Friday, July 2, 2010

Hepi Besday To U Bro


Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu....
Allah selamatkan hidup kamu....
Allah selamatkan kamu...

Buat adik Zulkarnain Bin Abdullah Zawawi...
Semoga hidupmu sentiasa di bawah sinaran rahmat Allah...

Oooo dan 24 ek sekarang...
Dah tue hahaha...
Ske la adik afi tu... dia muda lagi... kita dah tua...
Emm ape2 pun semakin hari memang semakin tua kita ni... tak penah ada sorang pun dalam dunia ni setelah berlalu masa meninggalkan dia semakin muda jadinya...

Gunakan setiap ruang waktu yang masih tinggal untuk beribadah kepada Allah...

Hahaha macam baik sangat je ingatkan orang tapi itulah hakikatnya... walaupun kita ni jahat tak semestinya kita tak boleh saling nasihat-menasihati... mudah-mudahan nasihat ni abang yang akan laksanakan dahulu... yela awak tu lagi tua dari adik zul...

HEPI BESDAY TO YOU MY BROTHER.........

Mari Mari... Pekena Roti Tisu Special

Bila tengok budak ni makan roti tisu yang besar bangat tu tetibe je aku rasa macam ngidam pulak...

Haha tu la roti tisu special yang aku makan kar Restoren kayu Nasi kandar kat Subang Jaya. Aus la yang beria-ria nak bawak aku makan kat situ... Time gambar ni diambil aku dah datang tuk kali ke dua dengan Aus dan zul...

Memang tak boleh dinafikan, memang sedap... ada madu, gula dan susu... hahaha kalau makan berdua mmg la tak abis...Aus dah siap ketagih lagi.. Asek nak roti tisu je... Harga leh tahan la. RM 6.80... Yang pasti mmg puas hati.

Hahaha saje je nak nyusahkan pakcik tu hantar makanan yang besar-besar

Tiga tray tu... Panjang tak panjang???

Tuesday, June 29, 2010

Awak Jom Kawin

"Awak jom kawin." ringkas je sms yang aku terima tapi membuatkan aku gelisah tak tentu arah... Emm yap aku akui aku gembira dapat tawaran dan ajakan macam tu, malah dari girl yang mmg aku ske. tapi aku kena fikir panjang. Ekonomi aku tak kukuh macammana nak sara anak dara orang...

2 hari lepas, wahida lak msg tanya nak tak kenal dengan sorang muslimat. Dia nak kenalkan... Huhu ya Allah banyak la pulak tawaran datang... Macam mana aku nak buat ni... Nak terima ke tak??? tapi yang pasti aku kena cari keje yang tetap dulu... kalau idup ni leh stakat makan pasir goreng hari-hari takpe la jugak...

Smalan tetibe pinggang aku sakit sangat2. 3 orang adik jr cakap benda yang sama walaupun pada masa yang berbeza... "Abang ni nak kene kawin ni baru leh sembuh..." Betul ke macam tu???? hahahaha........

Monday, June 28, 2010

Keluarga Bahagia

Wah wah bukan main bahagia lagi keluarga ni. Penyayang sungguh. Dari Bapak, mak ke anak mmg suka berpeluk peluk...

Najib peluk kucing...


Bini peluk .....


Anak lak peluk.....

Sunday, June 27, 2010

Kisah Kucing Najib


Aku pun pelik bila Mahfuz cite sal kucing Najib... yela aku bukan ada TV nak tengok... Bukak tenet lak jarang-jarang, surat khabar boikot... Rupa-rupanya mmg betoi pun Najib mintak pendapat rakyat tuk bagi nama kicin tu... hahaha tapi idea Najib meminta rakyat menamakan kucing parsi tu telah menjadi bahan gurauan dan jenaka ramai pihak.

Apa pun, korang bacalah sendiri di bawah..

Blog Sinarhairan:

Apahal Najib? Lancarkan kempen beli barangan Malaysia dan berkesempatan membeli beberapa barangan peribadi dan antaranya ialah pembelian seekor anak kucing Parsi berbulu jingga dan putih tanpa dirancang. Dulu suruh rakyat rancang perbelanjaan.

