Alhamdulillah, semalam telah berlangsung dengan meriah mesyuarat agung pas kawasan Tanjung Malim walaupun kali ini tiada pemilihan berlaku. Tidak seperti tahun-tahun (yang tiada pemilihan) yang lalu, suasana ceria penuh dengan gurau tawa, luahan rasa dan sebagainya.
namun aku nak fokuskan kepada usul ke-3 dewan Pemuda yang mana aku cukup berpuas hati dengan hasilnya.Aku bukan nak sangat dia diterima sebagai usul tetapi sebagai membuka ruang kepada perwakilan untuk melontarkan rasa kepada pimpinan yang dilihat kurang menyengat dan SEPERTI mengabaikan ahli-ahli bawangan. KAMI MAHUKAN KAWASAN SEDAR YANG KAMI (BEHRANG DAN SUNGKAI)TELAH DIABAIKAN OLEH MEREKA
Tapi kalau tanpa kehadiran Pak imam pastinya objektif tersebut tidak akan berjaya. orang ramai semua terdiam apa bila Pak imam meluahkan satu demi satu apa yang terbuku dihatinya. dan sebenarnya pak imam cuba untuk meluah kan apa yang terbuku dihati kami. Walaupun sebenarnya apa yang dilakukan oleh pak imam itu salah dari segi prosidurnya. Kerana dia sendiri adalah dewan harian kawasan dan cuba menghentam kawasan sendiri. seperti memukul kepala sendiri. Tetapi jika tidak berbuat demikian pasti Ajk kawasan masih tidak akan sedar dengan apa yang dirasai oleh pihak bawahan.
Tahniah Pak Imam.Terima kasih kerana membantu kami meluahkan perasaan yang terbuku ini. Macam kata pak imam KAMI SAYANG DAN RINDU PIMPINAN KAMI.
No comments:
Post a Comment