Friday, March 2, 2012
Awak Adalah Sahabat Saya.... Dunia Akhirat
Aku masih ingat masa usrah dengan Pemuda Ipoh Timur 3 tahun lepas untuk tajuk berkaitan saidina Abu Bakar.. Satu-satunya ayat yang keluar dari mulut aku malam tu adalah "Jika ada anugerah sahabat terbaik, Saidina Abu Bakar lah orangnya.." Yap siapa yang boleh pertikai setiakawan yang ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakar pada Rasullullah. Disaat orang lain mendustakan Rasulullah pada peristiwa Isra' Mikraj, Abu Bakar tanpa ragu2 mengiakan segala apa yang diucapkan oleh Baginda rasul.
Malah Saidina Abu bakar sanggup mengorbankan nyawanya menutup lubang ular dengan tangannya bagi mengelak ular tersebut mematuk Rasulullah dalam peristiwa gua Thur. sedikitpun beliau tidak mengganggu baginda tidur walaupun sedang menanggung kesakitan akibat patukan ular tersebut. Inilah dia sahabat sejati..
Kembali ke realiti..
Alhamdulillah aku ada seorang sahabat yang berbaik.. Sepanjang 28 tahun ni aku terpaksa akui itu la kawan aku yang terbaik yang aku ada.. baik budaknya, jarang buat masalah n penyabar.. Tapi sbb kegagalan aku untuk menghargai seorang sahabat aku kini hampir kehilangannya.. sangat sedih..
Dalam diri aku ni takde langsung sikap keABUBAKARan (sifat sahabat sejati). Yang ada maybe pentingkan diri. dan hasilnya sedialah untuk kehilangan orang yang sentiasa ada di sisi suatu tika dulu.. Jangan Salahkan orang lain kerana puncanya ada lah diri mu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment