Wednesday, April 28, 2010

MIC 3 - UMNO 0

Hahaha sekarang ni perlawanan antara MIC dan UMNO berada dalam kedudukan 2-0 yang mana Umno telah terlepas kerusi bagi parlimen Hulu Selangor mungkin buat selama-lamanya dan kini G. Palaivel yang UMNO tak berapa suka telah diangkat menjadi senator bersama Ezam Si Katak Kotak.... Dan tak mustahil seperti mana yang diuar-uarkan Palanivel akan diangkat menjadi menteri atau timbalan menteri...

Masa tu genaplah teori 3-0 yang memberikan keuntungan kepada MIC tetapi tidak kepada pengundi melayu dan UMNO..... Bak Kata pepatak Si jantan berkokok berdekah-dekah tapi ekor bergelumang tahi...

Beria-ia membantah palanivel menjadi calon tetapi membiarkan beliau naik guna pintu belakang... Hahaha Apa kata PERKASA?????

Tapi apa-apa pun bersiaplah untuk 1 episod sandiwara yang baru...
Dato S.subramaniam si menteri tu harus akur dengan 2 pencabar baru iaitu palanival dan kamalanathan yang mana jawatan menterinya pasti dalam keadaan bahaya....

Adik Aku Dah Ada Blog Sendiri Da....

Hahaha tahniah, tahniah tahniah kerana dah ada blog sendiri...
Bagus macam abang dia jugak. tapi ape2 pun kene banyak explore lagi.... banyak yang perlu dibaiki lagi.

leh je tengok2 blog orang and tiru mana yang patut... Blog adik alif tu pun cute... pandai dia susun ayat...
Tapi ape2pun tajuk tu kena betulkan balik. Bukan "Delima" la adik tapi "Dilema". Huhuhu buat lawak je adik aku ni....

Ape2pun selamat maju jaya......

Wednesday, April 14, 2010

Kan Aku Dah kata

haha pastinya pilihanraya ini sebagai 1 malapetaka kepada Umno dan barisan Nasional. Walaupun dorang dapat kerusi tu nanti, ianya hanyalah sebagai permulaan kepada kehancuran BN. Percaya la cakap aku ni.

Tapi dengan pergolakan macam ni agak-agak boleh menang lagi ke???? Pastinya Najib tengah pening kepala pikirkan masalah 1Malaysianya itu....

Tuesday, April 13, 2010

BERSIAP SEMUA MUJAHID

Semboyan telah berbunyi.... apa lagi bersiap sedia untuk turun ke medan....
Pastikan kemenangan milik kita... atau syahid yang kita perolehi....

Pemuda Tanjung malim jangan bagi malu para Pejuang.... Kita paling dekat dengan medan jihad. jangan jadi muslimut (dok lam selimut) ketika mana para muslimin dan muslimat turun ke tempat kita...

Kita harus ke hadapan bukan hanya mengikut di belakang....Bila lagi??? inilah masanya...

Apa Pun Tak Leh Caya


1. Saya masih teringat kata-kata Mat Sabu dalam ceramahnya 10 tahun dahulu. Akhbar Utusan atau Berita Harian kerjanya menipu je. Yang boleh kita percaya dan betol beritanya hanya keputusan nombor ekor di akhbar tersebut.

2. So kata-kata Mat Sabu tu dah tak boleh diguna pakai lagi. Pada 14 Februari lalu di ruangan RALAT agaknya akhbar Perdana ni telah memohon maaf akan kesilapan tersebur. Bayangkan kepada kaki ekor yg dah melompat kononnya nombor tersebut adalah miliknya tiba-tiba nombor itu bukan yang sebenarnnya.

