir 1 km moto tersebut...

Baru aku nak simpan duit beli keta n ambik lesen dan time tu jugak datang surat saman PTPTN... kopak lagi duit simpanan aku...

Bilamana aku planning tuk gaji aku time tu jugak dapat surat aku takleh potong gaji RM100 tuk PTPTN. Bila rujuk PTPTN rupanya dia nak suruh potong RM250...

Adoi nape apa yang aku rancang tak menjadi tapi cash Allah bagi musibah yang langsung aku tak fikir??? Tapi bila fikir balik banyak jugak hikmahnya...aku da nampak... Korang nampak ke???

Sunday, February 27, 2011

Yahhooo!!! Leman Keluar Akhirnya...

Yes... Saat yang aku tunggu2... Keluar akhirnya...

Tak paham aku... apesal leman yang tak lawak leh bertahan lama dalam Raja lawak 5... Dapat tinggi lak tu tempat pertama... buah cempelak takkan selamanya diluar pagar.. lambat laun dalam perut jugak... hahaha the latest leman pergi jugak akhirnya hahaha...

Aku siap berniat lagi kalau ada undi keluar aku akan sumbangkan 1 undi untuk pastikan leman keluar awal... tapi dah takde nak wat camne... hahahaha

Ape2 pun tahniah buat pengundi yang tak mengundi leman hahaha

Sunday, February 20, 2011

Orang Berjuang Tapi Aku???

Hanya memerhati dari jauh...

Ini bukan aku yang dulu...
Alangkah rawan hati ni bila kawan2 di medan juang aku jaug tertinggal di belakang...

Parit Buntar ajak... Tanjung Malim ajak... Kawasan lumut pun ajak...

Tapi aku hanya tunggu di ofis buat kerja yang entah bila akan habis...

Bukan taknak pergi tapi takde cuti... Aku kerja hari sabtu dan ahad dan tak ada penganti yang nak gantikan aku... Tak boleh tinggalkan membe yang kalau aku pi dia terpaksa kerja 5 shift (darab 8 jam) direct... bayang la...

Hanya gambar2 yang jadi tatapan...

Aku cilok ganbar ni dari batu gajah mari...



Wednesday, February 16, 2011

Tahniah Pro-M UIAM


Tahniah buat kwn2 Pro-M UIAM yang dah menang 13 daripada 26 kerusi yang dipertandingkan. makna nya dan 1/2 kerusi berada dalam tangan.. Kalau tahun lalu just dapat 17 kerusi mudah2an kali ni dapat jumlah yang lagi besar...

Kerusi yang dah menang...

Kuliah kejuruteraan (Gombak) - 2
Kuliah teknologi maklumat (Gombak) - 2
kuliah alam bina (Gombak) - 2
kuliah sains(Kuantan) - 2
Kuliah farmasi (Kuantan) - 2
Kuliah perubatan (kuantan) - 2
Kuliah pergigian (kuantan) - 1

Esok pulak penamaan calon bagi Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor.

Harap2 ada berita gembira lagi tuk esok..