Saturday, January 7, 2012

Buah Paling Jujur

Buah manggis adalah buah yang paling jujur di dunia ini dan tidak pernah menipu. Cuba anda perhatikan semasa anda ingin membuka buah manggis tersebut, lihat pada bontot belakang buah manggis tersebut dan kira ada berapa bentuk bunga tersebut, kalau 5, 6 ataupun tujuh dan cuba kira apabila anda buka buah manggis tersebut, pasti isinya juga akan sama dengan bilangan bentuk bunga di belakang buah manggis tersebut.

Itulah mengapa dikatakan buah manggis adalah buah yang paling jujur di atas dunia ini kerana tidak pernah menipu manusia tentang isi didalamnya. Begitulah kita dalam kehidupan. Kalau nak berlaku jujur, lahirkan terlebih dahulu kejujuran itu supaya di dalam hati kita pun akan jujur. Jangan hanya nampak jujur secara luarannya tetapi di dalamnya tiada apa-apa.

Itulah hakikatnya, sebiji buah manggis yang begitu jujur dan tidak pernah menipu tentang isi didalamnya. Walapun luarannya nampak berkedut, nampak calar-calar pada bahagian badannya tetapi isi dalamnya sangat putih dan bersih. Kalaulah hati manusia seperti buah manggis, pasti hidup manusia akan aman dan tenteram. Walaupun luaran nampak cacat, tak sempurna tetapi di dalamnya suci murni dan bersih. Begitulah perumpamaan yang boleh diambil dari sebiji buah manggis. Kalaulah kita semua dapat menjadi seperti buah manggis pasti semuanya berjalan dengan lancar kan.

(Cilok dari blog Tarmizi)

Tahniah Osbon..

Tahniah buat Osbon gandingan Mr Os dan Abon yang telah mengalahkan Boboi dalam Maharaja Lawak Mega. Tak kering gusi dibuatnya.

Walaupun pada mulanya aku jangkakan Boboi yang akan menjadi juara disebabkan lawaknya yang konsisten tetapi sejak minggu ke 3 Osbon terus memecut laju ke hadapan dalam membuatkan orang ketawa.. Lawak mata duitan Osbon diminggu pertama aku tengok kurang menjadi tapi lawak kawin2 Osbon minggu ke 4 mmg buatkan aku tak henti gelak.

Sekali lagi aku ucapkan jutaan tahniah buat Osbon..

Gambar Aku Abon dan Nikman

Friday, December 2, 2011

Cerita Bonus...

Punya la mengharap, tapi jauh panggang dari api.. Ingat dapat la sebulan dua kalaupun tak dapat macam tahun lepas sampai 3 4 bulan. Tapi rupanya just 0.5 bulan. Dah tu ikut basic bulan ogos lak tu. Huh hampeh

Tapi yang menariknya suara-suara ketidakpuasan hati tersebut terlalu ramai sampai ada yang kempen jom undi Pas pilihan raya nanti. Aku just mandang je ngengok dorang. yang UMNo terus membisu. hahahah.

esok start la episod perjuangan Union untuk mendapatkan lagi extra 1.5 bulan bonus bagi pihak para pekerja..

Kerajaan tak leh nak sorok dah isu2 macam ni. Staf TNB dah mula berkata-kata. "Ni duit takdak mesti nak pilihanraya". Yang lagi extrim kata "ni sebab sedut masuk perhimpunan UMNO la ni". hehehehe Yang pasti Pekerja TNB dah mula Bukak mata.

Tuesday, November 29, 2011

64 Jam Yang Memenatkan


Alhamdulillah akhirnya tamat jugak tempoh 64jam yang memenatkan. 8 shif straight kerja tampa tido. Huh ingat leh curi-curi tdo time malam tapi rupanya hampa. Malam2 pun banyak kol masuk siap ada 4 tripping yang mebuatkan aku kenyang makan makian orang.. Huhuhu. tapi itulah ujian yang terpaksa kita lalui..

Aku ingat kata2 cik Kaza dulu. "Mana ada keje yang leh rehat macam yang hang nak". Dan Aku terpaksa akui semua tu buat masa ni... Taktau la bila aku jadi CEO TNB nanti hehehe.

