Friday, January 2, 2009

Anak Muda dan Tahun Baru

Terus terang ana katakana inilah kali pertama ana bersama team xpdc dakwah dikawasan kota. (Sori ana lambat post, ana tak de kemudahan internet la) Selama ni hanya beroperasi di sekitar Pekan Parit Buntar dan Pengkalan sahaja. Situasi hampir sama, namun rupanya di Bandar Ipoh ni lebih dasyat dan menyanyat hati.


Operasi di Padang Polo menemukan ana dengan pelbagai ragam warga kota. Tak kita tua muda, jantan betina, yang tak tau status pun ramai.. Majoritinya macam biasalah, bangsa lain takkan boleh nak tandingi, anak-anak muda MELAYU ISLAM. Tapi yang tua-tua pun ada jugak.


Yang remaja dengan motosikalnya, merempit sana sini membuat onar. Ana yakin bila dah ramai macam tu polis ngan JPJ pun surrender. Tu sebab dorang tak buat operasi. Kalau buat pun buang masa je. Baik dok rumah bermesra dengan anak bini. Yang budak sekolahnya pulak merempit dengan basikal masing-masing. Budak sekolah rendah pun ramai. Macam-macam gaya dan aksi. Dalam kiraan ana tak kurang dari 100 buah basikal yang beraksi malam tu. Dari pelbagai team. Seri kinta la, Chemor, Jelapang… Adoi la apa nak jadi dengan anak muda kita sekarang. Pemuda harapan bangsa pemudi tiang Negara dah jadi Pemuda Penghancur Bangsa Pemudi Tugu Negara. Nampaknya harapan tinggal harapan, tiang pun macam nak roboh je.


Itu baru mat rempit ngan dak-dak basikal.. yang dating dengan awek tak cite lagi. Dalam banyak-banyak kerusi kat bawah lampu apesal la korang dok lepak kat tempat gelap. Ramai tak terkira. Patut la belangkas dah susah nak jumpa di tepi laut, rupa-rupanya dorang dah pindah ke taman-taman tasik di Ibu Kota. Macam-macam. Cuma malam tu ana tak jumpa yang dok telanjang je. Kawan-kawan yang lain dah kerap sangat jumpa aksi telampau macam tu.


Dalam situasi ni kita tak boleh nak salahkan mak bapak dorang je. Ilmu dah bagi, didikan agama dah kasi.Yang datang ni bukan budak-budak takdak ilmu. Ada sorang tu, budak maahad, hafal quran dah masuk juzuk ke2. Tapi masih terlibat dengan benda-benda tak berfaedah macam ni. Dah tu bagi alasan bodoh lak tu. “Nak beriadah la bang.” Kepala hotak korang beriadah pukul 2pagi macam ni. Dalam 24 jam masa yang Allah bagi kat kita apesal pukul 2pagi yang korang pilih tuk beriadah.


Patutnya kita kene muhasabah diri sendiri. Apa tanggungjawab aku sebagai seorang mak ayah, guru, jiran, rakan, polis dan sebagainya. Dan apa tanggungjawab kita sebagai seorang muslim. Nabi dah bersabda bila nampak maksiat, CEGAH dengan tangan, tak mampu baru dengan lisan dan last sekali barulah dengan hati. Tapi kita ni pandai sangat (penakut???) first-first dah cegah dengan hati. Hai apa nak jadi kita ni. Sesungguhnya itulah selemah-lemah iman. Sampai bila kita nak jadi macam ni. Kalau PC tu pandai je upgrade tapi iman dok kat takok lama je. Tapi tu ok la jugak cegah dengan hati, yang Abang ana cite smalam time tahun 90-an, siap polis lak yang tumpang skodeng. Bila team dakwah datang dorang lak yang kene ugut. Macam mana negara nak bebas dari maksiat kalau penguat kuasa yang dok jaga sampai macam tu.


Di kesempatan ni ana nak ucapkan jutaan tahniah kepada Unit Amal kerana melaksanakan xpdc Dakwah ke seluruh negara pada malam tersebut. Sekurang-kurangnya masih ada lagi anak-anak muda yang sedar dan berani menyedarkan yang lain tentang situasi sekarang ni. Tanpa jiwa muda yang prihatin dengan isu semasa, yang sedar dengan permainan barat ini tak mustahil kita juga akan menerima nasib yang sama dengan Palestin. Diganyang sesuka hati tanpa ada negara lain yang mempedulikannya.

No comments:

Post a Comment