Wednesday, March 23, 2011

Musibah Apakah Ini???

Aku sedar 1 perkara. Apa yang aku impikan itulah yang selalu aku tak dapat...

Minggu lepas baru je aku berabis RM.... untuk repair enjin moto yang meletup dan bocor time atas hiway yang mana time tu aku tengah berkira2 berapa ringgit yang aku boleh claim nanti (g kursus)... serta merta aku terpaksa keluar duit dan bukannya dapat duit...

sekadar gambar hiasan.. Gambar enjin moto aku yang belubang

Time tu jugak aku sedang dalam keadaan takjub dan ujub sebab moto aku dalam keadaan yang terbaik aku rasa dan serta merta jugak aku terpaksa menolak hampir 1 km moto tersebut...

Baru aku nak simpan duit beli keta n ambik lesen dan time tu jugak datang surat saman PTPTN... kopak lagi duit simpanan aku...

Bilamana aku planning tuk gaji aku time tu jugak dapat surat aku takleh potong gaji RM100 tuk PTPTN. Bila rujuk PTPTN rupanya dia nak suruh potong RM250...

Adoi nape apa yang aku rancang tak menjadi tapi cash Allah bagi musibah yang langsung aku tak fikir??? Tapi bila fikir balik banyak jugak hikmahnya...aku da nampak... Korang nampak ke???

Sunday, February 27, 2011

Yahhooo!!! Leman Keluar Akhirnya...

Yes... Saat yang aku tunggu2... Keluar akhirnya...

Tak paham aku... apesal leman yang tak lawak leh bertahan lama dalam Raja lawak 5... Dapat tinggi lak tu tempat pertama... buah cempelak takkan selamanya diluar pagar.. lambat laun dalam perut jugak... hahaha the latest leman pergi jugak akhirnya hahaha...

Aku siap berniat lagi kalau ada undi keluar aku akan sumbangkan 1 undi untuk pastikan leman keluar awal... tapi dah takde nak wat camne... hahahaha

Ape2 pun tahniah buat pengundi yang tak mengundi leman hahaha

Sunday, February 20, 2011

Orang Berjuang Tapi Aku???

Hanya memerhati dari jauh...

Ini bukan aku yang dulu...
Alangkah rawan hati ni bila kawan2 di medan juang aku jaug tertinggal di belakang...

Parit Buntar ajak... Tanjung Malim ajak... Kawasan lumut pun ajak...

Tapi aku hanya tunggu di ofis buat kerja yang entah bila akan habis...

Bukan taknak pergi tapi takde cuti... Aku kerja hari sabtu dan ahad dan tak ada penganti yang nak gantikan aku... Tak boleh tinggalkan membe yang kalau aku pi dia terpaksa kerja 5 shift (darab 8 jam) direct... bayang la...

Hanya gambar2 yang jadi tatapan...

Aku cilok ganbar ni dari batu gajah mari...



Wednesday, February 16, 2011

Tahniah Pro-M UIAM


Tahniah buat kwn2 Pro-M UIAM yang dah menang 13 daripada 26 kerusi yang dipertandingkan. makna nya dan 1/2 kerusi berada dalam tangan.. Kalau tahun lalu just dapat 17 kerusi mudah2an kali ni dapat jumlah yang lagi besar...

Kerusi yang dah menang...

Kuliah kejuruteraan (Gombak) - 2
Kuliah teknologi maklumat (Gombak) - 2
kuliah alam bina (Gombak) - 2
kuliah sains(Kuantan) - 2
Kuliah farmasi (Kuantan) - 2
Kuliah perubatan (kuantan) - 2
Kuliah pergigian (kuantan) - 1

Esok pulak penamaan calon bagi Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor.

Harap2 ada berita gembira lagi tuk esok..

Terima Kasih La Bebanyak...

Owh terima kasih bebanyak kerajaan Barisan Nasional kerana berusaha tuk menaikkan harga getah, kelapa dan kelapa sawit. Terima kasih jugak sebab naikkan harga minyak, minyak masak, gula. Owh tarif letrik pun dengar khabar nak naik... Terima kasih la sesangat ye... Harapnya banyak la lagi yang naik... senang la orang kampung macam kami ni mampos cepat... Kain kapan tak naik harga ke????

Alhamdulillah Kita Kalah Lagi...

Alhamdulillah Pas kalah lagi... Ape korang ingat bila menang pilihanraya tu satu nikmat??? Mungkin itu la punca bala yang Allah nak bagi...

Ambik contoh parti sahabat yang satu tu... sejak menang macam2 yang belaku... lompat melompat tiap2 kali PRK mesti ada... Sekarang ni berudu2 baru tumbuh kaki dan akan belajar melompat sket masa lagi terutama disaat pilihan raya negeri sarawak. Tak payah cite banyak sbb korang leh bace sndr dalam surat khabar pro-UMCO.

Malah dalam Pas sndr dah ada gelora2 yang mula melanda terutama selepas menang di Perak tempoh hari.. Malah semalan time aku joint taklimat pemutihan ahli ada soalan2 yang ditimbulkan ahli bawahan mengenai Adun2 dan pemimpin kita pada Pihak Negeri... Cerita2 yang tak sedap didengar.. Bagusnya ahli pas ni dorang hanya bercerita sesama dorang.. tak sampai keluar... Wala pada pimpinan walaupun bukan itu yang dimahukan..

So adakah korang masih rasa kemenangan dalam pilihan raya tu sebagai satu permulaan kepada kemenangan Islam???

Bila kalah lak aku tengok orang kita lagi mudah terima. Takde perasaan hasad n iri hati.. masing2 akan meneruskan tugas masing2... Berjuang untuk menang.... So adakah kekalahan punca kepada kelambatann kemenangan Islam???

Saturday, February 12, 2011

Giliran Pahang Pulak..

Al-fatihah buat Arwah YB Kerdau Pahang yang meninggal semalam. Apa lagi yang nak di kata. Ayuh jentera bersiap sedia. Yang pergi takkan kembali yang hidup perlu teruskan perjuangan. Kita adalah mata-mata rantai perjuangan dalam menegakkan Islam.

Macam yang aku cakap ri tu only pahang n perlis yang tak pernah ada PRK. dan sekarang hanya Perlis sahaja. So ape lagi hahaha. Jaga2 la YB Perlis... Beringat la tah giliran sapa selepas ini...