Friday, January 8, 2010

Keselamatan Negara Rapuh

Pegawai atasan tidak terlibat. Hanya pegawai bawahan....
Itulah hakikatnya kes kehilangan enjin Jet pemintas negara bak kata Peguan Negara...

Daripada kenyataan ini menunjukkan kepada kita beberapa perkara yang penting yang perlu kita perhalusi.

1. Keselamatan negara berada dalam tahap yang sangat-sangat lemah. Bagaimana mungkin pegawai bawangan yang dikatakan hanya seorang dua yang terlibat itu mampu untuk menggelapkan enjin jet tanpa pengetahuan pegawai atasan.

2. Mungkinkah pegawai atasan yang tidak terlibat itu tidak melaksanakan tugas yang diamanahkan. apakah peranan mereka dalam memastikan keselamatan negara terjamin.Adakan mereka hanya sekadar makan gaji buta???

3. Pihak tentera perlu lebih serius dalam merekrut tentera takut-takut yang direkrut itu adalah ejen kepada bangsa atau negara asing.

4. pihak keselamatan perlu lebih peka dengan keadaan ini, jangankan hanya cekap menangkap orang yang berdemontrasi tetapi manusia-manusia yang mempunyai jaringan luar yang besar sehingga mampu menghilangkan enjin pesawat tanpa mampu dikesan ini terlepas begitu sahaja.

Begitu juga dengan kenyataan daripada seorang menteri yang mendakwa harga enjin tersebut hanya bernilai RM300000 dan bukannya seperti mana yang didakwa iaitu 50juta.

Jadi maknanya disini kalau sekadar kurang daripada 1juta ringgit tidak mengapalah jika hilang sekalipun. Tetapi kalau 50juta ia adalah perkara yang serius???

Pihak Jabatan Amal Kawasan Tanjung Malim memohon kepada pihak-pihak yang bertanggung jawab agar disiasat dengan telus bagi memastikan keselamatan negara berada ditahap yang terbaik.

-Firdaus Hj Muhamad -
Unit Penerangan dan Penerbitan
Jabatan Amal Tanjung Malim

1 comment:

  1. salam ini satu lagi cite lawak kalau US dgn Israel ada pesawat canggih tanpa juruterbang, Malaysia lagi canggih pesawatnya tanpa enjin..memang Malaysia tahun ini aje berapa kali digelakkan dengan negara lain..

    ReplyDelete