3. Moralnya di sini, usah percaya langsung mereka...barangkali.

info From Otai Manjung

Sunday, April 11, 2010

Terima Kasih pak Imam

Alhamdulillah, semalam telah berlangsung dengan meriah mesyuarat agung pas kawasan Tanjung Malim walaupun kali ini tiada pemilihan berlaku. Tidak seperti tahun-tahun (yang tiada pemilihan) yang lalu, suasana ceria penuh dengan gurau tawa, luahan rasa dan sebagainya.

namun aku nak fokuskan kepada usul ke-3 dewan Pemuda yang mana aku cukup berpuas hati dengan hasilnya.Aku bukan nak sangat dia diterima sebagai usul tetapi sebagai membuka ruang kepada perwakilan untuk melontarkan rasa kepada pimpinan yang dilihat kurang menyengat dan SEPERTI mengabaikan ahli-ahli bawangan. KAMI MAHUKAN KAWASAN SEDAR YANG KAMI (BEHRANG DAN SUNGKAI)TELAH DIABAIKAN OLEH MEREKA

Tapi kalau tanpa kehadiran Pak imam pastinya objektif tersebut tidak akan berjaya. orang ramai semua terdiam apa bila Pak imam meluahkan satu demi satu apa yang terbuku dihatinya. dan sebenarnya pak imam cuba untuk meluah kan apa yang terbuku dihati kami. Walaupun sebenarnya apa yang dilakukan oleh pak imam itu salah dari segi prosidurnya. Kerana dia sendiri adalah dewan harian kawasan dan cuba menghentam kawasan sendiri. seperti memukul kepala sendiri. Tetapi jika tidak berbuat demikian pasti Ajk kawasan masih tidak akan sedar dengan apa yang dirasai oleh pihak bawahan.

Tahniah Pak Imam.Terima kasih kerana membantu kami meluahkan perasaan yang terbuku ini. Macam kata pak imam KAMI SAYANG DAN RINDU PIMPINAN KAMI.

Wednesday, April 7, 2010

MIC Dapat Kerusi Hulu Selangor

Sebut MIC pastinya kita akan terbayang orang india. Dan pastinya apabila Najib umumkan kerusi Hulu Selangor akan ditandingi MIC maka calon yang akan diangkat adalah dari kaum india... Dan sepertimana yang telah di umumkan oleh Samy Vellu, G Palanivel lah calonnya...

Selepas ini kita akan lihat sandiwara-sandiwara dari para pelakon yang cuba untuk mempertahankan kepisangan mereka terutama Perkasa pimpinan Raja katak Pisang.... Apa komen mereka??? kita akan saksikan sketsa perbalahan dan air mata yang akan berlaku. mungkin juga slot pukul memukul, boikot memboikot dan seumpamanya...

Dipersembahkan kepada semua...

Dedikasi Buat Harith Hakimi

Buat adik ku Harith Hakimi...
Ku tahu perbuatanku melukakan hati mu...
Menambahkan beban yang sedia kau tanggung...
Tapi percayalah..
Aku benar-benar tidak sengaja...

tolakan ku bukan bermakna aku marah...
Jauh sekali untuk membenci...
Tapi tanda sayang seorang abang...
Buat adik harith Hakimi...

Aku tahu kehadiran mu dari jauh...
Semata-mata menjenguk ku yang gering...
Tapi aku yang tidak bersyukur...
Dengan kehadiran adikku ini...

Apa malang ku...
Aku hanya membiarkan dia berlalu...
tanpa mahu aku menghalangnya.....
hanya melihat dia mengalirkan air mata...

Aku tahu hatinya terguris....
Datang dari jauh...
ponteng kerja...
Tangguhkan report....
habiskan wang ringgit dan masa...
tapi akhirnya hampa...
Dilakukan seperti hamba...

Buat adikku harith hakimi...
Sesungguhnya aku menyatakan kekesalan...
Diatas apa yang telah berlaku...

MAAFKAN ABANG ADIKKU... HARITH HAKIMI...

Di Mana Sakinah?????

Aku dah buntu dan malas.....

Banyak benda yang berlaku tapi malas aku nak nukilkan dalam catatan blog ini...

Dulu mencari sakinah.... tapi kini aku masih tetap mencari.... entah mengapa aku kehilangan sakinah ku selama ini....

Biasalah adat manusia.....


apa yang ada jarang disyukuri....

Apa yang tiada sering dirisaukan.....

Nikmat yang dikecap barukan terasa bila hilang...

Apa yang diburu timbul rasa jemu bila sudah di dalam genggaman...



Aku dah lupa kenapa aku menulis....

Ya Allah jangan Kau lalaikan aku dengan maksiat pada mu...
Kuatkan Aku dalam dakapan rahmatmu....