Monday, June 14, 2010

Ustaz Hassan Dalam Kenangan

Perjuangan beliau mendaulatkan Islam bermula dari zaman muda hinggalah ke akhir hayat. Program besar terakhir yang beliau hadiri ialah Muktamar PAS Pusat kali ke 56yang berakhir Ahad lalu. Komitmen beliau tidak usah ditanya. Samada beliau berjawatan atau tidak beliau tetap komited bersama perjuangan Islam.

Perlembagaan PAS ada dalam kepala beliau. Pelan Markaz Tarbiah ada dalam kepala beliau. Bila PAS mahu membuat pindaan perlembagaan, beliaulah yang akan dirujuk dan mengepalai jawatankuasa meminda perlembagaan tersebut.

Terlalu banyak sejarah jasa dan pengorbanan beliau kepada Islam di Malaysia.

Beliau pernah menceritakan pengalaman beliau berceramah kepada 2 orang pendengar sahaja pada era tahun 50-an dan 60-an dahulu. Beliaulah yang membawa pembesar suara, memasangnya dan menjadi penceramah, itu antara pengalaman manis dan pahit sepanjang perjuangan beliau. Caci maki umpat nista menjadi perkara biasa bagi seorang pejuang, kata beliau.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan bersama para anbia, syuhada, solihin. Amin. Al Fatihah.

No comments:

Post a Comment