Thursday, February 5, 2009

PERAK: MASA UNTUK BERMUHASABAH

Alhamdulillah, Allah memberikan kita kesempatan untuk duduk sebagai pentadbir negeri Perak walaupun hanya kurang lebih sebelas bulan sahaja. Namun begitu kini suatu perkara yang sangat-sangat tidak kita jangkakan telah berlaku. Sekaranglah masa yang paling sesuai untuk bermuhasabah selepas kita semua lena dibuai mimpi setelah menang dengan majoriti hanya tiga 3kerusi.

Jika kita lihat sebenarnya kemenangan di Perak memang tidak dijangkakan langsung. Dan menurut analisa memang kita tak layak pun untuk menang dengan sekadar usaha yang kita lakukan. Tidak seperti di Kelantan, Kedah dan Terengganu. Namun begitu Allah tetap memberi kemenangan kepada kita. Ana bersetuju dengan kata-kata Ustaz Syuaib Din bahawa kemenangan ini hanyalah sekadar satu ujian untuk kita.

Kita boleh lihat sendiri baik penyokong mahupun pendokong telah mula lari dari prinsip perjuangan asal kita. Dari menolak rasuah kepada menerima rasuah, dari aktif menjadi pasif dan segala-galanya. Usrah-usrah telah tiada, tanggung jawab mula diabai, malah telah mula bibit-bibit perpecahan.

Alhamdulillah, Allah berikan kepada kita satu kejutan agar kita yang semakin lalai dan sedang tidur ini bangkit semula. Ingatlah sesungguhnya Allah boleh buat sesuka hatiNya.
So, sebagai seorang penyokong dan pendokong kita perlu redha dan sabar dalam menghadapi situasi begini. TETAPI dalam masa yang sama perlu sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan dan perlu membuat perancangan teliti bagi membolehkan Islam dapat dipertahankan. Jangan abaikan doa kerana itulah senjata mukmin. Buat masa ini kita perlu sentiasa peka dengan perkembangan dan arahan pimpinan dan jangan sekali-kali kita menjadi lemah dengan peristiwa ini. Tujuan kita berjuang bukan kerana pangkat, harta atau kerajaan tetapi kerana inilah perjuangan kita dalam memastikan Islam sentiasa di kemuncak.

Kepada pimpinan kami, kami sentiasa menyokong anda semua.
MUDAH-MUDAHAN ALLAH MUDAHKAN URUSAN KAMI DALAM MEMPERJUANGKAN ISLAM.
ALLAHUAKBAR.

No comments:

Post a Comment