Thursday, February 5, 2009

Murahnya Harga Diri

Mungkinkah rakyat muak untuk mengundi terutama pengundi atas pagar. Ini kerana mereka mungkin takut tertipu dengan tindakan wakil-wakil rakyat yang menang tetapi selepas itu melompat parti.

Saya bimbang situasi ini akan menyebabkan mereka sudah tidak yakin lagi kepada calon-calon parti tertentu yang bertanding pada setiap kali pilihanraya.

Apa yang pasti rakyat dapat melihat bagaimana kuat dan jitunya pegangan dan akidah politik wakil-wakil rakyat PAS yang tidak seorang pun dapat dibeli dan diugut oleh BN. Dalam kes Kelantan pada PRU 11 umpamanya Barisan Alternatif Kelantan berjaya membentuk kerajaan negeri dengan hanya majoriti satu kerusi. Kerajaan ini berjaya dipertahankan walaupun hanya dengan satu majoriti.

Malangnya kerajaan negeri Perak yang mempunyai majoriti 3 kerusi gagal dipertahankan gara-gara pembelotan 3 ADUN yang semua orang sudah maklum.

Oleh itu PR mesti mengembalikan kepercayaan rakyat terutama pengundi atas pagar supaya memastikan calon-calon yang benar-benar layak dan berintegriti sahaja dibenarkan bertanding. Jangan kita berebut-rebut untuk bertanding tetapi selepas menang wakil-wakil rakyat kita dibeli oleh parti yang jahat dan tidak bertamadun ini.

copy-paste dari www.mutaligat.blogspot.com

Ana pernah bersama Pak Ndak Imam Khalili, katanya harga orang yang melompat parti kerana dibeli (rasuah) lebih murah daripada seekor lembu walaupun harga yang dibayar berjuta-jura ringgit. Malah tiada harga langsung. Jika lembu masih banyak manfaat yang kita perolehi tetapi golongan ini langsung tidak boleh dipakai. Apakah alasannya kita sama-sama fikirkan.

No comments:

Post a Comment