Friday, January 8, 2010

UMNO Mudah Lupa

Wah wah wah kalau buka surat khabar arus perdana bukan main hebat lagi UMNO cuba untuk mempertahan Islam. Bagaikan pejuang sejati memburu syahid lagaknya. Setiap helaian akhbar pastinya dimuatkan kenyataan-kenyataan bantahan terhadap keputusan mahkamah membenarkan akhbar mingguan Katolik Herald,The Catholic Weekly, menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitan mereka.

Bermati-matian mereka mempertahankan Kalimah Allah tersebut tetapi sedarkah mereka sebenarnya merekalah yang banyak menghina Allah dengan mengenepikan segala hukum hakam dalam islam, tidak melaksanakan apa yang Allah suruh dan cuba membudayakan apa yang Allah larang....

Mereka cuba menyusahkan orang yang nak melaksanakan Amar Makruf seperti kes pemberian tauliah yang terlalu ketat, tetapi cukup lunak dengan golongan yang memperjuangkan mungkar seperti memperbanyakkan hiburan-hiburan melampau.

Tapi yakin lah tuan-tuan semua, sesiapa yang tidak ikhlas memperjuangkan agama Allah ini pasti Allah akan tunjukkan.Mereka ini sebenarnya hanya sekadar mahu memesongkan isu dalaman yang semakin hari semakin membusuk...

No comments:

Post a Comment