Tuesday, November 15, 2011

Test Bekam Sunnah

Hadith Pertama:

Diriwayatkan dalam Shohih Bukhari, Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara. Pertama minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan ummatku melakukan pengubatan dengan besi panas” (Shohih Bukhari)

Hadith Kedua:

Dari Jabir Bin Abdillah ra ia berkata, saya pernah mendengar Nabi SAW bersabda:

“Jika ada yang terbaik pada ubat-ubatan kalian, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, minuman madu, atau sundutan dengan api yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak suka berubat dengan ’kay’ ” (Shohih Bukhari)

Hadith Ketiga:

Dalam riwayat Tirmidzi dari Ibnu Mas’ud dan riwayat Baihaqi:

“Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisra’kan, kecuali mereka berkata, “Wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu agar berbekam!’ ” (Shohihul Jami’: 5671)

Hadith Keempat:

Tirmidzi meriwayatkan dalam Sunan-nya, dari Ibnu Mas’ud yang berkata:

“Rasulullah SAW suatu ketika bercerita tentang malam ketika beliau diisra’kan, bahawa beliau tidak berlalu pada satu kelompok malaikat pun kecuali mereka menyuruh beliau dengan mengatakan, ’Perintahkanlah ummatmu agar berbekam’ ”

Ahmad juga meriwayatkan dalam musnadnya, sabda beliau, “Ini (bekam) adalah sebaik-baik cara pengubatan yang digunakan oleh manusia” (Al-Bashriyyin : 19237, Shohih)

Hadith Kelima:

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam)” (Shahih Bukhari dan Muslim)


Berdasarkan kepada hadith-hadith di atas jelaslah kepada kita bahawa bekam merupakan perintah daripada Nabi Muhammad SAW. Bekam juga adalah terapi yang sangat dianjurkan oleh penduduk langit. Nasihat ini merupakan penghormatan para malaikat sebagai sambutan atas kunjungan Nabi SAW (orang yang dikunjungi wajib menghormati orang yang mengunjungi). Bekam adalah nasihat emas dari para malaikat yang berbakti kepada ”penghulu manusia” pada malam yang diberkati. Adalah sangat tidak masuk akal sekiranya ummat islam mengabaikan kaedah pengubatan yang langsung turun dari langit ini!

SO AKUPUN TRY LA TADI.. DAN ALHAMDULILLAH SAKIT PINGGANG DAN KEBAS2 KAKI DAH HILANG...


11.11.11 Hepi Birthday Mama


“Ya Allah tiada hadiah yang bermakna kepada ibubapa kami melainkan anak-anak yang soleh yang akan sentiasa mendoakan mereka bila-bila masa tak kira dimana pun mereka berada.. Sesungguhnya kami memohon padaMu agar Kau jadikan kami sebagai sebahagian harta yang tidak ternilai pada mereka, Kau jadikanlah kami anak anak yang soleh dan solehah, yang sentiasa melakukan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar, yang sentiasa mengembirakan hati orang tua kami yang mana kami takkan dapat membalas jasa mereka walaupun kami terpaksa mengorbankan seluruh hidup kami..

Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih Kau kasihani lah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami… Kau tabahkan hati kami untuk menjaga mereka ketika mereka tua kelak sebagaimana mereka tabah menjaga kami ketika kami kecil..

21 Tahun: Pesanan Buat Adik..

KHAS BUAT ADIK FIRDAUS HAKIMI YANG MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KELAHIRANNYA YANG KE 21 TAHUN PADA 9 NOVEMBER YANG LALU..

Saat umurmu menjangkau 21 tahun
Hanya satu yang aku ingin ingatkan
Jangan kau berlengah dengan masa
Kerana ia akan membuatmu kecewa

Segera lah adikku kau ke pejabat pos
Atau ke Pejabat suruhanjaya Pilihanraya
Segeralah kau daftar mengundi
Jangan sampai tak sempat nak undi

Abang nak adik tahu satu perkara
Najib tengah berkira-kira tarikh
Untuk bubarkan parlimen dengan segera
Sementara sokongan masih ada

Jadi ingatlah adik ku
Jangan sampai kau terlepas peluang di depan mata
Segera lah kau daftar mengundi
Jangan tunggu empat tahun lagi..