Datuk Seri Najib Tun Razak mengalu-alukan cadangan nama bagi anak kucing Parsi yang dibelinya kelmarindi laman blog 1 Malaysia. Sinar Hairan cadangkan Najib namakan anak kucing Parsi kerakyatan Malaysia dengan nama Rosmoh saja

Blog Jamil Kucing (Seorang bloggger pencinta haiwan khususnya kucing)

Lagi satu melayu. pilih bulu. sanggup beli kucing parsi. cuba kalau ambil kucing merempat bagi dekat dia ,ingat dia nak umumkan di akhbar,nak minta orang bagi nama. tapi pasal kucing parsi.maka melalak mendengar seluruh malaysia. betul ke sayangkan si kecil .kalau betul ada perasaan sayang pada kucing permohonan saya untuk membuka tempat menyelamatkan kucing-kucing terbiar pasti mendapat perhatian. ini kalaus etakat melalak macam anjing je buat apa. sayang si kecil konon.adeiiii poodahhhhhhhhhhhhhh


Blog Al-Brangi:

Saya ada beli seekor kucing Parsi betina yang sangat cantik, mempunyai sepasang mata galak yang biru menawan untuk dikahwinkan dengan al-Jantani. Bulunya sangat gebu dan putih melepak, menarik setiap mata memandang......menjadi rebutan si kucing-kucing jantan lain.

Saya bertanyakan kawan-kawan akan nama yang sesuai untuk dipadankan dengan kecantikannya serta sesuai dengan nama pasangannya al-Jantani.

Ada yang mencadang al-Wan-Malazinya......ada yang syorkan al-Betinanya......ada yang rekomen al-Umconya.....ada yang beri al-Fulusnya......al-Feldanya......al-Darbynya...... al-Autarnya.....al-Habislonya......al-Sibunya......al-Samynya......al-Soileknya......al-VeeCeeDeenya

Namun satu pun tak berkenan di hati......sehinggalah satu petang datang seorang tua yang mengusulkan nama al-Nantunya yang membawa maksud itulah kucing si'menantu'nya.

Maka di hari perkahwinannya kucing itu, orang tua itu mengisytiharkan Kucing Istimewa itu diberi nama Al-Nantunya.....Maka sehingga saat ini, kucing al-Nantunya menjadi popular amat.....meniti dari bibir ke bibir akan pujiannya.

Blog Biagpila:

DEY MACHA!!! PELIK BIN AJAIB APABILA SEORANG PM YANG BELIKAN KUCING PARSI UNTUK ANAK DIA,MINTA RAKYAT TOLONG BAGI NAMA KAT ANAK KUCING TU...KAH!KAH!KAH!
INIKAH TANDA-TANDA KECIL PRU 13 TELAH HAMPIR?
APABILA SEMUA MEDIA PENGAMPU MEMULAKAN KERJA MENGAMPU,MAKA KAKI AMPU PULAK AKAN BIKIN PERADUAN MENAMAKAN ANAK KUCING PARSI...KAH!KAH!KAH!
APA-APA PUN TOLONG KASI NAMA KAT ANAK KUCING TU.TAKDAK NAMA MACAMANA NAK DAFTAR SEBAGAI PEMILIH DENGAN SPR? PILIHANRAYA DAH DEKAT NI BAI.....KAH!KAH!KAH!!!

Alamak UMNO Ada Kelulusan???


Hebat betul Alamak-alamak (baca ulama') dalam Umno ni. Semuanya hebat-hebat.. Ada Kelulusan sekurang-kurangnya Sarjana dan PhD dalam atau luar negara... hahaha

Sebenarnya siapa yang mengiktiraf ulama ni???

Adakah ilmu di dada atau kertas-kertas sijil dan Phd yang diterima??

Berapa ramai yang lulus periksa sebab meniru dan menipu dalam peperiksaan??? berapa ramai yang lulus peperiksaan sebab bagi rasuah pada lecturer... hahaha tuan-tuan fikir dan jawab sendiri...

Alamak UMNO: Mana Arah Tuju?

Jumaat lalu 40 Alamak (baca ulama') muda telah menyertai UMNO.Wah wah bukan main seronok lagi ye masuk surat khabar muka depan.Bukan main lagi diangkat seperti juara piala dunia oleh akhbar perdana... Tapi sedarkah anda sebenarnya dimanakah kedudukan mereka di dalam UMNO???

Hanya sekadar di tepi-tepi tong sampah... Alamak di dalam umno saling tak tumpah seperti pelacur tua... Dibelai bila diperlukan di terajang bila tidak diperlukan....

Hahaha hari ini 40 Alamak muda tersebut boleh tersenyum tapi lihatlah dimana mereka berada pada bulan hadapan... mungkin ustaz Nakaie boleh jawab. Tak pun tanyak la pada Pirdaus juara tendang kerusi. masa perlu bukan main angkat tinggi melangit. Bila dah tak berguna pandang pun tidak...

Ataupun mungkin leh tanya Masitah macam mana dia boleh lagi dok dalam kabinet/almari UMNO. Jawabannya mudah, selalulah merepek meroyan tentang islam... Ada akal di kepala tapi guna kepala lutut tuk berfikir... Haruskan melacur ketika darurat, harumkan nama negara lebih penting dari solat dan terbaru bersekongkol dengan judi... Inilah peranan Alamak dalam UMNO...

Tuk 40 Alamak muda, fikir-fikirkan lah..