Thursday, June 14, 2012

Biar Picture Berbicara- Sapa Hina Raja Melayu???


Perginya Seorang Murabbi

Perginya seorang Murabbi..
Walaupun tidak dikenali 
Tetapi kehilangannya tetap ditangisi..

Secara peribadinya aku tak pernah kenal atau bersua muka dengan Ayahanda Hj Yahya ni.. Tapi sebagai seorang ahli jemaah nama ni memang selalu didengari... Memang takdak sekelunit kenangan pun macam Arwah Ustaz Hassan Syukri tapi entah kenapa bila dapat tau kematiannya tetiba hati terasa sayu.. Mungkin itulah yang dirasai oleh semua ahli jemaah Islam SeMalaysia buat masa ni..


Allahyarham Tuan Guru Datuk Haji Yahya Othman meninggal dunia ketika berusia 73 tahun jam 6.15 bertarikh 14 Jun 2012. Masih menanti berita pemergian Ulama' Agung ini di kaca TV atau di laporan laman berita-berita terkini negara. Setakat jam 11 malam, hanya di Harakahdaily sahaja yang memaparkan berita pemergian arwah. Ya Allah. semoga dipermudahkan segalanya. Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

Artis meninggal diagung-agungkan, ulama' meninggal tiada siapa peduli.. bahkan ulama' itu sendiri,masyarakat tidak kenal.


AL-FATIHAH BUAT AYAHANDA MURABBI..

Monday, June 4, 2012

Antara 2 Bersih



Awek2 yang sokong BERSIH 3
Awek2 yang sokong BERSIH 4

Dalam dok belek2 gambar dalam blog orang tetibe je terpandang 2 gambar ni.. Aduyai tergugat iman tengok ni.. Kalau dah namanya UMNO kalau tak seksi mmg tak sah.. 

Tau la baju tu free, bagi seberapa ikhlas yang boleh tapi jangan la seksa makcik2 tu macam tu.. jangan la kasi saiz L.. tempah la saiz XXL.. dah macam ape aku tengok.. Adoi nak gelak tengoknye...

Orang yang cerdik mesti boleh fikir yang mana kehadirannya di taja yang mana pergi kerana kesedaran diri sendiri.. takkan la makcik2 tu saje2 beli baju saiz L.. Hik hik hik...







Antara Cerpen dan Lebuhraya Rakyat

Ni antara petikan dari satu cerpen yang aku suka baca masa kat KUKUM dulu.. boleh baca cerpen tersebut disini.. http://ukhwah.com/article.php?sid=2617


"Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita. Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita, keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi.

"Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya.... Saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan-lahan.


Perhatikan ayat yang telah digariskan.. Masa tu aku tak terpikir langsung bahawa kerajaan akan buka tander pada rakyat untuk tujuan pembangunan negara.. Otak waras aku time tu mmg tak pernah fikir langsung tetapi hari ni Kerajaan Kelantan telah mengubah pandangan aku 100%..

Lebuhraya rakyat yang dicanangkan akan menggunakan peruntukan yang dibiayai oleh rakyat sendiri.. MasyaAllah..

Dan tak mustahil suatu hari nanti perkara yang diceritakan dalam cerpen tersebut juga akan menjadi kenyataan..  Orang miskin akan memboloti pahala redha dan sabar..

Wednesday, May 30, 2012

Dalam UMNO, Yang Bijak Menipu Rakyat



 
Bagi menyelamatkan Restoran yang paling sedap dan murah Sekinchan daripada dilelong pada hujung bulan ini, Jamal Pak Tongkol telah bertindak bijak lebih awal untuk memperbodohkan sekurang-kurangnya 1 juta rakyat Malaysia dengan tawaran keta Lomborghini bernilai RM2 juta dengan berbelanja di situ... Bagaimana caranya Pak Tongkol nak selamatkan seluruh restorannya??
Justeru, Jamal Pak Tongkol telah mengumpan potongan harga sebanyak 30% iaitu RM15 akan diberikan dari setiap pembelian yang bernilai RM50 di mana-mana cawangan Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) bayangkan jumlah yang Datuk Jamal ini akan kutip dari 150,000 orang yang menjadi sahabat kepada “Fanpage – BERSIH 4.0 Cintakan Keamanan” itu..

150,000 orang didarabkan dengan RM35 = RM5,250,000

RM5.25 Juta itu adalah anggaran untung kasar..

Oleh kerana banyak pihak mengatakan harga ikan bakar di Restoran Sekinchan Ikan Bakar itu mahal gila, kita anggap beliau memperolehi 40% keuntungan dari setiap jualan.

40% dari RM5.25 Juta ialah RM2.1 Juta..

Dengan meletakkan sebuah BMW 530 model 2005 yang bernilai RM225,000, beliau bakal mengaut keuntungan mencecah RM1.9 Juta..

Itu keuntungan yang dikaut beliau andaikata 150,000 berjaya dijadikan mangsa pembodohannya, bagaimana pula jika beliau Berjaya mendapatkan 1,000,000 mangsa.

1,000,000 mangsa yang tertarik dengan Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta yang ditawarkan sebagai hadiah utama cabutan bertuah.

1,000,000 orang didarabkan dengan RM35 = RM35,000,000

Untung kasarnya ialah RM35 Juta sahaja..

40% dari RM35 Juta pula ialah RM14 Juta..  bijak tak.?.. kedai selamat untung pun dapat....hahahahahaha.... aku bijak...korang bodoh piang....

Semakin Hampir Ke Putrajaya

Alhamdulillah..

Sekarang aku da kat kampung.. Semakin hampir untuk ke Himpunan Hijau ke Putrajaya.. dan pastinya semakin hampir ke Putrajaya itu sendiri..

Kali ini, Allah permudahkan laluan untuk aku bersama2 keluarga, sahabat handai dan seluruh penyokong keadilan bagi menjayakan serta meramaikan lagi himpunan tersebut..

InsyaAllah jika tiada halangan bersama adik bongsu aku, akan kami pijak stadium Aloq Staq nanti. Anak muda tengah bersemangat, akan ku cuba untuk jadi penyokongnya.. Sekurang2nya aku cuba latih adik aku ni untuk jadi pimpinan tuk ganti abah nanti..

Jadi Kaya??? Nak ke???

Kalau nak jadi kaya ini caranya..

1. Amalkan ayat seribu dinar (amalkan bukan hafal)
2. Banyakkan solat sunat Dhuha
3. Banyakkan sedekah

Kalau leh buat biarlah ikhlas bukan mengharap balasan semata2 kerana jika ikhlas akan dapat dua ganjaran iaitu rezeki yang Allah janji dan Rahmat yang Allah beri..

Teringat cite sal Murabbi aku masa di Kukum dulu, Ust Dr Jamnul Azhar Hj Mulkan.. Bila kami kata takdak duit nak buat tamrin terus dia panggil aku g ke kereta dia.. Aku ingat lagi ari tu ari khamis lebih kurang kul 6 petang.. Dia bagi pengisian sal pengorbanan.. Dia bagi kat aku RM500.. Ye la aku kan bendahari...

Minggu depannya time usrah dia datang lg.. Sambil berseloroh dia kata "hari tu Saya bukan taknak bagi hampa RM1000 tapi nanti saya tak larat nak kira duit.." Mlm tu saja dia dapat jual minyak Dhob dan Pil minda hampir RM5000. Dan2 Allah balas cash masa tak sampai 24jam... hebatnya kuasa sedekah..

Tu cerita dia. Ni cerita aku.. Allah tak bagi la kat aku duit cash tapi Allah bukak seluas2nya peluang untuk OT. Sampai tak lalu nak pulun.. Dan mungkin Allah hilangkan masalah2 yang ada.. Semuanya lancar..

Ingat kita sedekah 1 di jalan Allah, Allah akan balas 10 kali ganda... jangan sikitpun ada rasa kedekut sbb sedekahlah kunci untuk anda menjadi kaya...